Tuesday, January 11, 2011

94. Pilih bulu, orang gila.



Semalam, saya agak tidak bernasib baik. Ya Allah lindungilah hamba-Mu ini.


Pada waktu pagi, saya ada pembentangan semasa kelas EDU. Saya buat pembentangan macam biasa. Cari maklumat, sediakan powerpoint dan persembahkan powerpoint dalam kelas. Tapi saya teruk kena hentam dengan lecturer EDU. Seriously, saya tak tahu kenapa dia macam tak puas hati dengan saya. Daripada kelas pertama lagi dia asyik perli saya dalam kelas. Dengan orang lain, dia okey je. Tak ada nak bangkang apa-apa. Bila saya nak memberikan penjelasan atau huraian, dia boleh cakap "Budak sekolah rendah pun boleh buat macam ini. Susah betul nak faham soalan orang tanya". Hello Puan, tolong guna penapis teh yea semasa bercakap. Jangan lah cakap ikut sedap mulut je. Walaupun Puan tu lecturer saya, tapi Puan tak ada hak nak menghina atau memalukan saya. Saya boleh terima kalau Puan layan semua orang sama rata. Tapi bila Father buat lawak bodoh dan sesengal alam, Puan bukan main excited dan layan dia. Memang Puan suka memilih bulu. Layan orang lelaki lebih. Padahal saya tengah berdiri kat depan nak membuat pembentangan. Demi Allah, Puan tolonglah berikan layanan yang adil dan jangan buat saya tak suka Puan dan subjek Puan. Saya minta tolong sangat-sangat.


Dan saya bukan nak mengumpat Puan atau apa. Saya cuma nak meluahkan perasaan saya sebagai salah seorang pelajar Puan yang tidak diberi layanan yang adil dalam kalangan rakan-rakan yang lain.


Pada waktu malam, saya dan gadis-gadis cantik ke rumah Elley dan belikan Big Apple. Seronok sebab dah lama tak main-main macam tu. Rasa muda sekejap. :D


Then, kami ke Bandar Tun Razak teman Elley nak makan malam. Masa tengah tunggu makanan Elley, tiba-tiba ada orang gila datang menjerit-jerit dan berlari-lari sekeliling kami. Demi Allah, saya sangat takut dan terkejut. KT dah menangis, Budd dah menggigil. Lepas itu, dia datang lagi dan menjerit ke arah saya. "Hah kau perempuan!". Sumpah saya kaku dan diam kat situ. Tak menjerit, tak lari ke mana-mana. Saya masih ingat dia berdiri depan saya beberapa inci sahaja. Saya terfikir macam mana kalau dia keluarkan pisau daripada poket dia dan tikam saya. Tiba-tiba dia berpusing ke arah seorang kakak dan kejar kakak itu. Kakak itu berlari masuk ke dalam kedai makan dan bersembunyi di dapur. Kemudian, ada orang cuba tenangkan orang gila itu dan saya dah tak dengar ke mana dia pergi. Elley pun tak jadi makan kat kedai itu dan bungkus makan kat rumah. Saya dapat rasa nadi saya laju sangat walaupun kami sudah dalam perjalanan pulang ke maktab. Scary sangat. :(


Saya susah nak tidur semalam. Rasa berdebar dan tak tenang lagi selepas kejadian itu. Mungkin saya nampak biasa tapi saya memang tak boleh tahan benda-benda yang mengejutkan macam ini. Rasa nak nangis pun ada sebab tak boleh tidur semalam. Akibatnya, saya bangun pagi ini dengan rasa mengantuk sangat. Mungkin tengah hari ini boleh tidur sekejap sebelum buat kerja lain.



Moral of the story :
  • Betul ker lecturer lebih suka kepada pelajar berlainan jantina? Sedih lah macam ini. Rasa tak ada semangat nak pergi kelas EDU. :(
  • Sila berhati-hati apabila berada di luar. Tak kira lah nak pergi kedai makan, tasik, jalan-jalan. Kena selalu berwaspada dengan orang sekeliling kita. Please!
 

Ya Allah, lindungilah kami daripada segala bencana, kemalangan dan perkara yang tidak diingini. Berikan lah kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada kami. Amin.


9 comments:

faz said...

em sabar ye kakwae..
pasni mg malas nk cara ng dia..mls nk ckp byk2 lm kls dia..xpa kakwae!chaiyo!cayo lahhh...
HB to elley duduk!he..
pengalaman berdepan ng org gila tu sgt pahit..scary gila..seb bek kita semua ok...alhamdulillah..

Shafawati Ghazali said...

KT : KW memang akan banyak diam dalam kelas dia. sedih. serius terkilan. :(

hopefully benda2 macam ni tak jadik dah lepas ni. takutt. :( ALHAMDULILLAH SEMUA OKEY...

farha ni said...

bertabahlah anda. esok kita panggang dia buat sup! huh

Shafawati Ghazali said...

budd : nampak nye dia berjaya panggang kita lagi hari ini. sedih sungguh. haih

xaty said...

huh?ada eh lecturer gitu?x patot2~
aritu ore penah gak org tak berapa waras ikot..nyanyi2 pulok tu..nk tau mana?tempat kita meeting, PANTAI IRAMA, BACHOK! haha :D

Shafawati Ghazali said...

xaty : baru jupo lecturer jenis gni. sedih la tie sebab dia wk g2 ko student. haih.

yo koooo> OH NO! my fevret place ever. mano buleh dicemari dgn elemen2 tidak sihat. hehe

Lulu caldina said...

dia ada masalah agaknya, so lepas dekat kamu..huhu

LavenderloVer said...

manusia mmg mcm2.. hormone die x betol kot shaa. x pon shaa suh dio amik psych consult ajak skali ngn OKW tu.. assobru jamil =) sabar itu cantek~

Shafawati Ghazali said...

Lulu : At first, memang fikir macam tu. Tapi kalau each time class dia nak naik angin tak tentu pasal, memang tak faham. Adey

Ilah : Macam-macam ragam. Even lecturer pun ada macam perangai. Terkilan la. Haih. Thanks ilah. Bersabar je lah yang mampu buat. :)