Tuesday, October 11, 2011

183. Serius saya menyesal.



Semalam, Eqah telefon dan bagitahu ada surat cinta sampai kat rumah. Kalau betul surat cinta daripada Aaron Aziz takpe juga. Ini surat cinta daripada abang polis. Terima kasih banyak-banyak sebab saya dapat surat saman speed trap kat kawasan Kuala Lipis. Ini kena masa balik cuti semester bulan Jun hari itu. Sadis gila sebab kena saman speed trap. Ini kali pertama saya ada rekod buruk macam ini. Selalu memang imej bersih lah pada Mak dan Ayah. Haih.

Dan terus saya mengorak langkah dengan menelefon Ayah tercinta sebelum keluar makan malam semalam. Ayah cakap dalam telefon dengan saya lebih kurang seminit sahaja. Suara Ayah macam keras dan kecewa. Pilu hati saya dengar Ayah cakap macam itu. Sedih dengan diri sendiri sebab buat Ayah macam itu. Saya tahu Ayah marah bukan soal duit kena bayar saman, tapi ini sebab saya ada tabiat suka bawa kereta laju. Saya perasan Ayah lebih prihatin pasal benda-benda macam ini selepas Angah kemalangan teruk setahun yang lalu. Semua ahli keluarga trauma dengan peristiwa hitam yang menimpa Angah dulu. Sebab itu Ayah sedih bila tahu saya buat macam ini. Saya lagi lagi lagi lah sedih sebab terlepas pandang benda-benda macam ini dan buat Ayah rasa kecewa.

Ayah. Kaklong betul-betul minta maaf. Kaklong janji Kaklong tak buat macam itu lagi. Kaklong takkan bawa kereta laju sesuka hati. Kaklong taknak buat Ayah risau lagi. Sorry Ayah. :(


LAGI SEKALI SAYA CAKAP SERIUS SAYA BETUL-BETUL MENYESAL DAN INSAF.


2 comments:

Unknown said...

reckless driving is unhealthful behavior..baru blaja td dlm community medicine(family medicine).huhu.. jgn buat lg tau shaa kan i saman u.:P

Shafawati Ghazali said...

Doctor Ilah : Waaaaa serius sha menyesal. Taknak buat dah. Maybe bagi certain orang its not a big deal tapi Ayah sha macam dah trauma after adik sha accident teruk tahun lepas. Adey.

BAIK LAH DOCTOR! SAYA TAK BUAT LAGI! :)