Kelantan 1 - Terengganu 2.
Ohmaigucciprada. Sumpah frust sedih kecewa melenting moody sebab Kelantan kalah. Rasa nak pergi cabut semua rumput kat padang Stadium Bukit Jalil sekarang. Berkelakuan aneh sebab kecewa.
Actually saya nak letak tajuk entri "From zero to hero" kalau Kelantan menang tadi. Tapi sebab Kelantan kalah dengan Terengganu, kena tukarlah tajuk entri.
Tapi I nak komen juga. Pengadil macam berat sebelah je. Asyik lebihkan Terengganu. Kalau Kelantan kasar sedikit, terus dapat kad kuning dan sepakan percuma. Macam mana ini pakcik pengadil? Saya bagi sedozen kad kuning untuk pakcik yea since pakcik suka bagi kad kuning untuk Kelantan. Haish
Ada lagi 15 saat sahaja dan tiba-tiba Daudsu tertanduk ke dalam gol sendiri. How come baby? 15 saat boleh merubah segala-galanya. Siapa lah yang baling mercun kat gol Terengganu? Haish pasal kes mercun itulah masa tambahan lama sangat. Gerammmmm!
Sedih. Frust. Sampai berguling-guling semua orang kat rumah. First time dengar Ayah menjerit dan terus masuk bilik air sebab frust sangat. Kelakar pun ada tengok Mak macam nak nangis. Heee. Okey sedih sedih sebenarnya. :(
Overall, Kelantan dah bermain dengan baik. Cemerlang. Yee sangat cemerlang. Cuma Terengganu lebih bertuah mungkin. Takpe mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan ini. Think positively baby!
Untuk Daudsu : U tak salah. U cuba nak save bola tu tapi nak buat macam mana. It's okey baby.
Untuk Khairul Fahmi : U memang terbaik. U dah banyak save bola dengan bergaya sekali. U memang hero lah. Jangan menangis yea baby?
Untuk player Terengganu : Lain kali jangan main kasar-kasar sangat tau. Macam kapten U. Suka main kasar-kasar. Mentang-mentanglah pemain Kelantan kecil molek orangnya. Btw, congratulation. *Tak berapa ikhlas*.
The red warriors terbaik! Never give up baby. :)
Okey. Bye. Memang malam ini saya tidur dengan tak tenang. Mood tak best. *Apa-apa pun, jangan lupa baca doa tidur dan Ayat Kursi sebelum tidur. Heee*