Tuesday, May 31, 2011

146. Responsibility.



Hey kau. Kalau kau dah tahu itu tugas kau, kenapa kau buat-buat lembab nak tanya pensyarah? Bila aku tanya, kau boleh pulak jawab dengan berlagak dan tak rasa bersalah langsung. Kau memang lah syok sebab kau senang-senang bagi arahan. Yang terkial-kial nya aku dan beberapa orang lagi mangsa kau. Kalau orang lain boleh ambil berat pasal tugas dan tanggungjawab masing-masing, takkan kau tak boleh?

Kau ingat je lah wei. Tanggungjawab itu amanah. Kau sendiri-sendiri ingatlah. Malas aku nak cakap banyak dengan orang yang tahu nak menangkan diri sendiri. At least, kau mengaku salah dan minta maaf. Ni tak, kau berlagak lagi. Aku dah pening ingat pasal kau.

Baik aku makan mangga dengan asam lagi best. Haihhhh


Friday, May 27, 2011

145. Pemandu paling berhemah.



Permulaan cerita. Saya ada kawan. Dia seorang yang sangat berhemah tentang peraturan jalan raya. Klimaks cerita. Tetapi dia memang alergik dengan bulatan. Pertama, dia merempuh naik ke atas bulatan mini. Kedua, dia terlepas pusingan bulatan.

Soalannya. Siapakah orang itu? Hahaha sumpah kelakar.


P/s : Saya bagi hint. Dia pemilik gajah putih. :p


Sunday, May 22, 2011

144. Lady luck.



Saya ada paper yang dahsyat 4 hari berturut-turut. 23hb sehingga 26hb. Sekian.

Wish me luck! :)))

Friday, May 20, 2011

143. Nur Kasih VS Ombak Rindu.



Ehem ehem. I nak bagitahu rakyat jelata yang I tak dapat jawab paper EDU tadi. Terima kasih sebab berjaya membazirkan dakwat pen dengan mengeluarkan idea-idea yang tidak bernas langsung tadi. Kurang daripada separuh yang I dapat jawab. Masalah besar bakal berlaku di kemudian hari. (-_-!)

Disebabkan I tak ada mood nak belajar untuk paper seterusnya, maka I mengajak rakan-rakan yang senasib dengan I untuk bergembira dengan menonton Nur Kasih The Movie. Kat tempat I ada cinema baru buka. MBO Viva Home Cheras. Silalah datang ke Cheras beramai-ramai. Syok seat dia sebab tak sampai 100 orang lagi kot pergi tengok movie kat situ. Maybe I salah seorang pengunjung yang terawal. Perah-san cergas. Haha

By the way, I rasa NKTM tak seseronok dan tak sesyok versi drama kat TV3. Bagi I, I lagi suka versi drama sebab cerita dia lagi logik dan boleh berkembang sepenuhnya. Kembang macam bunga matahari. Peribahasa tak sesuai langsung. Hehe

Sebab I lagi suka versi drama ialah :
  • Cerita dia lagi logik. Dalam NKTM, banyak sangat accident yang berlaku. Pengarah ni macam nak masukkan semua accident kat dalam movie ni. Penat I tengok darah-darah semua itu.
  • Banyak sangat dugaan yang Nur dan Adam kena terima. Memanglah orang yang baik selalu diuji tapi setiap 5minit mesti ada musibah yang berlaku. Kesian depa.
  • I tak suka Norman Hakim ada dalam cerita ini. Tak suka tak suka tak suka. Geliii.
  • I paling tak suka ending NKTM. Kenapa mesti ada watak-watak orang tua macam itu? Kelakar plus scary okey. I suka ending yang simple dan meaningful. Tak perlulah nak selitkan watak orang-orang tua macam itu. Waaa.

Tapi I suka part yang ada watak budak nama Mamat or Mad. I tak sure sangat nama dia. Hehe. Tapi budak itu macam agak good looking. Kelakar lah character dia. Gedik gedik gedik. :p

So, overall I rasa NKTM ini average sahaja. I bagi 3 bintang untuk NKTM. Bagi pendapat I la. :)


Dan I tak sabar nak tunggu cerita daripada adaptasi novel iaitu Ombak Rindu. Kaki novel mesti pernah baca novel ini kan. Best kan? Hehe. Tak sabar nak tengok hasil novel ini dalam bentuk lakonan. Jom date ramai-ramai lagi and tengok cerita Ombak Rindu nanti okey? :)


Sinopsis Ombak Rindu :


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Okey cukup gemuk! Pergi study sekarang. Jangan perah-san exam dah habis. Baru habis satu paper. Ada lagi empat paper. Aigoo. Berusahaaa gemuk! Then, boleh bercuti di rumah selama tiga minggu. Yeah! Hehe. Okey mahu pergi cari nota sekarang. Perah-san nak study padahal sudah pukul 2pagi. Hehe. Good night people!


Quote for today :
In the end, the only one who can help you is you, yourself. People can be so mean. Be independent.

142. Seven seven.


Masa tadika.

Baju kesayangan ben-10.

Uteh, si abang.

Uchu, si adik.

Adik gemuk nak pergi mengaji.

Adik-adik gemuk, happy birthday! 19 Mei 2011. Cukup 7 tahun Kaklong tengok adik membesar dan membesar. Adik comel sangat walaupun adik suka buat Kaklong geram. Please jangan nakal-nakal lagi okey. Kesian Kaklong penat nak jaga adik. Hehe

19 Mei 2004. Kaklong tak ada masa adik dilahirkan. Mak dan Ayah tak bagitahu Kaklong sebab taknak bagi Kaklong risau. Kaklong tahu lambat seminggu yang Mak dah bersalin. Kaklong sedih dan merajuk dengan Mak dan Ayah. Sebagai tanda protes, Kaklong balik ke rumah dengan bas daripada Kuala Krai tanpa bagitahu Mak dan Ayah. Tengok-tengok Kaklong dah ada depan pintu rumah. Tak bagitahu siapa-siapa sebab merajuk. Waaaa sumpah Kaklong menangis tak berhenti-henti masa Ayah bagitahu Mak dah bersalin. Tapi Kaklong tak salahkan Mak dan Ayah. But still Kaklong rasa terkilan sebab risau jadi apa-apa sepanjang masa itu.

Shahir dan Shahin. Itu nama adik yang Kaklong bagi. Ayah suruh Kaklong decide nak bagi adik nama apa sebab Kaklong merajuk dengan Mak dan Ayah masa itu. Ramai bagi cadangan nak letak nama Sharul dan Sharil tapi Kaklong taknak. Jadi, Kaklong beli buku nama kanak-kanak dan bagi nama Shahir dan Shahin kat adik. Mesti adik suka dengan nama yang Kaklong bagi kan? Hehe. Please jadi seindah nama yang Kaklong bagi kat adik okey? :)

Uteh dan Uchu. Please janji dengan Kaklong. Kena jadi anak yang soleh kepada Mak dan Ayah dan adik yang baik kepada Kaklong, Abang Ngah, Abang Chik dan Kak Eqah. Jangan lupa jasa Mak dan Ayah. Kaklong harap adik dapat membesar dengan sempurna dan mendapat banyak kegembiraan dalam hidup. Kaklong akan sentiasa menjaga adik sampai bila-bila sebab Kaklong adalah Kaklong. Walaupun adik suka cakap Kaklong garang. :)

Adik. Kaklong sayang adik sangat-sangat. Kaklong rindu nak peluk adik sekarang. :)


Sunday, May 15, 2011

141. Dia sudah bekerja.





Saya mahu sebijik macam ini boleh tak? Uyu Gediks please belanja I satu. Nak juga! :p




Yee memerlukan sebanyak ini untuk mendapatkan seketul cinta hati itu. Uyu Gediks sila bekerja dengan bersungguh-sungguh and belanja I satu okey. U dah kerja. I masih bergelar student. If U bagi I seketul macam U punya, I sayang U sampai tua. Hehe


P/s : Syok nya kalau dah bekerja dan ada sumber kewangan sendiri. Boleh beli macam-macam. Tak perlu nak taip proposal kepada Mak dan Ayah nak minta apa-apa. Hehe. Sabar sabar lagi setahun setengah. :p


Quote for today :
Make changes as your will, not because you think someone else wants you to be different.


140. Senioriti.



Okey. Kami kena halau keluar hostel. Sebab kami paling senior. Walaupun kami senior yang paling baik. Okey itu tipu. Antara senior yang terbaik. Perah-san sendiri.

Misi mencari rumah sewa bermula sekarang.

(-_-!)


Quote for today :
It's funny how I am good at giving advices to others but when it comes to help myself, I don't know what to do.



Monday, May 9, 2011

139. Fear factor.



You can run from what you fear, but you can't get away from what you must face one day.

I'm so scared. Ottoke? :(


P/s : I need to be there. HOME.

Sunday, May 8, 2011

138. My guardian angel.






Mak. Kaklong sayang Mak sepanjang Kaklong hidup 22 tahun ini. Terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih sebab Mak sentiasa ada dengan Kaklong. Terima kasih sebab Mak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Kaklong. Terima kasih sebab menjadi Mak yang terbaik kepada Kaklong dan adik-adik.

Semoga Mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dikurniakan nur keberkatan oleh-Nya.

Only our Mom who will always think we're wonderful though we learn through our mistakes.

Happy mother's day, Mak. :)))

Saturday, May 7, 2011

137. Saranghae.



I may not be perfect, but I love everything about myself, family and my dearest friends, and I appreciate everything I have.

Thank you Allah for sending them to me.

Alhamdulillah. :)))


Mood : Miss miss missing you.

136. Just around the corner.



Yes. Saya sudah tahu tarikh-tarikh peperangan.

19 Mei 2011.
23 Mei 2011.
24 Mei 2011.
25 Mei 2011.
26 Mei 2011.

Tapi tapi tapi saya belum mahu belajar lagi. (-_-!)

Woiii memang perempuan gemuk tak sedar diri. Hari-hari kerja tengok video clip CN Blue je. Haaa ambil kau. Marah kepada diri sendiri. Tapi masih belum insaf.

Okey okey okey. Saya janji. Saya akan mula belajar 2 hari dari sekarang. Please bagi peluang kat saya nak bergedik sakan puas-puas dahulu. Okey? Yeaahhh deal! Hehe

Dah dah dah. Nak sambung tengok YongHwa Oppa. Hehe. Goodnite people. :)))


Quote for today :
A good way to change someone's attitude is to change your own. Life is as we think, so think beautifully. :)))


Tuesday, May 3, 2011

135. Kematian Osama Laden.



Disebabkan semua orang sudah tahu pasal berita kematian Osama Laden yang digembar-gemburkan, jom kita sama-sama baca satu entri pasal gambar kematian beliau. 


Apa pendapat anda? Masing-masing ada penilaian dan hujah tersendiri.



Bila difikirkan semula, macam-macam perkara terjadi pada hari ini. Terlalu banyak sumber atau input daripada media massa yang kadang-kadang kita sendiri pun tak pasti kesahihannya. Jadi, sebagai pembaca atau pemerhati bebas, kita seharusnya bijak menilai sesuatu perkara agar kita tidak terus mempercayainya bulat-bulat tanpa bukti.

Jadi, fikir-fikirkan lah.


Quote for today :
If anyone could change the world and make it a better place, you are one of them.


Monday, May 2, 2011

134. Random feeling.



When I was a child, I wanna grow up. Now that I'm grown up, I wanna go back to being a child.

Can I become two years old girl again? Oh no. I am twenty two years old lady! *Time flies so fast. Huhh*


Quote for today :
Life is just like a sea, we are moving without an end.


Sunday, May 1, 2011

133. Inikah warga Malaysia?



Kalau sesiapa rasa nak muntah darah, sila lah baca entri-entri di bawah ini. Sila lah mengucap banyak-banyak sebelum tekan link di bawah ini. Sumpah akan rasa nak tampar diri sendiri 40 kali sebab baca entri-entri ini. Haih haih haih



Kenapa lah wujud mereka-mereka yang berfikiran macam ini? Adey tak faham tak faham. Tolong lah cermin diri sendiri sebelum nak pertontonkan diri kepada orang ramai. Tak ada identiti rakyat Malaysia langsung. Insaf lah wahai rakyat jelata yang tak beridentiti ini. Haih. Pasal benda macam ini naklah ikut sangat budaya orang luar. Buat malu betul. Haih

Tergelak besar baca satu komen pasal entri-entri ini. "Ini bukan K-Pop. Ini K-Laut". Haha. Entah-entah dorang tak faham pun apa maksud K-Pop tu. Kesian betul. Ish ish ish.

Okey. Nak pergi beli asam sekarang. Takut muntah darah lagi.


Kata-kata untuk hari ini :
Ukur lah baju di badan sendiri.


132. Rasa hati.




 
Kenapa kau tak nak berfikir guna otak? Suka buat keputusan guna rasa hati.

Kenapa kau tak pernah fikir kan perasaan orang lain? Tak. Ini bukan orang lain. Ini keluarga kau sendiri. Suka buat keluarga sendiri berasa sedih dan susah hati.

Kenapa kau tak pernah rasa nak hormat orang lain? Tak. Ini bukan orang lain. Ini ibu bapa dan adik-beradik kau sendiri. Suka buat orang yang hidup sebumbung berasa jauh hati sepanjang masa.

Bilalah kau nak berubah?
Bilalah kau nak berfikir sebagai seorang yang berusia 20 tahun?
Bilalah kau nak sedar yang kau sudah banyak buat kesilapan?

Tolonglah sedar yang keluarga adalah orang yang paling rapat dengan kau. Ibu bapa adalah orang yang paling ambil berat dan menjaga kau. Adik-beradik adalah orang yang paling memahami kau dan sentiasa membantu kau semasa kau perlu. Merekalah yang paling sedih bila kau tak pernah berusaha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga sendiri. :(

Berubahlah sebelum terlambat.


Quote for today :
There is never a right time to do wrong and there is never a wrong time to do right.
 
 

131. Her happy ending.



01 April 2011 --- 01 Mei 2011




Selamat menjadi Puan Fazlianna selama sebulan. :)))


I'm sure you had lots of happiness and loves with your hubby, Mr. Farhan. :)))


I'll always pray for your happiness. InsyaAllah. :)))


Quote for today :
Friendship means understanding, not agreement. It means forgiveness, not forgetting. It means the memories last, even if contact is lost.