Tuesday, November 30, 2010

81. I tanya, U jawab.


People. I nak tanya you allsss.


Kalau main salji, demam tak?




Kalau main hujan, demam terus. Macam sekarang. :(


Sebab I, Elley dan Didie main hujan tadi. Berlari-lari dalam hujan nak ke Kampung Kraf.


Bajet macam main-main salji kt Dublin. :p


Since kecil lagi, I suka berangan-angan main salji. Selalu je sepahkan ais dalam peti ais. Sampai kena marah dengan Mak. Haih


Okey. I betul-betul tak tahu main salji boleh terkena demam atau tidak. Sebab I tak pernah main salji selain salji kat peti ais.


I nak tidur awal malam ini. Rasa tak sedap badan. Jom makan burger, makan panadol dan makan bantal.


Bye-bye November. Walaupun you tak berapa nak baik sangat dengan I.


Saturday, November 27, 2010

80. Poladroid oh poladroid.



Girlfriends and boyfriends. :)


Sudah lama mengidamkan sebuah Kamera Poladroid yang cantik?
Gambar yang klasik.
Hasil yang menarik.
Kenangan yang indah.


Saya ada penyelesaiannya. Kamera Poladroid percumaaaa!
Tak perlukan wang caruman.
Tak perlukan wang hantaran.

Jeng jeng jeng.


Inilah kamera poladroid anda!


Haaaa. Percuma kan? Hehe

You allsss tak payah susah-susah nak carik kamera poladroid kat Low Yat atau sebagainya.
Hasilnya menakjubkan. :D

Anda hanya perlu download application ini dan install ke dalam laptop anda.
Mudah, cepat dan tak payah keluarkan duit 10sen pun. Hehe

Thanks to Puteri Ezzati for sharing this link. :)))


Ini antara hasil karya agung Kamera Poladroid Totally Spies saya. LOL










Seronok kan hasil nya? :D

Selamat mencuba! :)))


Tuesday, November 23, 2010

79. Hey beautiful girl.







 Ini gadis cantik saya. Siapa mahu kenal?

Gadis cantik. Selamat hari lahir yang ke-21. :)
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah. 

Dan diberikan kecantikan yang melimpah ruah.
Kecantikan luaran dan dalaman. Seperti sekarang. :)

Saya sayang gadis cantik saya. Terima kasih kerana sentiasa bersama-sama saya wahai gadis cantik. :)


Hadiah untuk gadis cantik ialah barangan diimport khas dari Sarawak. L. Awak mesti suka.Hehe


Nanti umur 30 tahun, kita pergi bercuti di Korea bersama-sama yea. Percutian idaman kita bersama-sama gadis-gadis cantik yang lain. :D



Sunday, November 21, 2010

78. Habaq mai.



SI GADIS SUKA...

  1. lelaki yang tough walaupun jarang ke gym.
  2. lelaki yang pandai bersukan tidak kira walaupun hanya tahu SATU sukan sahaja.
  3. lelaki yang bijak dan pandai. CGPA pilihan? tentulah yang 3.5 ke atas!
  4. mempunyai KERETA. tidak kira baru atau terpakai, tetapi mestilah milik sendirian berhad.
  5. lelaki yang pandai bermain alat muzik. sedap halwa telinga si gadis mendengarnya apabila kebosanan datang melanda.
  6. lelaki suka berjenaka dan buat lawak. tidak kering gusi apabila bersamanya. lelaki yang penuh dengan sense of humor sering menjadi pilihan si gadis.
  7. lelaki yang tahu jalan dan cekap tengok tempat. bolehlah diharap apabila melancong ke mana-mana.
  8. tahu serba sedikit tentang komputer. jika si gadis ada masalah dengan komputer peribadi, kamu dahulu yang dicarinya!
  9. lelaki yang tahu hukum-hakam AGAMA. walaupun sifat luaran fizikal agak selamba atau sempoi, setiap gadis mahukan lelaki yang mempu memimpim mereka apabila SOLAT BERJEMAAH kelak!
  10. lelaki yang berambut pendek dan kemas. walaupun ada yang suka berambut panjang, wahai lelaki, percayalah lambat-laut si dia pasti menyuruh kami potong rambut bagi nampak kemas.
  11. lelaki yang mempunyai sedikit JANGGUT. machooo you alllsss...
  12. lelaki yang wangi dan pandai memilih wangian yang sesuai dengan diri mereka.
  13. lelaki yang prihatin! maknanya lelaki yang tahu dan hafal TARIKH-TARIKH PENTING si gadis.
  14. apabila ingat tarikh-tarikh penting, tak reti-reti ke nak bagi hadiah ataupun kejutan? si gadis amat menyukainya!
  15. lelaki yang pandai mengambil hati kedua orang tuanya. hellloooo lelaki, jika nak mengorat anak dara orang, kenalah beli jiwa ibu dan bapanya terlebih dahulu tau!
  16. PENYABAR! tetapi dalam keadaan apa? tentulah dalam keadaan apabila kamu dapat menemani si gadis pergi membeli-belah. kamu tak beli apa-apa pun tak mengapa asalkan sudi menjadi peneman itu sudah memadai!
  17. apabila bercakap di telefon, biarkan si gadis yang bercakap. jangan menyampuk kata-katanya!


SI GADIS TIDAK SUKA...


  1. lelaki yang lemah, terlalu kurus dan selalu sakit. macam mana nak tanggung anak orang kalau diri sendiri tak terjaga kan?
  2. lelaki yang tidak gemar bersukan. aktiviti petangnya ialah duduk bersenang-lenang di rumah dan tidur sahaja.
  3. lelaki yang tidak berpelajaran. kalau CGPA selalu bawah 2.0 sahaja, baik balik kampung dan tanam jagung.
  4. lelaki yang malas dan tidak ada tujuan hidup. hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa sahaja. ooopppsss!
  5. lelaki yang tidak mempunyai kereta atau motosikal. untuk ke mana-mana, selalu tumpang orang sahaja. paling teruk? suruh si gadis ambil!
  6. lelaki yang tidak meminati muzik. hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja. uurrggghh bosannya!
  7. lelaki yang terlalu serius dalam hidup. nak bergurau pun tak boleh...
  8. lelaki yang tidak suka berjalan-jalan. hanya terperuk dalam rumah. buat apa pun tak tahulah!
  9. lelaki yang buta komputer. jangan kata nak baiki, Microsoft Powerpoint ataupun Excel pun tak tahu nak guna. macam mana tu?
  10. lelaki yang hanya tahu berseronok siang dan malam. tak ingat dosa pahala!
  11. lelaki yang buta gaya. rambut serabai, pakaian tidak terurus.. kesiannnn...
  12. lelaki yang terlalu kuat merokok! jangan merokok pleaseeee...
  13. lelaki yang ada bau badan. ooouuuuccchhh... rajinkan mandi dan segera atasi bau badan itu ye...
  14. lelaki yang mengucapkan hari jadi si gadis seminggu lewat? ohh... si gadis paling pantang yea...
  15. lelaki yang hanya tahu berpasangan, tetapi apabila diajak berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa gadis, macam-macam lah alasan timbul!
  16. lelaki yang tidak romantik. tak pernah langsung diberikan bunga, hadiah ataupun sebarang kejutan. bosannya hidup!
  17. apabila ditanya pendapat lelaki, si dia akan cakap " tak kisah lah, apa-apa je. ikut awak la ". hmmm, baik tak payah tanya terus!
  18. lelaki yang kuat membebel mengalahkan mak si gadis! aduhh, sakit telinga laaa apabila lelaki membebel.

Si gadis-gadis cantik. :)))

Saturday, November 20, 2010

77. Sweet 19.

Kaklong terlebih gedik.

Kaklong over excited.


Selamat Hari Lahir kepada adik saya, Muhammad Shafiq bin Ghazali.

Semoga Achik berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Kaklong sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Achik.

:)))



Ini tahun terakhir sebelum mendapat title 20-an. So, sweet 19!

Sila lah menjadi lebih matang dengan cepat. :D

Love youuuuuu!


Thursday, November 18, 2010

76. Dua belas cukup.




Tahniah. Saya tak sempat nak solat raya di pagi raya yang mulia. 


Tahniah sekali lagi. Saya berjaya bergolek-golek 12 jam dalam bas. Tak dapat tidur langsung okey. Mata lebam macam alien. Sumpah penat gila. Tak tipu. Walaupun bukan saya yang drive bas tu. Penat nak duduk diam-diam dan pandang kepala orang depan. (-_-!)


Berbaloi penat duduk diam dalam bas setelah dapat mencium tangan Mak dan Ayah. Itu lah reward yang terbaik. :)))


Semalam saya tidur mati dan pagi ini saya bangun lambat.Nasib baik Mak tak bebel. I love you Mak. Hehe


Pagi-pagi lagi saya dah dapat mesej daripada ketua-ketua saya. Nak bincang pasal design baju untuk Larian Mesra 2011. See people. Betapa gigihnya ketua-ketua saya. Bekerja di hari raya. Cewahh ayat bodek ni. Hehe. Nanti saya siapkan laporan mesyuarat 1 dan 2 yea bos-bos! :D


Okey mahu menolong Mak di dapur. Anak perempuan yang paling rajin. :p


Selamat makan daging dan segala-galanya bermenukan daging untuk bulan ini.


Tuesday, November 16, 2010

74. KL to KEL.



First award! :) Terima kasih kepada Cik Xaty untuk award ini. Muahhx! :)



Yeaaahhhh!


Penderitaan exam sudah berakhir. Walaupun dengan sangat tidak jayanya. Gundah gulana memikirkan nasib saya pada semester hadapan tetapi tidak mengapa. 


Sebab malam ini saya bakal bergolek-golek pulang ke rumahhhhh! Yeahhhhh. Ini lah perasaan orang yang belajar di perantauan. Excited lebih setiap kali nak balik walaupun terpaksa duduk dalam bas selama 8jam lebih. It's okey baby asal kan saya dapat menjejak kaki ke rumah. :)


Ada siapa-siapa nak tolong hantar saya ke Hentian Putra malam ini? Nanti saya bagi kasih sayang melimpah ruah. :p


PERCUTIAN SELAMA 45 HARI BAKAL BERMULA! :)))



Mana boleh lupaaaa. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! Dapat makan best. Dapat makan best. Dapat makan best. :D



Agak-agak pukul berapa saya sampai umah pagi esok? Sempat tak nak solat raya? Hehe

Thursday, November 11, 2010

73. Setahun.



11.11.2010


11.11.2011



Lagi setahun untuk kita mencoret kenangan, bergurau senda dan bergelak ketawa di sini.

Di sini lah, tempat kita bermula.



Tiba-tiba rasa touching lebih. :(


72. Berkecai.

Subjek ini membunuh ku. :( 




BASIC CALCULUS. Tahniah kerana berjaya membuat saya dan rakan-rakan meraung-raung selepas 150 minit berperang dengan soalan-soalan yang menggoncang jiwa raga.

Hancur hati ku mengenang dikau, menjadi keping-keping setelah engkau pergi. 

Rasa macam kosong minda semasa menjawab paper BC semalam. Sakit kepala selepas menangisi penangan paper itu.

Apa-apa pun, saya dan rakan-rakan hanya mampu tawakal dan berserah kepada Allah. Saya sudah berusaha sehabis daya.


Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami. Berikanlah kami keberkatan untuk berjaya dalam kehidupan kami. InsyaAllah. Aminnn.



Mesti cuti ini akan terngiang-ngiang soalan BC. Takut nak menghadapi saat mendapat keputusan peperiksaan semester ini.


Paper terakhir sedang menunggu hari isnin ini. Tak sabar nak habis exam dan balik rumahhhhhh!


Tuesday, November 9, 2010

71. Boys Vs Girls.


I found this interesting fact while doing revision for my PTM. Let's read through this research. :)


Loevinger ( 1994 ) says studies of classrooms, kindergarten through graduate school, have shown that teachers tend to :


  • Call on male students more often than female students.
  • Allow more time for male students to respond to questions.
  • Make more eye contact with male students following questions.
  • Recall the names of male students better.
  • Use the names of male students when calling on them.
  • Attribute previous comments by male students in class discussion.
  • Accept call outs from male students, but tell female students to raise their hands if they want their response to be recognized.
  • Interrupt female students before they are done responding.
  • Ask more higher-order or critical thinking questions of male students and coach male students to develop their thoughts by giving them more extended and specific.
  • Provide more specific information to male students on how to complete projects rather than doing it for them.
  • Praise male students who are assertive and vocal, but call female students with such qualities "rude", "agrgressive"or "show off".

 Is it true?


Patut lah saya selalu tak dapat peluang jawab soalan kat depan kelas masa sekolah dulu. Just kidding. lol

Heyyy boys! I feel so jealous towards you allssss. No wonder you allsss always score higher marks than me. :p

The truth is I am so "lemak" to do extra exercises and tutorials. That's why I am so "lembab". Hoho



p/s : paper PTM sungguh menyesakkan dada. tak dapat jawab banyak gila soalan tadi. meratapi nasib. (-_-!)


Sunday, November 7, 2010

70. Terlebih dongeng.



Disebabkan tidak mahu tertidur dalam bilik sambil membaca nota Planning and Teaching Mathematics, saya dan gemuk-gemuk sekalian melangkah ke bilik TV Blok B.

Tekan je remote TV, terus terpampang cerita dongeng Indon"Ular Gergasi dan bla bla bla". Haaa nampak sangat tajuknya susah untuk dihafal. Habaq hang pelik laaa tajuk dia sampai ceq lupa dah. Okey berhenti bercakap bahasa ibunda Budd dan Kaktgh.

Saya masih tertanya-tanya kenapa kah stesen TV di Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum gemar menyiarkan cerita dongeng yang lagi pelik dari negara seberang. Saya lagi boleh terima kalau ada cerita "Fong Sai Yuk" dan "Kuch Kuch Hota Hai". Haaa siap hafal lagi lagu hindustan. Habaq hang.

Malaysia sendiri pun banyak cerita dongeng yang lagi seronok dan mengujakan. Kejap nak ingat balik cerita yang selalu saya tengok masa kecil dahulu.


Bawang Putih Bawang Merah ( versi Malaysia yeaa)
Si Tanggang
Batu Belah Batu Bertangkup


Bukanlah semua cerita indon tidak berkualiti. Saya pun suka cerita "Ayat-Ayat Cinta" dan "Ketika Cinta Bertasbih". Tapi saya tidak boleh terima logik dek akal cerita dongeng mereka. Terlampau mengarut dan melampaui batas-batas agama Islam. Okey senang cakap syirik. Mengucap banyak-banyak.

Contoh dalam cerita "Ular Gergasi dan bla bla bla" yang kami TERtonton pada petang itu.


  • Ada ker orang mengandungkan anak ular setelah makan epal yang diberi oleh tiga ekor syaitan yang berupa badut sarkas?
  • Ular itu kena pergi bertapa di Gunung Merapi untuk bertukar menjadi manusia. Bertahun-tahun tu you alls. Senang-senang je aci tak aci nak jadi ular atau manusia.
  • Mestilah ada pari-pari jadi penyelamat. Watak tetap dalam cerita indon. Pari-pari mesti pakai baju putih, ada sayap, ada tongkat ajaib dan berwajah mulus.
  • Ular tadi bertukar menjadi kanak-kanak yang sangat pelik. Tak pakai baju, ada seluar hijau dan pakai celak hijau. Eh bukan eyeshadow hijau. Buruk ehh senang cakap. Yang paling saya marah marah marah ialah cerita ini nak tiru cerita Nabi Nuh. Watak budak pelik tadi lah yang tahu kampung itu akan banjir dan membina kapal sampan untuk seorang nenek yang baik hati. Amboiiiii seronok je buat watak macam tu. Syirik syirik syirik!
  • Ending cerita ini ialah budak pelik tadi dibawa pergi oleh pari-pari ke mana entah. Ke shopping complex untuk beli seluar hijau baru agaknya. Sungguh kegeraman saya di situ.


Inilah antara sebab kenapa saya tidak bersetuju cerita-cerita Indon ditayangkan di Malaysia secara berleluasa. Setiap hari wajib lah ada cerita Indon dalam siaran TV. Saya rasa kerajaan Malaysia patut mengehadkan jumlah cerita Indon yang hendak disiarkan. Sebulan sekali cukup. Takut ada yang tak lena tidur tak dapat tengok muka Nia Ramadani. Sepatutnya program TV seperti Al-Kuliyyah dan Medik TV perlu disiarkan dengan lebih kerap. Bukannya sekali seminggu. Walaupun saya ngeri nak tengok doktor membedah perut pesakit, saya lebih rela menontonnya daripada cerita yang tidak berfaedah itu.

Janganlah ada adik-adik kecil kita yang terpengaruh dengan aksi dan percakapan dalam cerita dongeng seperti itu. Budak-budak kecil manalah tahu membezakan perkara yang betul dan salah. Kita pun bukannya ada setiap masa untuk mengawasi program yang mereka tonton. Takut kalau mereka salah tafsir tentang mesej yang tidak sepatutnya dalam cerita itu.

Okey. Lepas ini, saya tak nak marah dah adik kembar saya menonton cerita kartun. Biarlah mereka menonton cerita kartun yang comel daripada cerita yang bukan-bukan.


Moral of the story, jangan tengok cerita dongeng indon kalau tak nak mencarut-carut sepanjang petang. Free je tambah dosa. Istighfar banyak-banyak.


Oh satu lagi. Ada salah seorang daripada gemuk-gemuk menangis tengok ular itu kena dera dalam hujan semalaman. Memang kena bahan sepanjang hari la. Hahaha. Tengok budak 21 tahun pun boleh salah faham tentang fakta yang ular memang hidup dalam hutan dan biasa bermandi hujan. Ular ialah sejenis reptilia yea gemuk-gemuk sekalian. Jadi tak perlu nak kesian kat dia ia.


Okey. Tak mau dah tengok cerita dongeng lepas ini. Layan cerita korea lagi seronokkkk! :D


Peace. No war! :)))


Wednesday, November 3, 2010

69. Indah.

video

 Indah by Atilia.


I don't know why I love this song but I think it is a nice one.


Sebab saya perempuan ker? Suka lagu yang sweet and meaningful. :)


I dedicate this song to all my pretty and gorgeous girlfriends. :)))


Kita pun cantik macam gadis-gadis cantik dalam video ini. Kan? :D


p/s : mana nak dapat bunga cantik macam Sazzy pakai tu? :p


Monday, November 1, 2010

68. Say hello.

It's 011110.


Nice kan? :)


Hello November. Please be nice to me since first paper is coming tomorrow.


02/11/10 - TDP
09/11/10 - PTM
10/11/10 - BC
11/11/10 - ELE
15/11/10 - PPJ


Nervous. (-_-!)


Let's have some fun. Ohh nooo. Let's do some revision darlings!



GOOD LUCK EVERYONE. :)))