" Alaaa cikgu mana ada style. Pergi pasar malam pun pakai baju kelawar."
Assalamualaikum saudara. Saya nak tanya sedikit ni. Saya ada minta duit saudara ker masa nak beli baju kelawar tu? Kalau ada, cakap. Saya bayar tunai sekarang. Tapi saya tak ada pinjam kan? Oh lagi satu. Saya tak ada baju kelawar okey. Dah lama tak pakai baju kelawar. Nak pinjam yang saudara punya boleh tak? Dan yang paling penting, saya tak pernah pergi pasar malam dengan memakai baju kelawar. Takut kena kejar dengan anjing, tak sempat nak lari. Harap maklum kepada saudara yea.
Satu lagi soalan saya. Dulu masa kat sekolah, siapa yang ajar ABC kepada saudara? Makcik kantin sekolah ker? Ataupun abang guard yang ajarkan? Jadi, silalah mengingati kembali memori persekolahan saudara yea. Jangan cuba merendah-randahkan martabat seorang guru. Memang saya bukan seorang cikgu, tapi InsyaAllah kalau saya umur panjang dan dimurahkan rezeki, saya bakal dapat title Cikgu dalam masa 2 tahun lagi. Jadi, ada wajarnya saya memberi peringatan tulus ikhlas kepada saudara.
Pesanan ini saya tujukan khas kepada saudara yang terlupa nak beli insurans untuk mulut dia. Kalau saudara rasa mulut saudara sama mahal dengan mulut Angelina Jolie, silakan lah beli insurans. Ada member saya yang jual insurans. Saya boleh tolong cadangkan kepada saudara. Bukan apa, takut terjadi apa-apa kepada mulut kebanggaan saudara tu. Manalah tahu kan tiba-tiba mulut saudara tu dihadiahkan dengan buku lima atau buku sepuluh di kemudian hari. Nanti saudara juga yang susah nak claim bayaran jahitan di hospital berdekatan. Jadi, beringat-ingatlah yea saudara. Terima kasih kerana kata-kata indah pujangga yang saudara khabarkan kepada saya. Semoga hidup lebih dirahmati. Assalamualaikum.
Bagi saya, ini merupakan salah satu contoh kata-kata manusia yang tidak begitu cerdik dalam pemikirannya. Agak kurang ajar dan menghina seseorang.
P/s : Fikir dulu sebelum melontarkan kata-kata bernas anda.
P/s : Fikir dulu sebelum melontarkan kata-kata bernas anda.
5 comments:
Boleh2...
sebelum masuk ngaji mktab semula ni rasa nk r insurans mlot utk diri sendiri....
penting sunggoh 2....hehhe
Didie : Haaaa didie memang patut lah beli insurans untuk diri sendiri. Suka ngacau org gak tu. Nanti kena sambal belacan mulut tu. Haha
my bad... hahaha...
aisar ko wak oyak gitu?
haih, semua ..saling bermaaf-maafan la yer.
kita sama2 manusia, ada kelebihan masing2. alangkah indahnya kelebihan kita complement kpd kekurang org lain. jangan sombong2..
yak yak, tokleh kecek lamo2..
Aisar : Mg jangan ngarut buleh x? Chait
Ee : Bukan aisar lah. Dia saja jah nak mencapub tu. Ish3. Aku mmg maaf dah kt orang tu. Hopefully dia tak buat mulut celupar lagi la. Semoga dibukakan pintu hati sempena tahun baru ni.
Post a Comment