Sunday, February 13, 2011

110. A whole new world.



Selamat pagi cinta semua! Mulakan harimu dengan senyuman. (*_____*)


Saya bangun awal yea hari ini. Bangun awal di hujung minggu yang tidak mempunyai kelas. Pencapaian yang memberangsangkan. Sedikit pujian untuk diri sendiri di pagi hari. Hehe


Yeaaahhhhh! Saya puas hati semalam tidur lambat dan berjaya menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Essay ELE sudah siap walaupun saya sendiri kurang pasti dengan idea yang diutarakan oleh diri sendiri. Laporan, minit mesyuarat dan surat-menyurat juga telah siap dan berjaya di-print oleh EncikCanon. Lega lega lega lega lega. Esok lusa boleh lah pergi berlagak kat Puan Rashida. Minta-minta lah dia tak komen apa-apa. Haaa amek kau cuak cuak sebab buat kerja last minute. Memang sifat semulajadi seseorang yang bergelar pelajar. :p


Semalam, semua orang keluar. Dan saya hampir-hampir tewas dengan godaan diri sendiri. Nak je ambil kunci kereta dan memecut tanpa arah tujuan. Kalau Puncak Alam atau Shah Alam 10 minit je daripada Cheras, memang hari-hari saya pergi sana. Nak pergi bergosip dan bergedik santai dengan buah hati saya di sana. CikTaa, Dhiah, Ninie, Wanie. Haih. Buah hati yea bukan cinta hati. Harap maklum.


Haaa tema minggu ini ialah cuci mata tengok gambar-gambar kat FB. Semua orang sudah kahwin, sudah bertunang, akan kahwin dan akan bertunang. Tarik nafas panjang-panjang. Huhhhhhhhhhh. Okey cukup.


Orang-orang yang dimaksudkan itu ialah rakan-rakan sekolah, rakan-rakan MRSM, rakan-rakan kelas English. Haaa mari saya senaraikan nama-nama mereka yang bertuah itu. Jeng jeng jeng.


Razan, rakan kelas English selepas SPM, sudah berkahwin dan sudah mempunyai seorang cahaya mata. Bertuah bertuah. Hajar, rakan sekolah saya, sudah berkahwin. Bertuah bertuah. Safarin, rakan MRSM saya, juga sudah berkahwin. Bertuah bertuah. Raja Nazrin, rakan MRSM saya, sudah bertunang. Bertuah bertuah. Doktor Fazliana, one of my favourite girl, bakal berkahwin bulan April ini. Doktor bertemu jodoh dengan doktor. Nanti anak-anak mesti pintar cerdas. Bertuah bertuah. :)))


Saya gembira sebab semua sudah mempunyai peralihan fasa hidup masing-masing. Walaupun saya masih di fasa kanak-kanak remaja yang ceria. Yeaaahhhh kan CikTaa? Sebab CikTaa lah yang paling excited kalau tahu ada rakan-rakan yang sudah berkahwin atau bertunang. Lepas itu, mulalah dia berdebar-debar tak tentu pasal. Haha kelakar betul CikTaa.


Sebenarnya, saya rasa bangga dengan rakan-rakan yang sudah berjaya. Ada yang sudah bekerja, ada yang sudah mempunyai kereta sendiri, ada yang mempunyai rumah sendiri, ada yang mendapat tawaran sambung Master di luar negara dan ada yang sudah mempunyai perniagaan sendiri. Alhamdulillah dengan rezeki masing-masing. :)


InsyaAllah saya akan mengikut jejak langkah rakan-rakan. :) Tak sabar saya nak habis belajar dan mempunyai kejayaan sendiri yang boleh dibanggakan. Seronok tengok kejayaan orang lain. :)


Shafawati. Jangan malas-malas. Ketuk kepala kang. *Segan tersipu-sipu*


Okey. Perut saya sudah berbunyi. Nak pergi berus gigi dan makan. Haha tipu je lah. Sudah berus gigi okey sebelum solat Subuh tadi. Lapar nak makan roti bakar dengan jem strawberi Lady's Choice. Jadi, ayuh lah bersarapan. Selamat bersarapan semua!


Oh lupa. Selamat hari Ahad. Esok sudah hari Isnin. Esok sudah ada kelas. Malas. *Insaf sekejap je tadi*


3 comments:

yAtiE said...

huhu tak lama lgi k.we la pulop ekot jejak langkah saem2 hok tuah 2 huhu

sue said...

tunggu perkhabaran dr shaa la plok.. hehehe..
jgn kawen tiko sue x leh g deh..

Shafawati Ghazali said...

Yatie : Haihhh. Lambat lagi turn k.we tu. Hehe. Entah-entah Yatie dulu bagi kad jemputan. Hehe

Sue : Ehhh sha buat maso semua orang ado kat Malaysia. Sebab maso tu semua orang confirm habis belajar doh. Hehe. Lambat lagiii sha. Tapi mintak-mintak masin mulut sue. Haha