Sekarang saya berada dalam mood yang terlampau gembira. Sebab saya sedang menghirup udara di kampung tercinta. Yessss, i'm home! Manis rumah manis. :D
Haaaa sebab tema untuk hari ini ialah ceria-ceria, saya ada satu soalan. Cepat siapa nak main teka-teka ni. Soalannya ialah di mana kah terletaknya kilang jelitawan? Jelitawan macam saya. Hehe. Okey ayat akhir sekali tu auta bukan fakta.
Jeng jeng jeng. Jawapannya ialah Golden Sand as known as Pasir Mas, Kelantan. Phewiittt sekarang semua orang nak mengaku yang dia orang Pasir Mas. No no no I still mengaku I orang Bachok. Kira adik-beradik Pasir Mas lah kan sebab sama negeri. Cewah nak juga tumpang sekaki. Hehe
Boleh percaya ker dengan pernyataan ini?
BETUL! TEPAT SEKALI!
Saya ada ramai kawan-kawan yang berasal daripada Pasir Mas. Yang menariknya, semuanya cantik-cantik, manis-manis, gebu-gebu dan putih melepak. Serius tak tipu. Hehe. Kalau nak nombor telefon mereka, boleh hubungi saya dengan segera. Lambat-lambat nanti tak dapat jadi warganegara Pasir Mas. Cewahhh. Hehe
Kalau sesiapa tak percaya, boleh tekan terus kat LINK INI. :)
Ini merupakan salah satu artikel dalam Metro Ahad yang bertarikh 30 Januari 2011. Senang cakap suratkhabar hari ini. Saja gedik nak cakap panjang-panjang. Hehe. Tajuk artikel ini ialah Pasir Mas "Kilang" Jelitawan. Amboiiii cemburu I sebab tak ada ker yang nak tulis "Gadis Bachok cantik dan sopan-santun". Boleh migrain 10 hari kalau Mak baca tajuk ni. Haha.
Okey masih tak percaya lagi. Nak contoh orang Pasir Mas yang cantik dan putih gebu? Haaaa, saya nak tanya siapa tahu pemenang Dewi Remaja 2010? Lastest Dewi Remaja selepas Scha Al Yahya.
Haaaa. Tepat sekali. Neelofa Mohd Noor aka Lofa. Dia orang Pasir Mas okey. Cantik, putih gebu orangnya. Kalau Buddi ada, mesti dia jerit-jerit cakap "Lofa tu schoolmate I. Dalam surau, I duduk sebelah dia". Haha. Buddi memang comel. Kena puji lebih-lebih sekarang sebab takut dia mengadu kat Abang Awie dia. Tak pasal-pasal I kena pukulan percuma. :p
Lofa, pemenang Dewi Remaja 2010. |
Kenapa orang Pasir Mas dikatakan cantik-cantik dan elok semuanya?
Menurut artikel tersebut :
- Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.
- Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.
- Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
- Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.
- Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.
- Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
- Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
- Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.
Lepas ini, semua orang nak mengaku dia orang Pasir Mas. Tak pun cakap nenek atau datuk orang Pasir Mas. Padahal tak ada pun saudara kat Pasir Mas. Biasalah nak naikkan saham sendiri. Hehe
P/s : Esok I nak pergi Pasir Mas lah. Nak tengok betul ker tak orang Pasir Mas ini cantik-cantik. Boleh cari seorang dua untuk jadi adik ipar. I kan ada EMPAT orang adik lelaki. Ada rupa macam kakak dia. :p
Sebenarnya, semua ciptaan Allah indah-indah dan cantik-cantik. Yang membezakan kita ialah cara masing-masing untuk menghiasi keindahan dan kecantikan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Jadi, biarlah cantik di luar dan di dalam. :)))
BTW, HAPPY HOLIDAY PEOPLE! :)))
11 comments:
en asben ai org p mas..
hahaha..
*ape kaitan.. =p
Aja : Pheewwwiiittt. Nanti ada baby girl yg comel lote laaa. Mmg terbaik lah Pasir Mas + Bachok. Eheee
nenda sy chantek juge ^^
buke nk koya la....
ore kato klu ore jate ni ore bachok kebnyakan smart2.....
hehhehe....
tapi bilo lamo2 duk perati jolo snggoh eh...hehhe
aish malulahhh nanti semua orang tau. glemer la saya. ;p
Hah. Sumbat parok! Aku tgk member2 aku ore pasir mas ilek jah. Sek2 bachok po mung jah cepat ngapu.
cayala kak we
sempoi...
KW!!!!!!!! ni org pasir mas jgk niiiiiii. orang yg g jalan2 pasir mas :D
yeay! x sabar nk vote fahani..heee =)
Cucu : Haih malu lah nenek. Patutlah cucu comel macam Lisa Surihani. Baka nenek. Hoho
Didie : Ehem ehem. Jangan perase buleh tak? Mmg semua orang laki bachok hensem. KECUALI DIDIE! Harap maklum. Hahaha
Budd : I dah ramal dari awal yang u bakal jadik next Dewi Remaja. Weeee
Faris : Hellloooo mg jgn wk xkabar deh. Aku antara gadis-gadis cantik di bachok. Harap maklum. Hahaha
Kaymah : Haiiii gadis bachok! Cayaaa laaa. Ehee
Zatie : Ehhh macam mana warga t'ganu buleh jadik warga pasir mas ni? Cepat bertukar keahlian. Hehe
Mimie : Haaa vote jangan tak vote. Nanti Fani belanja roti canai mamak sekeping sorang. Hehe
Post a Comment