Wednesday, February 16, 2011

112. Mageiricophobia



Mageiricophobia.

Apa benda itu?

Mageiricophobia merupakan ketakutan terhadap aktiviti memasak.


Ada yang memang sudah tahu ker istilah ini? Haaa saya baru tahu yang ada juga yang ada juga orang yang fobia untuk memasak. Mungkin takut kalau nak masak kek coklat, jadik kek gula hangus. Menarik lah tu kan? Hehe


Sebab saya baru tahu istilah ini, jadi saya pun nak kongsi dengan rakan-rakan. :)


Ehem ehem nak tanya. Ada sesiapa yang nak mengaku menghadapi masalah ini? Baik mengaku sekarang dan boleh mula ke kelas masakan mulai esok. Haaa kalau sudah 20-an tapi tak tahu nak masak meggi pun, wajib pergi belajar memasak dengan Iron Chef. Hehe.


Yes, saya mengaku saya tak pandai memasak. Walaupun saya ada cita-cita nak buka bakery sendiri nanti. Comel tak? Hehe. Please jangan gelak okey.


Ini je kek coklat yang saya sempat buat masa cuti hari itu. Lazat penuh berkrim.

Keobsesan terhadap sos cili. Bankrup Mc'd.

Bersama ratu Kenny Rogers, Elley.


P/s : Sekarang mengidam nak makan steamboat. Minggu lepas dan minggu ini saya makan steamboat. Memang terserlah keobsesan terhadap steamboat sejak kebelakangan ini.


No comments: