Saturday, June 26, 2010

23. Berakhirlah sudah sebuah percutian.

Siap!

Setelah 1 jam lebih saya berjaya mengemas barang-barang dan baju-baju yang mahu dibawa pulang ke Cheras tercinta. Bukan tercinta sangat pun kalau difikirkan beban tugasan dan jadual kelas yang agak padat. Memang saya lah si bulat yang pemalas. :p

Senang cakap saya tak puas lagi cuti. Malas nak balik Cheras. Malas nak duduk statik dalam bas selama 8 jam setengah. Malas nak tahan sejuk dalam bas sampai saya rasa nak selesema. Malas nak angkat beg dan barang-barang yang banyak. Padan muka. Sape suruh bawak balik barang banyak-banyak? Hehe. Yang paling sangat dan amat malas ialah saya tak suka nak kemas bilik. Mestilah habuk dan debu dah bermaharajalela dalam bilik saya. Saya pasti bersin tanpa henti disebabkan mereka-mereka ini. Saya elergi habuk okey. Sila pergi main jauh-jauh dari saya wahai habuk-habuk sekalian!

Mak dah bising suruh siap-siap sebab nak pergi kenduri kawan ayah. Mungkin saya patut bergerak dari laptop sekarang. Kalau tak, mak akan bising satu rumah. Sebab itu lah, saya telah mewarisi bakat "membebel" daripada mak. Jangan marah mak. I love you, Mak! Hehe.

Malam ini, tayar bas Mutiara bakal bergolek ke Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam. Gfs, wait for me! Jom date kat velo. Lagi makan dan makan lagi. :D

p/s : Saya berusaha untuk tidak homesick lagi. Malu nak mengaku homesick tapi memang saya suka homesick. :p

I MISS MY GIRLFRIENDS. :)))

No comments: