Yeahhh hari ini saya dah cukup umur. Sudah boleh mengundi. Relevan kah alasan itu untuk bergembira? :p
Today, i am getting older and older. I'm already 21. Sweet 21 like Angah said just now. hehe. Mak and Ayah, thanks a lot for everything. Yes, i really mean it. :)))
Jangan tanya saya nak apa sebagai hadiah birthday. Sebab banyak sangat permintaan sampai tak ada orang nak layan dah kegedikan saya. Padan muka diri sendiri. Haih.
Ikhlas saya harapkan semoga saya mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan dapat menjadi anak yang terbaik kepada Mak dan Ayah. Yes, i love them so much. :) Saya tahu saya tak mampu nak jadi sehebat orang lain tapi saya nak jadi anak dan kakak yang paling hebat kepada keluarga saya. Kaklong mungkin tak sesempurna orang lain tapi Kaklong cuba untuk perbaiki diri. Doakan terbaik untuk Kaklong. :)
okey sebab hari ini rasa bersejarah, nak tengok balik gambar-gambar masa kecil dulu. comel tak? :p
Sila perhatikan pipi gemuk saya itu. Terserlah dari kecil lagi. Hehe
Hobi saya masa kecil suka sepah kan almari sendiri dan bergaya sesuka hati. Ini gaya nak pergi belajar mengaji dengan nenek. Baik kan ustazah? :D
Air kotak laici memang favourite saya masa kecil. Saya suka pakai skirt sebab saya rasa saya comel. Sungguh perasan. :p
Saya suka main-main dengan budak laki masa kecil. Sebab tu saya main bola. Sebenarnya pegang bola je tahu. Hehe. Ayu tak saya? Nak main bola pun pakai skirt. :p
Ni gambar masa saya darjah 6. Setinggi pokok bunga kertas je. Sungguh sadis melihat kependekan dan kekurusan ku.
Masa sekolah menengah, saya seperti telah dipam-pam menjadi belon panas. Nasib baik tinggi pun bertambah. Tapi masih tak seimbang dengan kegemukan diri yang melanda. Yes, semua sangat sayang dengan pipi bulat saya. :D
Saya sangat gedik sebab suka pakai baju pink. Sorry uyu sebab tersuka pink macam uyu. Hehe. Masa matrik, saya sangat gembira sebab ada kawan-kawan yang suka makan banyak macam saya yang bulat ni. :D
Dan di sini lah saya berada hari ini. Teacher-to-be. Alhamdulillah saya semakin menyukai panggilan cikgu tu. :) Nama apa yang glamour untuk saya di sekolah nanti eyh? Cikgu Nurul, Cikgu Sha, Cikgu Chapa, Cikgu Wawa or Cikgu Chantek? I prefer Cikgu Chantek. Lagi perasan. :p
Alhamdulillah. Saya sudah hidup selama 21tahun di muka bumi Allah ini. :) InsyaAllah saya cuba untuk menjadi lebih baik daripada saya yang berumur 20thn. :D
I LOVE MY LIFE. :)))
4 comments:
cekgu cekgu.
saya tengok cekgu tak bulat pon sekarng.
cekgu adalah bulat masa zaman kecik2 jer.
=)
deqjaa comel. mintak2 la sume students sha nanti kecik supo deqjaa jah. senang nak jaga. klu besar supo sha, letih la nak kejar. hehe
hahaha..
gano la shaa jadi cekgu nanti.
jangan join students maen dekcok sudaa.
=O
mesti sha garang time ngajar. hehe.
eh sha mesti galak murid2 active.
barulah perkembangan seimbang mental dan fizikal. cewah. hehe
Post a Comment