Thursday, June 23, 2011

158. Better person.


Little girl.
Big girl don't cry.


Do you want to know what is the best thing I have? My life.
 
Saya sudah hidup 22 tahun di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah. :)))

Life is happy enough when you see every single thing optimistically. 

Change for good. InsyaAllah. :)))



And Happy Father's Day to the coolest and greatest dad in the world. Thank you, Ayah! I heart you every second of my life. :)))

My hero. :)))


Sunday, June 19, 2011

157. New semester.


After exam semester 5.

At Bukit Permai.

Kegilaan dan keobsesan sepanjang semester 5. YongSeo Couple.


Bye-bye Semester 5, Hello Semester 6.


Waaa saya sudah menjadi pelajar semester 6. Kalau ditambah dengan program pra persediaan, sekarang saya sudah berada di semester 9. Weee sudah 4 tahun setengah saya berada di Cheras. Haish cepat masa berlalu.

Dulu, sampai-sampai sahaja terus pergi daftar hostel. Sekarang tidak perlu lagi memandangkan kami dijemput keluar daripada hostel. Yeee kami sudah ber-rumah baru. Di tingkat 15. Boleh lah tengok view Cheras yang indah tapi tak permai. Hehe

I have to go now. Kejap lagi nak pergi beli barang-barang rumah. Memang seronok nak habiskan duit yang melimpah ruah dalam bank. Jom membeli-belah! :)


Mood : Rasa berdikari habis.


Quote for today :
Something good about ending is, there's always a new beginning.


Tuesday, June 14, 2011

156. Heartstrings.


video


video


I'm so excited! 

Tak sabar nak tengok YongHwa berlakon dalam cerita "Heartstrings". :)))

Handsome kan Yongggg dengan rambut hitam? Weeee

Macam seronok je lagu tema cerita ini. "See my eyes, you've fallen for me". Seronok nyeee! Hehe


Jung Yong Hwa and Park Shin Hye

Polaroid!

  
Okey. Memang sah saya dah demam Korea.


Source :


P/s : Kantoi hari-hari saya baca update pasal Korea. Hari itu, saya marah Uyu sebab selalu update pasal Korea. Segan. :p

Monday, June 13, 2011

155. Gemuk sepanjang hayat.



Kegemukan yang serius sedang melanda sekarang.

Nak masuk The Biggest Loser pleaseeeee?

Fobia dengan penimbang 3 bulan. (-_-!)


Padan muka diri sendiri. Siapa suruh makan tak beragak-agak. Makan tidur makan tidur. Memang heaven lah bercuti kat rumah. Tapi dah gemuk sangat sekarang ini. Waaaaaaaa.


P/s : Sempat ker nak kurus sebelum pergi praktikum? Budak-budak suka cikgu yang cergas. Sekarang ini lembab tahap dewa. Aigoo


154. Si manja sayang.



CAT, kucing kesayangan Ayah dah mati. Maafkan Mak sebab terlanggar Cat dengan kereta. Mak tak perasan. Sorry Cat. :(((

Tak sanggup nak tengok kepala Cat pecah dan berdarah. Terus menangis. Walaupun saya tak suka kucing, memang sebak. Sedih sangat. :(((

Masa kecil dulu, Cat lah yang paling lemah dan hampir-hampir nak mati. Tapi Cat berjaya survive dengan kecacatan mata. Cat hidup sampai hari ini. 

Cat. Maafkan Yong sebab selalu malas-malas nak bagi Cat makan. Selalu marah-marah masa Cat datang nak main-main. Selalu merungut kalau Cat masuk tidur dalam bilik Yong. Sorry Cat. :(((

12 June 2011. Pukul 1 tengah hari. Cat pergi selama-lamanya. Bye-bye Cat. Yong sayang Cat. 


P/s : Sejak kebelakangan ini banyak perkara sedih berlaku. Dugaan dugaan. 


Ya Allah, jauhilah aku, ibu bapa ku, adik-adik ku, keluarga ku dan rakan-rakan ku daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Aminnn.


Cat. Thanks for the memories.


Sunday, June 12, 2011

153. From hero to zero.



Kelantan 1 - Terengganu 2.


Ohmaigucciprada. Sumpah frust sedih kecewa melenting moody sebab Kelantan kalah. Rasa nak pergi cabut semua rumput kat padang Stadium Bukit Jalil sekarang. Berkelakuan aneh sebab kecewa.

Actually saya nak letak tajuk entri "From zero to hero" kalau Kelantan menang tadi. Tapi sebab Kelantan kalah dengan Terengganu, kena tukarlah tajuk entri.

Tapi I nak komen juga. Pengadil macam berat sebelah je. Asyik lebihkan Terengganu. Kalau Kelantan kasar sedikit, terus dapat kad kuning dan sepakan percuma. Macam mana ini pakcik pengadil? Saya bagi sedozen kad kuning untuk pakcik yea since pakcik suka bagi kad kuning untuk Kelantan. Haish


Ada lagi 15 saat sahaja dan tiba-tiba Daudsu tertanduk ke dalam gol sendiri. How come baby? 15 saat boleh merubah segala-galanya. Siapa lah yang baling mercun kat gol Terengganu? Haish pasal kes mercun itulah masa tambahan lama sangat. Gerammmmm!

Sedih. Frust. Sampai berguling-guling semua orang kat rumah. First time dengar Ayah menjerit dan terus masuk bilik air sebab frust sangat. Kelakar pun ada tengok Mak macam nak nangis. Heee. Okey sedih sedih sebenarnya. :(


Overall, Kelantan dah bermain dengan baik. Cemerlang. Yee sangat cemerlang. Cuma Terengganu lebih bertuah mungkin. Takpe mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan ini. Think positively baby!


Untuk Daudsu : U tak salah. U cuba nak save bola tu tapi nak buat macam mana. It's okey baby.


Untuk Khairul Fahmi : U memang terbaik. U dah banyak save bola dengan bergaya sekali. U memang hero lah. Jangan menangis yea baby?


Untuk player Terengganu : Lain kali jangan main kasar-kasar sangat tau. Macam kapten U. Suka main kasar-kasar. Mentang-mentanglah pemain Kelantan kecil molek orangnya. Btw, congratulation. *Tak berapa ikhlas*.


The red warriors terbaik! Never give up baby. :)


Okey. Bye. Memang malam ini saya tidur dengan tak tenang. Mood tak best. *Apa-apa pun, jangan lupa baca doa tidur dan Ayat Kursi sebelum tidur. Heee*


Saturday, June 11, 2011

152. Lazy people.



Adik saya pergi tengok Kelantan VS Terengganu kat Stadium Bukit Jalil pada malam ini. Saya?

Saya jaga rumah sahaja. Makan betik yang ayah petik sambil goyang-goyang kedua-dua belah kaki. Hehe

Angah cakap saya tak ada semangat kenegerian dan tak ada semangat kesukanan. Sebenarnya, saya tak nak melibatkan diri dalam sebarang agenda berkaitan dengan bola atau sepak atau bola sepak. Tahu?


Ramai orang teka Kelantan kalah malam ini. Ottoke? Please menang Kelantan supaya saya tak dengar Mak meraung-raung kecewa sebab kalah. Saya? Saya mestilah jadi tukang pemerhati sahaja. Hehe


Apa-apa pun.... Gomo Kelate Gomo!  *sambil mengibar bendera Kelantan*


To Zadd/SeoHyun/Maknae : Sorry sebab tak balas mesej. Virus malas nak topup sedang menular sekarang. KW/TaeYeon/Unnie akan balas mesej dengan segera apabila sudah men-topup-kan telefon klasik itu. Hee


Quote for today :
Every moment is another chance.


Friday, June 10, 2011

151. Diskriminasi FIFA.



Ini tajuk artikel suratkhabar Sinar Harian yang bertarikh 08 June 2011.

Gara-gara memakai tudung dan jersi menutup aurat, skuad Olimpik Wanita Iran dilarang meneruskan kelayakan Olimpik London 2012 menentang Jordan. Arahan tersebut dikeluarkan persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sekaligus meyaksikan Jordan diberikan kemenangan percuma 3-0.

FIFA memberi alasan faktor KESELAMATAN punca perlawanan tersebut dibatalkan, selepas pemain wanita Iran enggan menanggalkan tudung dan memakai seluar pendek seperti yang diminta pegawai perlawanan. Ini bukan kejadian pertama melibatkan skuad Iran. Tahun sebelumnya ketika menyertai Kejohanan Olimpik Remaja di Singapura, perkara yang sama melanda pasukan itu di mana pemain diminta menanggalkan tudung dan hanya dibenarkan skarf yang menutup bahagian atas kepala sahaja.


Kesian saya tengok gambar pemain-pemain yang sebak dan menangis selepas FIFA membatalkan perlawanan menentang Jordan di Amman.


Haish membara-bara saya selepas baca artikel ini. Ada ker patut persatuan yang bertaraf antarabangsa membuat keputusan yang tak logik seperti ini? Tak pernah pula saya terdengar berita yang ada orang luka atau mati sebab terkena tudung yang dipakai oleh golongan wanita. Tak tahu lah pula saya yang tudung yang cantik dipakai ini ada unsur-unsur membahayakan. Haish sungguh tak logik.

Kemudian saya terfikir. Di Malaysia, tak ramai pemain wanita yang memakai pakaian sukan yang menutup aurat. Bukan tak ada tapi hanya segelintir. Kan? Malaysia yang majoriti rakyatnya terdiri daripada orang Islam sepatutnya mengamal ajaran Islam seperti yang telah ditetapkan. Kecewa dengan isu seperti ini dipandang remeh oleh pihak tertentu.

Malangnya, suara-suara kecil seperti ini tidak mendapat perhatian daripada pihak sepatutnya.


Mood : Serius.


Thursday, June 9, 2011

150. Bad day.



Semalam mungkin hari yang sangat tak best untuk saya. Sebab ter-stalk dan ter-baca beberapa benda yang tak sepatutnya saya tahu. Saya tak sepatutnya guna kebolehan CSI saya untuk benda-benda macam ini. Instinct saya selalunya betul. Yee saya pasti. Okey biarkan saya merapu sorang-sorang supaya saya tak menyesal dan tak terkenangkan benda-benda ini lagi.


Please stop right now!


Girls. Sorry for being so stupid. I cried again. For the same reason. I'm sorry.


Ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada aku. Ketenangan hati dan fikiran. Aminnn.


Quote for today :
Hold on to things that make you happy and let go of things that make you sad.


Wednesday, June 8, 2011

148. Small in size.


Gambar zaman muda. Kelakar lah Budd and Gha. Hehe

Muka baru bangun tidur. Otw to Gunung Datuk.

Ni gambar mulia sedikit sebab bersiap pakai baju elok. :D


Happy birthday Gha!

Haaa teka berapa umur dia? Bukan 12. Bukan 18. Bukan 20.

Her age is 23 years old.

She is not a little girl. She is a pretty lady. Tapi muka babyface kan? Haha

To Gha. Have a wonderful birthday. May Allah bless you. InsyaAllah. :)))


Nak promote ni. Gha sangat pandai buat benda-benda comel. Cupcakes, birthday cakes, puppets. Siapa-siapa rasa nak tempah boleh lah. Hehe. Ni haaa gambar kek yang dia buat. Sorry Gha. I curi daripada your facebook. Hehe



Ada orang pernah bagitahu, "The best package comes in a small size". Is it true?


Wednesday, June 1, 2011

147. Mana bil elektrik?



Selamat pagi Malaysia. Hari ini saya bangun awal sebab semalam tidur tersangat-sangatlah awal. Bangun solat isya pukul 3 pagi kemudian sambung tidur. Memang heaven lah. Hehe

Okey sekarang saya berada dalam mood tak puas hati. Confirm semua orang baca suratkhabar semalam kan. TARIF ELEKTRIK NAIK. Tajuk berita yang berjaya buat semua pembaca termenung panjang. Memang rakyat didahulukan. Aigoo semua orang rasa nak migrain semalam. Baik mak ataupun ayah. Eh hello saya sendiri pun rasa nak migrain. Yee laa sebab orang dah kena tinggal kat rumah sewa. Bil elektrik dan air kenalah bayar sendiri. Takkan nak share dengan jiran sebelah kot. Pening pening pening. (-_-!)

Memang eloklah bila saya kena pindah rumah sewa, bil elektrik pun naik. Rumah student mestilah banyak guna elektrik. Laptop, printer, charger telefon semua memang pakej lah. Haihh lepas ni boleh bagi alasan kat pensyarah yang saya tak siap assignment sebab nak jimat bil elektrik. Tak boleh pasang laptop 24/7. Hehe

Mak pun dah start bagi warning kat seisi keluarga semalam. Ehem ehem memang kena ceramah panjang semalam. :p

  • Tutup laptop bila dah habis main game or download cerita. --> Khas untuk anak-anak lelaki Mak.
  • Jangan buka TV dan radio 24 jam padahal empunya diri dah lama menghilang pergi mana-mana. --> Juga untuk anak-anak lelaki Mak.
  • Iron baju untuk seminggu sekaligus. Jangan nak iron seketul-seketul. --> Yang ini ditujukan kepada anak-anak perempuan Mak yang jelita lagi menawan.
  • No more aircond. --> Khas untuk si kembar yang tak boleh hidup dalam kepanasan.
  • Sila tidur guna lampu tidur atau gelap terus lagi bagus. --> Eqah yang takut tidur dalam gelap.
  • Bila melangkah keluar dari bilik masing-masing, silalah tutup lampu dan kipas serta semua benda yang memerlukan elektrik. --> Bad habit semua orang yang suka biar benda on 24/7.


Saya rasa nak copy and paste semua peraturan baru Mak kat rumah sewa nanti la. Bajet nak jadi mak tiri kat Budd, Ezadd dan KT. Eh silap bukan. SooYong, SeoHyun dan YoonA. Haha jangan marah KimTaeYeon yea. :p

Macam mana lah kehidupan di rumah sewa nanti? Fikir sekejap. Pagi-pagi kena bangun awal kalau taknak terlambat pergi kelas atau praktikum. Nak tunggu lif memang lah lama. Lif nak turun ground floor yang bermasalah. Nak naik ke tingkat 15 sekejap je. Yee yee rumah sewa kami berada di tingkat 15 daripada 16 tingkat. Syok kan? Malam-malam boleh tengok view KL Cheras yang indah. Hehe.

Semoga Allah permudahkan urusan kami semua. InsyaAllah. Aminnn. (^__^)


Btw, puding trifle yang saya dan Eqah buat dah habis dalam masa sehari. Memang terhangat di pasaran. Padahal semua orang kat rumah ini raja makan. Especially si kembar tu. Hehe. Nanti nak try tukar lapisan kek dengan biskut oreo lah. Nik aka orang tua aka abang sepupu tipu-tipu bagi resipi baru. Mesti dia belajar daripada Emma kesayangan dia tu. Phewitttt!


Okey people. Have a wonderful holiday! :)))


Quote for today :
Allah SWT looks not at how you look, but what is in your heart.