Saturday, October 29, 2011

187. Bukan untuk warga penakut sedunia.



Let me ask a question. Just a simple question.


Kenapa sekarang ini banyak sangat cerita hantu-mantu kat televisyen dan pawagam? Lambakan cerita tahyul di Malaysia sekarang yeaaaa. Ohhh please. Tolonglah berfikiran realistik sedikit wahai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab mereka cerita ini semua. Huhh

Malam Jumaat yang lalu, saya saja menjengukkan diri ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersama Ayah dan Achik. Ada ker patut buat cerita vampire Melayu. Ada seorang perempuan yang berpakaian gaun putih nak kahwin dengan vampire. Lepas itu, kena gigit kat leher dan terus menjadi vampire dan hidup lah dengan riang gembira bersama sanak-saudara vampire. Chais tak logik langsung cerita kat televisyen sekarang. Baik tengok Shin Chan lagi best kalau macam ni. Haih. 

Then, ada pulak cerita lain. Tengok cerita macam ber-genre-kan kekeluargaan. Kira okey lah kan nak tengok bersama ahli keluarga yang lain. Syok juga ada Aaron Aziz. Membersihkan pandangan mata saya. Hehe. Tiba-tiba ada juga part hantu-mantu dalam cerita ini. Keluar lembaga berambut panjang dalam bilik air. Apaaa niiii? Terkejut wehhh. Saya seorang yang lemah semangat. Mudah terkejut tak tentu pasal. Tak suka betul macam ini. Kenapa semua cerita sekarang wajib ada hantu-mantu? Marah nyaaaaa!

Sepatutnya malam Jumaat kenalah diisi dengan rancangan berbentuk ilmiah atau keagamaan yang sesuai. Sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Bukannya cerita hantu-mantu macam niii. Tahyul semua ini. Tak baik tau tau tau. Berdosaaaa berdosaaaaaa kata adik kembar saya.

Macam mana lah rakyat Malaysia nak mengamalkan gaya hidup sihat kalau semua drama dan filem di Malaysia berlatarkan hantu-mantu macam ini? Saya tak menyokong walaupun 10 sen kalau semua orang nak terbitkan cerita macam ini. Tak elok lah kalau kanak-kanak bawah umur asyik menonton cerita macam ini. Malam-malan tidur mengigau, meracau-racau, nak pergi bilik air pun nak berteman. Jangan cakap budak-budak, saya yang sudah berumur 22 tahun pun bapuk penakut okeyyy. Bila kena stay kat rumah seorang diri, mulalah kepala otak berfikiran bukan-bukan. Untuk menghilangkan perasaan takut, buka lampu satu rumah, dengar lagu kuat-kuat dan duduk diam-diam atas katil sambil baca novel. Haih sangat lah menyampah bila dilanda situasi seperti ini. Masa kat hostel dulu, menggigil kepala lutut nak pergi toilet pukul 2 pagi. Pergi toilet sepantas kilat tanpa pandang kiri kanan atas bawah. Jalan pandang depan jee sampai dalam bilik terus kunci pintu dan selimut satu badan. Pengaruh cerita lah semua ini. Yee laaa apa-apa pun diri sendiri  kena kuat dan berfikiran positif tapi tergugat juga imam iman kalau selalu dihidangkan dengan cerita-cerita hantu-mantu macam ini. Waaa tolonglah saya ini memang penakut daripada kecil lagi. (-_-!)

Nak tengok movie pun mesti adaaa cerita hantu-mantu. Last movie hantu-mantu yang saya tengok kat pawagam ialah Khurafat. Menyesal 40 tahun yeaaa sebab malam itu saya tak boleh nak tidur. Takut seorang diri. Haaa padan muka sebab berlagak berani sangat. Padahal lagi penakut daripada adik kembar saya. *Segan*. Jadi, saya lagi rela tengok cerita kartun daripada tengok cerita hantu-mantu walaupun saya tak suka sangat cerita kartun. Kalau orang bagi tiket free pun saya taknak. Taknak ambil risiko menggugat keberanian diri sendiri yang tak berapa berani ini. :p

Jadi, saya benar-benar-benar-benar-benar berharap janganlah siarkan cerita hantu-mantu kat televisyen atau pawagam secara berleluasa. Tak mustahil nanti ramai rakyat Malaysia kena histeria sebab selalu tonton cerita macam ini. Siapa yang susah? Diri sendiri serta keluarga tercinta juga yang menerima padahnya nanti. *Serius serius*.

Pesanan penaja kepada penakut-penakut sedunia. Jangan tengok cerita hantu-mantu. JOM TENGOK CERITA KOREA! Hehehehe.


P/s : Hari ini saya sudah mahu pulang ke Cheras. Flight pukul 5.10 petang ini tapi saya tak berkemas apa-apa pun lagi. Perangai malas macam biasa bila kena balik Cheras. Nasib baik minggu depan boleh balik rumah lagi. Cuti Raya Haji. Yeaaahhh! Walaupun tiket bas dah habis, saya menggagahkan diri memandu 8jam setengah untuk pulang ke rumah. Saya tak kisah asal boleh balik rumah. Weeeee. :)

A journey to home. :)))


Sunday, October 23, 2011

186. Truly sorry.



Dear families and friends.


Listen to me.

I'm sorry for what I did before.
I'm sorry for my behaviour.
I'm sorry for my mistakes.
I'm sorry for my weakness.
I'm sorry that I hurt you.

Yeah I messed it all up and we all did mistakes. Anyway I just want to say that I'm really sorry.

It takes courage to grow up and become who you really are.


 Teringat ceramah ustaz masa sekolah dulu. Bersedia untuk minta maaf dengan semua orang di sekeliling kita supaya kita boleh menghadapi hari-hari yang mendatang dengan lebih tenang. InsyaAllah. :)


Selamat malam semua. Assalamualaikum. :)


Wednesday, October 19, 2011

185. Better person. InsyaAllah.



Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:


  • Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
  • Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
  • Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.




Something to ponder on.



Wednesday, October 12, 2011

184. Share your happiness.





Oh sangat manis seperti gula-gula kapas okey. Saya nak request macam ini jugak boleh tak? *Sambil tersenyum lebar kepada semua orang*

P/s : Biasalah golongan perempuan memang suka suprise yang macam ini. :p Saya yang tengok je pun terharu sangat pleasee. :)


Tuesday, October 11, 2011

183. Serius saya menyesal.



Semalam, Eqah telefon dan bagitahu ada surat cinta sampai kat rumah. Kalau betul surat cinta daripada Aaron Aziz takpe juga. Ini surat cinta daripada abang polis. Terima kasih banyak-banyak sebab saya dapat surat saman speed trap kat kawasan Kuala Lipis. Ini kena masa balik cuti semester bulan Jun hari itu. Sadis gila sebab kena saman speed trap. Ini kali pertama saya ada rekod buruk macam ini. Selalu memang imej bersih lah pada Mak dan Ayah. Haih.

Dan terus saya mengorak langkah dengan menelefon Ayah tercinta sebelum keluar makan malam semalam. Ayah cakap dalam telefon dengan saya lebih kurang seminit sahaja. Suara Ayah macam keras dan kecewa. Pilu hati saya dengar Ayah cakap macam itu. Sedih dengan diri sendiri sebab buat Ayah macam itu. Saya tahu Ayah marah bukan soal duit kena bayar saman, tapi ini sebab saya ada tabiat suka bawa kereta laju. Saya perasan Ayah lebih prihatin pasal benda-benda macam ini selepas Angah kemalangan teruk setahun yang lalu. Semua ahli keluarga trauma dengan peristiwa hitam yang menimpa Angah dulu. Sebab itu Ayah sedih bila tahu saya buat macam ini. Saya lagi lagi lagi lah sedih sebab terlepas pandang benda-benda macam ini dan buat Ayah rasa kecewa.

Ayah. Kaklong betul-betul minta maaf. Kaklong janji Kaklong tak buat macam itu lagi. Kaklong takkan bawa kereta laju sesuka hati. Kaklong taknak buat Ayah risau lagi. Sorry Ayah. :(


LAGI SEKALI SAYA CAKAP SERIUS SAYA BETUL-BETUL MENYESAL DAN INSAF.


Sunday, October 9, 2011

182. Wonderful life.



091011.

A month.
 
When you love someone, you love all of them. Not just the good things but the bad things too. :)))


Saturday, October 8, 2011

181. The truth.





Ohmaigucci I hate this feeling. Okey okey. I know I am a fat girl. (-_-!)


EAT HEAVENLY PEOPLE! Hahaha


Wednesday, October 5, 2011

180. Saya bukan ulat buku dan juga bukan ulat bulu.



A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian People
( Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984 )


74% of Malaysians can read.
Only 28% in every 1000 Malaysians are members of libraries.
58% of the Malaysians in the survey had not read a single book in the last 6 months.
An average Malaysians spends only RM4 on books per month.
27% of Malaysians do not have a single copy of a book at home.


What conclusions can you make about the reading habit of Malaysian people from these statistics?


P/s : I found out these statistics while completing my ISL tasks. At least, I spend more than RM10 on MAGAZINE per month. Haha. :p


Tuesday, October 4, 2011

179. Semoga dipermudahkan, InsyaAllah.



Malam tadi, Mak telefon saya. Minta saya bagi kata-kata semangat kepada Eqah yang akan menduduki PMR bermula pada hari ini. Then, Ayah pula mesej. Minta kakak dan abang-abang solat hajat dan doakan kejayaan Eqah dalam PMR. Tengok bukti betapa Mak dan Ayah sangat care pasal pelajaran anak-anak mereka. Thanks Mak and Ayah! :)))

Actually, saya dan Eqah sangatlah berbeza walaupun kami adik-beradik. Saya budak gemuk, tak berapa tinggi, makan banyak, suka tidur, malas belajar, suka melepak. Eqah pula berlainan semuanya. Kurus, tinggi, kurang makan, kurang tidur, rajin belajar sangat-sangat, suka menghabiskan masa kat rumah. She is a good girl. :))) 

Haish kadang-kadang saya malu juga bila teringat perangai saya yang kurang memberangsangkan masa zaman sekolah. Mak selalu cakap saya dengan Eqah ni macam langit dan bumi. Dulu, Mak selalu marah saya sebab malas ulangkaji pelajaran. Hari-hari saya kena paksa duduk diam-diam kat rumah dan baca buku. Lain pula dengan Eqah. Kadang-kadang Mak risau sebab Eqah suka belajar sampai tak sempat makan dan tengok TV. Mak ajak tengok TV pun kadang-kadang dia tolak sebab nak baca buku. Haish berbeza sungguh dengan diri saya. Saya memang bukan jenis kaku belajar dan juga bukan one of pelajar contoh di sekolah. Saya fikir saya ke sekolah untuk berjumpa rakan-rakan, makan kat kantin dengan rakan-rakan dan bergosip-gosip dalam kelas. Heaven gila kan zaman sekolah saya. Hehe

Tapi apa-apa pun kita kena percaya dengan ketentuan dan rezeki Allah. Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya kita kena berserah kepada-Nya. Yang penting kita usaha sedaya yang boleh. Okey Eqah? :)




Pesanan untuk adikku yang tersayang, Nurul Shafiqah bt Ghazali :
Kaklong tahu Eqah sangat rajin belajar dan berusaha. Dalam ramai-ramai adik Kaklong, Eqah lah yang paling rajin dan cepat matang. Yang penting Eqah dah usaha sebaik yang mungkin. Rezeki Allah yang tentukan. Tak kira lah apa pun yang Eqah dapat dalam keputusan nanti, Eqah kena redha. Jangan risau sebab Mak, Ayah, kakak dan abang-abang tahu kemampuan Eqah. You're the best! :) Apa-apa pun, kami akan sentiasa menyokong Eqah. We love youuuuu much! :) Kaklong doakan Eqah dapat buat yang terbaik dalam PMR dan mendapat 9A dalam keputusan nanti. Semoga semua cita-cita dan harapan Eqah tercapai. InsyaAllah. :) Kaklong sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik-adik Kaklong. Kaklong sayang Eqah! :)


Kepada semua calon PMR 2011, selamat maju jaya! Wish you best of luck! :)))


Quote for today :
It's not how high you build your dreams that makes a difference, but how high your faith can climb.