Sunday, November 7, 2010

70. Terlebih dongeng.



Disebabkan tidak mahu tertidur dalam bilik sambil membaca nota Planning and Teaching Mathematics, saya dan gemuk-gemuk sekalian melangkah ke bilik TV Blok B.

Tekan je remote TV, terus terpampang cerita dongeng Indon"Ular Gergasi dan bla bla bla". Haaa nampak sangat tajuknya susah untuk dihafal. Habaq hang pelik laaa tajuk dia sampai ceq lupa dah. Okey berhenti bercakap bahasa ibunda Budd dan Kaktgh.

Saya masih tertanya-tanya kenapa kah stesen TV di Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum gemar menyiarkan cerita dongeng yang lagi pelik dari negara seberang. Saya lagi boleh terima kalau ada cerita "Fong Sai Yuk" dan "Kuch Kuch Hota Hai". Haaa siap hafal lagi lagu hindustan. Habaq hang.

Malaysia sendiri pun banyak cerita dongeng yang lagi seronok dan mengujakan. Kejap nak ingat balik cerita yang selalu saya tengok masa kecil dahulu.


Bawang Putih Bawang Merah ( versi Malaysia yeaa)
Si Tanggang
Batu Belah Batu Bertangkup


Bukanlah semua cerita indon tidak berkualiti. Saya pun suka cerita "Ayat-Ayat Cinta" dan "Ketika Cinta Bertasbih". Tapi saya tidak boleh terima logik dek akal cerita dongeng mereka. Terlampau mengarut dan melampaui batas-batas agama Islam. Okey senang cakap syirik. Mengucap banyak-banyak.

Contoh dalam cerita "Ular Gergasi dan bla bla bla" yang kami TERtonton pada petang itu.


  • Ada ker orang mengandungkan anak ular setelah makan epal yang diberi oleh tiga ekor syaitan yang berupa badut sarkas?
  • Ular itu kena pergi bertapa di Gunung Merapi untuk bertukar menjadi manusia. Bertahun-tahun tu you alls. Senang-senang je aci tak aci nak jadi ular atau manusia.
  • Mestilah ada pari-pari jadi penyelamat. Watak tetap dalam cerita indon. Pari-pari mesti pakai baju putih, ada sayap, ada tongkat ajaib dan berwajah mulus.
  • Ular tadi bertukar menjadi kanak-kanak yang sangat pelik. Tak pakai baju, ada seluar hijau dan pakai celak hijau. Eh bukan eyeshadow hijau. Buruk ehh senang cakap. Yang paling saya marah marah marah ialah cerita ini nak tiru cerita Nabi Nuh. Watak budak pelik tadi lah yang tahu kampung itu akan banjir dan membina kapal sampan untuk seorang nenek yang baik hati. Amboiiiii seronok je buat watak macam tu. Syirik syirik syirik!
  • Ending cerita ini ialah budak pelik tadi dibawa pergi oleh pari-pari ke mana entah. Ke shopping complex untuk beli seluar hijau baru agaknya. Sungguh kegeraman saya di situ.


Inilah antara sebab kenapa saya tidak bersetuju cerita-cerita Indon ditayangkan di Malaysia secara berleluasa. Setiap hari wajib lah ada cerita Indon dalam siaran TV. Saya rasa kerajaan Malaysia patut mengehadkan jumlah cerita Indon yang hendak disiarkan. Sebulan sekali cukup. Takut ada yang tak lena tidur tak dapat tengok muka Nia Ramadani. Sepatutnya program TV seperti Al-Kuliyyah dan Medik TV perlu disiarkan dengan lebih kerap. Bukannya sekali seminggu. Walaupun saya ngeri nak tengok doktor membedah perut pesakit, saya lebih rela menontonnya daripada cerita yang tidak berfaedah itu.

Janganlah ada adik-adik kecil kita yang terpengaruh dengan aksi dan percakapan dalam cerita dongeng seperti itu. Budak-budak kecil manalah tahu membezakan perkara yang betul dan salah. Kita pun bukannya ada setiap masa untuk mengawasi program yang mereka tonton. Takut kalau mereka salah tafsir tentang mesej yang tidak sepatutnya dalam cerita itu.

Okey. Lepas ini, saya tak nak marah dah adik kembar saya menonton cerita kartun. Biarlah mereka menonton cerita kartun yang comel daripada cerita yang bukan-bukan.


Moral of the story, jangan tengok cerita dongeng indon kalau tak nak mencarut-carut sepanjang petang. Free je tambah dosa. Istighfar banyak-banyak.


Oh satu lagi. Ada salah seorang daripada gemuk-gemuk menangis tengok ular itu kena dera dalam hujan semalaman. Memang kena bahan sepanjang hari la. Hahaha. Tengok budak 21 tahun pun boleh salah faham tentang fakta yang ular memang hidup dalam hutan dan biasa bermandi hujan. Ular ialah sejenis reptilia yea gemuk-gemuk sekalian. Jadi tak perlu nak kesian kat dia ia.


Okey. Tak mau dah tengok cerita dongeng lepas ini. Layan cerita korea lagi seronokkkk! :D


Peace. No war! :)))


7 comments:

farha ni said...

nak buat cemana sedih habaq hanggg

ah diam ah korang, merajuk ah cenggini! XP

Cik Naa. said...

haha. nak like entry ni buleh tak nek? ngee!

Shafawati Ghazali said...

sedey pa dia nyaa ulaq kottt. hang jgn dk buat touching lebih boleh x? buat segan kt irfan la. haha

cucu. haaaa cucu pun ada jugak kan time tu. saksi yg sah! haha. aunttie hang buat teruk. segan nenek. haha

ad-Din said...

kisah si ular dan kurcaci ork?
hahahaha..
aku pun tgok jgk mse tu..
budok kecik tu tolol molek blakon..
kah3~!

Shafawati Ghazali said...

haaaaaa. betol tajuk citer tu. 10marks untuk din! hehe

citer sangat lah terpesong. padahal budak tu pakai mcm T_ _ _ L. eeeiii menyampah sungguh. adey

Anonymous said...

x masuk dek akal !!

Shafawati Ghazali said...

ngak ada logikal bak kata agnes monica. :p