Sunday, November 21, 2010

78. Habaq mai.



SI GADIS SUKA...

  1. lelaki yang tough walaupun jarang ke gym.
  2. lelaki yang pandai bersukan tidak kira walaupun hanya tahu SATU sukan sahaja.
  3. lelaki yang bijak dan pandai. CGPA pilihan? tentulah yang 3.5 ke atas!
  4. mempunyai KERETA. tidak kira baru atau terpakai, tetapi mestilah milik sendirian berhad.
  5. lelaki yang pandai bermain alat muzik. sedap halwa telinga si gadis mendengarnya apabila kebosanan datang melanda.
  6. lelaki suka berjenaka dan buat lawak. tidak kering gusi apabila bersamanya. lelaki yang penuh dengan sense of humor sering menjadi pilihan si gadis.
  7. lelaki yang tahu jalan dan cekap tengok tempat. bolehlah diharap apabila melancong ke mana-mana.
  8. tahu serba sedikit tentang komputer. jika si gadis ada masalah dengan komputer peribadi, kamu dahulu yang dicarinya!
  9. lelaki yang tahu hukum-hakam AGAMA. walaupun sifat luaran fizikal agak selamba atau sempoi, setiap gadis mahukan lelaki yang mempu memimpim mereka apabila SOLAT BERJEMAAH kelak!
  10. lelaki yang berambut pendek dan kemas. walaupun ada yang suka berambut panjang, wahai lelaki, percayalah lambat-laut si dia pasti menyuruh kami potong rambut bagi nampak kemas.
  11. lelaki yang mempunyai sedikit JANGGUT. machooo you alllsss...
  12. lelaki yang wangi dan pandai memilih wangian yang sesuai dengan diri mereka.
  13. lelaki yang prihatin! maknanya lelaki yang tahu dan hafal TARIKH-TARIKH PENTING si gadis.
  14. apabila ingat tarikh-tarikh penting, tak reti-reti ke nak bagi hadiah ataupun kejutan? si gadis amat menyukainya!
  15. lelaki yang pandai mengambil hati kedua orang tuanya. hellloooo lelaki, jika nak mengorat anak dara orang, kenalah beli jiwa ibu dan bapanya terlebih dahulu tau!
  16. PENYABAR! tetapi dalam keadaan apa? tentulah dalam keadaan apabila kamu dapat menemani si gadis pergi membeli-belah. kamu tak beli apa-apa pun tak mengapa asalkan sudi menjadi peneman itu sudah memadai!
  17. apabila bercakap di telefon, biarkan si gadis yang bercakap. jangan menyampuk kata-katanya!


SI GADIS TIDAK SUKA...


  1. lelaki yang lemah, terlalu kurus dan selalu sakit. macam mana nak tanggung anak orang kalau diri sendiri tak terjaga kan?
  2. lelaki yang tidak gemar bersukan. aktiviti petangnya ialah duduk bersenang-lenang di rumah dan tidur sahaja.
  3. lelaki yang tidak berpelajaran. kalau CGPA selalu bawah 2.0 sahaja, baik balik kampung dan tanam jagung.
  4. lelaki yang malas dan tidak ada tujuan hidup. hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa sahaja. ooopppsss!
  5. lelaki yang tidak mempunyai kereta atau motosikal. untuk ke mana-mana, selalu tumpang orang sahaja. paling teruk? suruh si gadis ambil!
  6. lelaki yang tidak meminati muzik. hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja. uurrggghh bosannya!
  7. lelaki yang terlalu serius dalam hidup. nak bergurau pun tak boleh...
  8. lelaki yang tidak suka berjalan-jalan. hanya terperuk dalam rumah. buat apa pun tak tahulah!
  9. lelaki yang buta komputer. jangan kata nak baiki, Microsoft Powerpoint ataupun Excel pun tak tahu nak guna. macam mana tu?
  10. lelaki yang hanya tahu berseronok siang dan malam. tak ingat dosa pahala!
  11. lelaki yang buta gaya. rambut serabai, pakaian tidak terurus.. kesiannnn...
  12. lelaki yang terlalu kuat merokok! jangan merokok pleaseeee...
  13. lelaki yang ada bau badan. ooouuuuccchhh... rajinkan mandi dan segera atasi bau badan itu ye...
  14. lelaki yang mengucapkan hari jadi si gadis seminggu lewat? ohh... si gadis paling pantang yea...
  15. lelaki yang hanya tahu berpasangan, tetapi apabila diajak berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa gadis, macam-macam lah alasan timbul!
  16. lelaki yang tidak romantik. tak pernah langsung diberikan bunga, hadiah ataupun sebarang kejutan. bosannya hidup!
  17. apabila ditanya pendapat lelaki, si dia akan cakap " tak kisah lah, apa-apa je. ikut awak la ". hmmm, baik tak payah tanya terus!
  18. lelaki yang kuat membebel mengalahkan mak si gadis! aduhh, sakit telinga laaa apabila lelaki membebel.

Si gadis-gadis cantik. :)))

6 comments:

E said...

HAHA. I like.

Miss you girls akready nak sembang2!

Mohamad Taqiyuddin Bin Ahmad Fikri said...

pecah doh la rahsia ari ni..bakpo rama sngat tino mnat ko didiey...hahha
mungkin didiey kna kurangkan sikit sikap2 hok ore tino suko 2...
lamo doh duk cari sebab bakpo nyo rama sgat duk mnat..timo ksih kgmate..;D

farha ni said...

ekh kaki siapa marvellous kat hujung tu tah? ;B

Shafawati Ghazali said...

Puteri Ezzati : Triple like. :D
Miss girls much. Especially waktu makan kita. Hehe

Didie Perasan :
Xdop so pun ciri-ciri tu ko didie. Jangan perasan buleh x? Eh ado la so. Suko tido 24 jam. Haha

Budd Segamat :
Actually nak edit buang kaki yang paling kiri tu. Hehe

Admin said...

mee toooo!!!like this much2.hehe

Shafawati Ghazali said...

rotcais : yeaaaaahhhh! :D