Friday, February 4, 2011

106. Gigi arnab putih.



Yessss! Malam ini berjaya tengok berita walaupun selalunya berperang dengan si kembar nak tunggu giliran tengok TV. Hehe. Tadi saya tengok berita kat TV3 pasal penternak arnab boleh mendapat keuntungan kira-kira RM100 ribu setahun. Amboiiiii banyak sangat tu. Meh kongsi dengan saya sedikit. Akaun saya ada kosong kosong sen. Hehe.


Along : Ayah, Along nak bela arnab juga lah. Nak yang warna putih dan mata besar macam Heliza. Boleh tak?

Ayah : Boleh boleh. Bagi 1K kat ayah. Ayah boleh cari arnab yang bermata lagi besar dan cantik daripada Heliza.

Along : Bolehhhhh. Satu kupang! Haish ayah suka buat loyar buruk. Wekkk!


Macam seronok je kalau ada arnab putih kat dalam sangkar putih. Bangun pagi, bagi arnab makan kangkung. Haaa comel habis. Please please please nak hadiah arnab putih nanti umur 22 tahun. Nak putih macam Cik Kelles. Gedik gedik. Hehe


Haaa cakap pasal arnab mestilah teringat pasal tahun arnab.

Cakap pasal tahun arnab, mestilah teringat pasal orang Cina.

Cakap pasal orang Cina, mestilah teringat pasal Tahun Baru Cina.

Cakap pasal Tahun Baru Cina, mestilah teringat pasal rumah terbuka.

Cakap pasal rumah terbuka, mestilah teringat pasal Aunty Chen dan Aunty Choo.


Yeaaahhhhh!


Hari ini bangun pagi-pagi sebab nak ikut mak pergi beraya rumah mereka. Weeee. Sakan kot makan tadi. Mula-mula, saya dengan tekunnya mengeluarkan skirt labuh dan blouse. Disebabkan kemalasan nak meng-iron, mereka dimasukkan semula ke dalam almari. Maka, keluarlah baju tshirt dan jeans kesayangan. Huhhh kenapalah malas sangat nak pakai cantik-cantik. Takpe takpe. At least, i'm not fashion disaster. Ayat nak sedapkan hati sendiri. Haha


Makanan yang menarik hati yang terletak di atas meja :
  1. Sate ayam ( Haaa upah orang bakar sate kat halaman rumah. Berpeluh-peluh pakcik nak bakar sate sebab ramai sangat orang datang. Terutamanya yang memang nak makan banyak macam saya. )
  2. Mee kari ( Terima kasih sebab ada banyak udang dan kerang dalam kuah kari tadi. Padan muka sendiri sebab sudah gatal-gatal. )
  3. Nasi dagang
  4. Rojak buah
  5. Kek coklat yang pekat likat
  6. Laksa sedap tapi tak boleh tandingi Laksa Paparich
  7. Kuih-muih yang sangatlah banyak
  8. Oh course lah ada harimau limauuuu


To Aunties yang cantik, comel dan cun, thanks sebab memenuhkan perut besar saya. Gembiraaa lebih sebab dapat angpau merah! Syok betul kalau hari-hari dapat beraya rumah Aunties. Hehe


Sekarang, saya dan Eqah berada di rumah nenek sebab teman nenek tidur. Atuk saya ke Jengka, Pahang sebab ada jemputan kenduri saudara kat sana. Okey tahu nak puji saya lah tu. Memang saya kami cucu yang baik. Dan cantik. :p


To Tan Lee, sorry sebab I tak dapat pergi openhouse tadi. Nak pergi tapi tak sempat sebab balim from rumah Aunties lambat. Makan banyak sampai tak sedar sudah pukul berapa. Hehe. Next year, I confirm pergi. Okey? Yeaaaahhhh! :D


P/s : Rasa sayu sedikit malam ini. Haaa mesti dah boleh agak sebab apa. Ini malam terakhir berada di rumah. Sob sob sob. Esok sudah bergolek-golek dalam bas ke Cheras. Sedih sedih sedih. Sumpah sedih. Shafawati, please jangan nak rasa homesick lagi! Okey memang sudah rasa nak menangis sekarang. 


Cuti CNY sudah hampir ke penghujungnya. Haigoooooooo.



4 comments:

fard_kay said...

kak we...
nmpkny x melepaskan peluang utk beraya sakan ye
best btl cuti balik umah

xaty said...

eh?kw x gi ugok umah leevwen?ingt gi..

Uncle said...

Ceyh! Sedap kakah ni kato kokre mato besar.

Shafawati Ghazali said...

Kaymah : Always say yes to holiday. Yeaaahhhh! Hehe

Xaty : KW xg tiee. Xsmpt. Haigooo

Faris : Weeehhh mmg mato dio besar and comel laaa. Geram aku tgk. Hehe