Monday, December 20, 2010

85. Salah siapa?



Tiba-tiba rasa sedih. Sayu pun ada apabila teringat balik peristiwa ini.


Saya : Kenapa S ( bukan nama sebenar ) dah tak sambung belajar?

Mak S : Entah lah. Dia cakap dia tak nak belajar dah. Cik pun tak tanya banyak.

Saya : Cik tak nak suruh dia sambung belajar ker? Pujuk lah dia.

Mak S : Dah dia malas nak buat macam mana. Biar je la dia duduk rumah tak pun kerja mana-mana.

Saya : Rugi lah macam tu. Dia muda lagi. Boleh sambung belajar mana-mana. Banyak pilihan sekarang.

Mak S : Biar je lah kalau dia tak nak. Malas nak paksa-paksa.

Saya : Terus diam......


Entah kenapa saya rasa sedih dengan situasi ini. Adakah kerana melibatkan orang yang kita kenal? Adakah kerana melibatkan orang yang mempunyai pertalian darah dengan kita?


Salah siapa dalam hal ini? Diri sendiri atau keluarga?


Untuk tuan punya diri :
Kenapa masih ada yang berfikiran seperti ini? Tidak mahu merebut peluang belajar dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Tidak timbul rasa cemburu kah dalam hati melihat orang lain bergambar dengan segaknya sambil memegang segulung ijazah? Tidak terdetik kah di hati sendiri untuk bergembira ketika menerima tawaran pekerjaan yang sering diidam-idamkan?

Betapa ruginya kita kalau tidak mahu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan yang lain dalam kehidupan. Saya tahu ini bukan faktor kewangan atau sebagainya. Ini kerana kurangnya kesedaran dalam diri sendiri. Tidak mempunyai matlamat hidup sendiri. 

Demi Allah, tidak terlintas  untuk menghina atau merendahkan sesiapa. Jauh sekali untuk berbuat demikian. Saya cuma berasa sedih dan terkilan. Walaupun sudah berumur 19 tahun tetapi diri sendiri tidak mampu berfikir ke hadapan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Ilmu sangat penting wahai saudara ku. Macam mana kita hendak meneruskan kehidupan seharian yang semakin mencabar tanpa ilmu mencukupi di dada? Setakat mana lah kehidupan kita jika hendak mengharapkan bantuan keluarga dalam meneruskan kehidupan seharian. Kita sendiri kenalah berusaha lebih untuk kebaikan diri sendiri.

Tolong lah berfikir se jauh-jauh dan se dalam-dalam yang mungkin. Tolong lah.


Untuk keluarga kepada tuan punya diri :
Memanglah paksaan tidak menjamin apa-apa di masa hadapan. Tapi sekurang-kurangnya, kita sebagai orang yang paling rapat dan bertanggungjawab ke atas dia, kenalah memainkan peranan yang sepatutnya. Bertegas itu perlu dalam keadaan seperti ini. Takkan lah kita sanggup melihat dia ke hulu ke hilir tanpa sebarang jaminan.

Siapa lagi yang nak bantu keluarga kalau bukan ahli keluarga sendiri? Lagi-lagi anak sulung. Fikirlah macam mana nak bantu keluarga kalau tak belajar, tak bekerja. Sangat menyedihkan. Saya tidak mahu melihat saudara sendiri terumbang-ambing tanpa arah tujuan hidup. Setiap kali saya terserempak dengan dia sambil melepak-lepak bersama-sama rakan-rakan, saya selalu terfikir. Apa yang membuatkan dia boleh hidup bergembira dan bersenang-lenang tanpa berbuat apa-apa dan tanpa menyambung pelajaran?

Dia masih muda. Tolonglah pujuk dia dan bimbing dia buat keputusan yang betul dan terbaik untuk kehidupan dia. 


Saya berharap sangat dia dan keluarga baca entri ini walaupun saya tahu dia takkan baca. Niat saya ikhlas nak bantu dia supaya dia sedar. Sebagai saudara terdekat.



Menuntutlah ilmu biar sampai ke Negeri China.



4 comments:

Azeta Abdullah said...

huhu.sygnyer kalo xde ilmu.at least cuba setakat yg termampu.moga sedare sha tu diberi kesedaran n bley berbakti kat femli nanti..insyaAllah

it's about Me and You said...

sekarang ni banyak course yang menarik macam memasak, menjahit etc.. tak perlu ambik course2 yang susah kalau tak mampu. sayang kalau berenti setakat spm jer. memang family la yang memainkan peranan sekarang ni. hopefully dia sedar nanti :))

sue said...

ok.. nie pendapat sue plak.. kalau dia x nak belajar kat uni or kat mana instusi pengajian x mengapa selagi dia ada visi dan misi hidupnya. Bukan nak cakap belajar tu x penting tapi kita kene ingat ilmu bukan shj diperoleh dengan g kelas dan dengar prof cakap2 kat depan.. X, ilmu lebih dari itu.

Kalau si dia x nak belajar, suruh lah ibu dan bapanya tanya empunya diri apa yang dia teringin nak buat kalau x nak sambung belajar. Macam mana dia nak jana pendapatan? Nak hidup sehari-hari? Mungkin dia ada terfikir sesuatu yang org lain x pernah terfikir. Dan jika apa yang diberitahunya baik, sokong lah dia. Kita kene ingat x semua orang yang masuk uni berjaya. X2.. Orang yang berjaya ialah orang yang tidak putus asa dan ada misi dan visi dalam hidup dia. Dia ada matlamat tersendiri dan berusaha ke arah mencapai apa yang diinginkan.

Bill gates pun x habis belajar tapi dia boleh berjaya sebab apa? Sebab dia ada wawasan tersendiri..

K, wallahu'alam.

Shafawati Ghazali said...

taa : syg lah sbb bljr stakat spm je. taknak buat pe2 dah. dk umah je. tak kan lah nak dk umah selama2 nya kan. hopefully mcm tu la.

deqjaa : tu lah deqjaa. sha pun ada cadangkan mcm tu. giat mara pun ada tawarkan course mcm tu. tak rugi bljr benda2 mcm tu. tapi tak tahu lah kan. kita sekadar boleh bagi cadangan je.

sue : sha setuju dgn sue. :) tak perlu lah nak masuk u klu nak berjaya. bg certain people. tp kenalah ada plan utk diri sndiri kan. tapi susah sbb dia sndri tak tau nak buat apa dan dk umah semata2 je. tu yg susah. hopefully dia ada matlamat hidup sndiri sblm terlambat.

btw, thanks sayang2 sekalian. :)))