Sunday, January 30, 2011

101. Be strong, ES.



Petang tadi, Ezadd mesej cakap adik dia, Wann, terlibat dalam kemalangan dan berada di Hospital Sungai Buloh. Dia kena menjalani pembedahan sebab kakinya kemungkinan patah.

Then, Ezadd baru je mesej cakap Wann sudah dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan berada di wad pakar. Esok, dia kena menjalani satu lagi pembedahan sebab tulang tibia dan fibula patah dua. Berdebar-debar saya rasa masa baca mesej Ezadd tadi. Kesian Wann. :(

Zadd, be strong okey? I know you're a good sister. Jaga Wann elok-elok.Fikir positif dan sentiasa bagi kata-kata semangat kat Wann. KW faham sangat-sangat perasaan Zadd sekarang. Masa Angah accident dulu, KW rasa macam Zadd juga. Kita dah tak dapat fikir benda lain selain mengharapkan adik kita selamat dan dapat bercakap dengan kita. Yang selebihnya, kita kena ikhtiar supaya dia kembali sihat seperti sedia kala. Memang benda ini akan ambil masa tetapi yang penting kita kena sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dengan dugaan-Nya. Semua kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah.

Saya berharap Wann cepat sembuh dan Zadd sekeluarga bersabar dengan dugaan yang diberikan. Sama-sama kita berdoa mengharapkan yang terbaik. InsyaAllah. :)


Zadd. Kalau ada apa-apa yang kami boleh tolong, cakap je okey? Tak payah fikir lagi pasal kerja-kerja yang kita kena siapkan tu. Yang tu kita fikirkan kemudian. Update selalu pasal Wann yea. And please take care of yourself too. Take care, take care, take care.


Be strong, ES.

2 comments:

Afham said...

semoga kembali sembuh.

tibia & fibula la cikgu.

Shafawati Ghazali said...

Ee : InsyaAllah. Oopps maaf doctor. Typing error. Kekeliruan berlaku di situ. Adey

fibia dan tibula
tibia dan fibula

--> Aku betulkan dengan segera!