Saturday, February 26, 2011

115. Lots of love.



Sekarang, saya suka bertukar kepada mood touching sorang-sorang. Haih please lah gemuk! Jangan nak layan benda-benda yang tak penting.


Mak. Dia memang selalu ada di kala kita senang atau susah. Semalam, tiba-tiba saya rasa tak sedap hati. Rasa tak tenang sangat. Rasa nak menangis pun ada. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba Mak telefon. Saya rasa terharu dan sangat lega. Mak memang ada naluri keibuan yang tinggi. Saya perasan hampir setiap kali saya rasa tak tenang atau rasa tak sedap hati, Mak mesti akan mesej atau telefon saya. Kalau boleh, saya tak nak bagitahu Mak pasal benda-benda yang tak menggembirakan. Sebab itu saya cuba berborak dan bercakap-cakap dengan Mak macam biasa. Tapi saya rasa gembira dan lega lepas berborak dengan Mak. Tak kisah lah Mak nak bercerita pasal adik-adik, pasal Ayah atau pasal kerja kat klinik. Bila saya dengar suara Mak dalam telefon, saya rasa seronok. Mak. Thanks for always being there although I know that I'm not a good daughter as others. I'm so grateful, Mak. :)))


Semalam Mak cerita pasal adik kembar saya. Rasa nak tergelak sorang-sorang bila teringat. Hari Khamis yang lalu, mereka ada jamuan Maulidur Rasul kat sekolah. Jadi, Mak bagilah pinggan satu sorang kat mereka. Sebelum ke sekolah, Mak sudah pesan yang tak perlu basuh pinggan-pinggan tu kat sekolah. Masuk dalam plastik dan bawa balik rumah je. Nak dijadikan cerita, cikgu suruh mereka basuh pinggan selepas makan. Memang mereka basuh pinggan sendiri. Padahal kat rumah jangan harap lah nak basuh. Kalau letak pinggan dalam sink lepas makan pun dah cukup bagus. Hehe. Haaa tengok betapa berkuasanya arahan seorang guru. Walaupun Mak sudah pesan jangan basuh, mereka berusaha juga nak basuh bila cikgu suruh. Memang arahan cikgu lagi berkesan daripada pesanan Mak bagi budak-budak seusia mereka. Ehem ehem saya pun bakal cikgu. :p


Masalahnya ialah cikgu suruh budak Tahun 1 pergi basuh pinggan kat kolam bukannya kat sinki. Alahai cikgu. Tak terfikir ker yang kolam tu bahaya? Budak-budak yang kecil comel macam si kembar itu memang tertarik nak main-main dalam kolam itu. Haih.


Masa Mak tengah buat kerja, Mak dapat panggilan telefon daripada nombor yang tak dikenali. Banyak kali pula tu. Mak dah berdebar-debar dan terus jawab panggilan itu.


Mak : Hello. Siapa ini?
Pemanggil : Mak, Mak. Ini Uteh. Kenapa Mak tak jawab Uteh telefon banyak kali?
Mak : Uteh telefon Mak dari mana ni? Macam mana tahu nombor telefon Mak?
Pemanggil : Uteh telefon dari sekolah. Guna telefon yang masukkan duit syiling ni. Uteh dah hafal lah nombor telefon Cikgu cakap telefon untuk kecemasan sahaja. Mak. Mak, baju sekolah Uteh basah.
Mak : Hah? Macam mana boleh basah? Uchu mana?
Pemanggil : Cikgu suruh Uteh basuh pinggan kat kolam. Lepas itu, pinggan Uteh terjatuh dalam kolam. Uteh nak ambil tapi tak sampai lah Mak. Uchu pergi main-main dengan kawan-kawan.
Mak : Uteh jangan ambil pinggan tu. Biar je jatuh. Bahaya nanti Uteh pula jatuh dalam kolam tu. Takpe takpe nanti Mak belikan Uteh pinggan baru okey? Dah dah pergi cari Uchu dan masuk kelas. Nanti Mak telefon Ayah suruh ambil Uteh dan Uchu awal sedikit. Jangan main-main kat tepi kolam tu.
Pemanggil : Okey Mak. Uteh nak pergi main-main dengan Uchu. Bye-bye.
Mak : Mak suruh masuk kelas bukan suruh main-main. Cepat pergi masuk kelas. Bye-bye.


Kerja nak main-main je 24jam. Pergi sekolah nak main-main dengan kawan-kawan bukannya nak pergi belajar ABC. Haha. Saya rasa si kembar sangatlah comel. Sudah pandai guna telefon awam nak cakap dengan Mak. Mak pun tak perasan entah masa bila dia hafal nombor telefon Mak. Selalu suruh membaca taknak. Kelakar betul. Haha. 24 Februari 2011, adik pandai guna telefon awam. Noted! Adik, Kaklong rasa nak peluk adik sekarang. Eeii suka je buat benda yang mengejutkan semua orang. Sangatlah hiperaktif mereka ni. Budak gemuk yang nakal. Hehe. :)


Pengumuman pengumuman. Lagi dua minggu saya nak cuti. Yeaahhh boleh balik rumah dan merehatkan diri selama seminggu. Syok nya walaupun cuti sekejap je. Tak sabar nak tunggu 12haribulan nanti. :)


Okey. Mahu menyiapkan diri. Malam nanti ada date dengan gemuk-gemuk sekalian. Nak sambung buat coursework EDU yang tak tahu bila nak habis buat. Banyak sangat sangat sangat. Haih.*Mengeluh dengan panjang sekali bila teringat bebelan Mama Sita*


P/s : Rindu nak peluk si kembar dan tarik pipi gemuk dorang. Hehe. You make me smile. :)


No comments: