Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Friday, November 30, 2012

240. New experience.



Esok, 011212, saya nak mencuba buat sesuatu yang baru dalam hidup saya iaitu BEKERJA PART TIME. Sebab sebelum ini saya tak pernah bekerja kat mana-mana melainkan tolong jaga kedai alat tulis dan tolong ajar adik sepupu yang nak ambil SPM. Tu je. Tu pun sebab nak tolong keluarga sendiri dan mengelakkan saya keluar melepak ke mana-mana tak tentu pasal. Hehe

Eeeeiii macam mana eh? Saya tahu saya mesti, eh bukan WAJIB belajar bersabar masa bekerja. Saya tahu saya bukanlah jenis yang bersabar sangat. Jadi, saya kenalah belajar banyak bersabar sepanjang hari. Sebab saya tahu bukan senang nak bekerja yang melibatkan kita dengan public. Walaupun ini kerja part time sahaja, mestilah kena buat elok-elok. Barulah berkat duit yang kita dapat tu kan? :)


Btw, wish me luck for tomorrow! :D




P/s : Before you react, think. Before you quit, try.


Thursday, November 22, 2012

239. Happy hols!



Selamat bercuti panjang kepada saya dan rakan-rakan.

Kali ini, kami akan bercuti panjang. Itulah yang dikhabarkan oleh pihak SPP kepada kami.

Jadi, saya sekarang secara rasminya telah menjadi PENGANGGUR.

JOBLESS.

 

Monday, March 12, 2012

205. Bakal cikgu disiplin.




Ada gaya jadi cikgu disiplin tak? Guru besar terus pun boleh. Hahaha.


Dengan ini, cikgu disiplin mengucapkan selamat bercuti selama seminggu kepada golongan yang mendapat cuti seminggu. Yang tak dapat cuti, boleh masuk bilik air dan menangis diam-diam yea. :p

Oh yaaa. Dan selamat menyiapkan proposal untuk Action Research wahai pelajar 7 PISMP sekalian. Kalau nak grad, sila tinggalkan facebook atau twitter dan teruskan membuat proposal AR anda sekarang. Kalau rasa cintakan IPG melimpah ruah sangat, jangan buat proposal tu. Boleh stay extra setahun kat maktab dan nyanyi lagu IPG setiap kali perhimpunan. :p

Okey. Terlupa diri sendiri pun belum siap proposal lagi. Jadi ayuhlah menggembleng tenaga dan idea untuk grad dengan jayanya pada hujung tahun ini. Saya tak nak dah stay kat maktab. Tak larat dah nak ulang alik pergi Jabatan Matematik setiap kali musim assignment menjelang. Yee laa masuk Jabatan Matematik sebab nak bodek lecturer minta postpone tarikh hantar assignment. Tu biasaaaa. Jangan ada yang tak mengaku buat macam tu. Semua orang mesti pernah buat. Tak kira lah pelajar rajin macam kelas Elley punnn termasuklah pelajar baru tuuuu. Hahaha.


Happy hols boboi and gegurl! :D


Wednesday, November 23, 2011

191. A journey to home.



Jyeaaahhhh! Cuti akhir semester 6 telah bermula. Secara rasminya akan penjadi penganggur tetap di rumah tercinta selama 6 minggu. Heaven kan? Hehe.

Hari itu, kali pertama dalam seumur hidup saya menjadi pemandu tetap selama 9 jam. Terima kasih kepada co-pilot saya, Syemm Gems kerana berjaya menjadi co-pilot dan pramugari yang terbaik. Weee. Menggagahkan diri untuk menjejakkan kaki ke negeri tercinta. Kesannya ialah demam dan sakit badan untuk beberapa hari. Ayah cakap biasalah tu tak pernah-pernah drive lama macam itu. 

Haaa Ayah boleh tengok sekarang betapa kuatnya Kaklong. Selalu je kena perli cakap lembik macam sayur kena salai. Hehe. Apa-apa pun alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. :) Oh cuma Angah a.k.a budak hitam belum balik lagi. Minggu depan baru menjejakkan kaki ke rumah. Haaa padan muka sebab kena berkhemah dalam hujan. Best kan? Hahaha.

Happy holiday people! Keep in touch okey? :)


Tok Nik sebagai ketua rombongan.

Gems mengintai-ngitai gajah putihnya di belakang.

Tengok lah betapa sucinya cermin kereta saya. Berdebu 7 keturunan. Haih.

Itu dia berseri-seri si gajah putih gems.

Pilot yang skema.

Co-pilot yang berjaya menjalankan tugas. Hehe

Tak sempat nak berhenti di sekolah tercinta sebab hujan. Haiii MRSM KK! :)


P/s : Mungkin semangat lebih sebab makan sandwich terbaik di pagi hari. Thanks to Mr.C! :)


Quote for today :
Be happy, not because everything is good but because you can see the good side of everything.


Friday, November 18, 2011

188. Final year is coming baby!



Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat sebab saya telah berjaya menghabiskan masa selama 4 tahun setengah di Cheras untuk mendapat title cikgu. :) Ehem ehem tapi tak dapat lagi. Ada lagi setahun nak habis. Bersabar-bersabar gemuk. Weee.

Goodbye Semester 6!

Final year is coming baby! Jyeahhhh! :))))

Semoga semua urusan dipermudahkan. InsyaAllah. :)


P/s : Esok sudah mahu pulang ke Kelantan. Seronoknya cuti panjang. Hehe. Mesti saya akan rindukan housemates, classmates dan Mr.C! Take care people. Happy holiday.


Makan.

Dan juga makan.

Makan lagi.

Dan makan lagi.


Thursday, March 17, 2011

118. Bismillahirrahmanirrahim.



Syukur Alhamdulillah. :)


Saya sudah dapat pengganti buah hati saya. Please bertahan sampai ke akhir hayat. Cewah. Hehe. Thanks, Mak sebab sponsor acara pembeliannya. Terharu. *Tersenyum gaya anak yang paling baik* :)))


Jadi, hari ini kerja saya men-download semua bahan-bahan kerja yang rakan-rakan emailkan kepada saya. Juga memenuhkan hard disk dengan gambar-gambar dan lagu-lagu yang berlambak daripada laptop lama. Nasib baik lah adik-adik lelaki saya celik teknologi daripada Kaklong dia. Kalau nak harapkan saya, sampai tua lah tak terbuat. Hehe


Haaa nak tanya nak tanya. Ada sesiapa menggunakan broadband ZTE tak? Saya salah seorang penggunanya. Hehe. Tapi saya sedikit tak faham. Adakah ZTE sedikit bermasalah dengan Window 7 atau saya yang bermasalah sebab tak tahu cara nak install nya dengan betul? Hehe. Dari semalam saya minta Angah yang tolong betulkan setting nya. Tapi takkan lah setiap kali saya nak guna, kena telefon Angah. Susahlah nanti. Aigoo. Please jangan buat hal okey ZTE ku sayang. *Dengan muka penuh mengharap*


Hello hello. Lagi 2 hari nak balik Cheras? Aigoo cepat betul masa berlalu kalau berada di rumah. Tak puas lagi nak bersenang-lenang di rumah. Bangun lambat, makan banyak, tidur awal. Nice kan kehidupan? Hehe.


Sedang tarik nafas panjang. Sebab...


Teringat minggu depan saya kena pergi sekolah dan mengajar. Ohmaiigucci tak percaya tak percaya. Saya tak prepare apa-apa pun kat rumah. Curriculum specification masih tersusun indah dalam beg Tak keluarkan pun since balik hari Sabtu hari itu. Pemalas pemalas! Aigoo. *Insaf dan cuba menghayati nilai-nilai keinsafan di situ*


Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel. Tunggu Cikgu Chapa datang! Perlu ker bersorak macam itu untuk diri sendiri? Hehe. Saya dan Buddi kena mengajar sesi petang. Mungkin ada hikmah di situ di mana saya tiada alasan lambat bangun pagi untuk ke sekolah. Yeahh! :)


Jadi, bagaimanakah kehidupan saya sebagai cikgu Matematik sesi petang di Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel selama sebulan? *Muka penuh keazaman dan berakauntabiliti*


P/s : Sesiapa ada ternampak tag nama saya, please bagitahu okey? Sebab saya cari tapi tak jumpa. Aigoo. Cikgu Chapa memerlukannya untuk ke sekolah. (-_-!)


Tuesday, February 15, 2011

111. Tersedak lagi.



Bangun lambat pada hari cuti memang menggembirakan.


Bangun lambat dan hati tersedak memang menyedihkan.


Please jangan tersedak lagi. Sila bertahan sampai penghujungnya. Please.


( T_____________T )


Btw, Salam Maulidur Rasul kepada semua rakan-rakan. Semoga boleh mengambil sedikit masa pada hari cuti ini untuk mengingati kembali kisah-kisah perjuangan Rasulullah yang sering kita dengar masa kita kecil. InsyaAllah. :)


Friday, January 14, 2011

95. Saya mahu pulang!



Dengan ini, saya mengumumkan saya bergolek pulang ke rumah pada 29hb Januari malam dan merangkak pulang ke Cheras pada 05hb Februari malam.

Yang tak berapa best sebab saya mula cuti 28hb Januari. Disebabkan semua bas ekspres ke Kelantan pada 28hb malam dan 29hb pagi telah habis dijual, saya terpaksa beli juga 29hb malam. Haiii Sani Ekspres. Lama kita tak bersua. Harap you boleh bawak I pulang ke rumah dengan selamat okey? :)

p/s : Ain sngguh bernasib baik sebab kaunter tiket bas Mutiara tak offline hari ini dan dia dapat tiket 28hb malam. Semalam kaunter tiket bas Mutiara offline. Frust sedikit di situ. Tapi takpe. Elley akan menari berjoget untuk menghiburkan hati I. Hehe

Rakan-rakan yang tidak menyambut Tahun Baru Cina tetapi gedik mahu pulang seperti saya, ayuhlah kita pulang ke rumah. Hehe. Mungkin kita boleh meluangkan masa cuti dengan melepak kan diri bersama-sama. Jom lah date dengan saya, please. Paksa paksa! :p

Sebelum cuti, banyak benda perlu diuruskan terutamanya LARIAN MESRA 1 MALAYSIA 2011. Sebagai setiausaha yang paling malas, saya kena catat semua benda. Agak kelam kabut dan pening-pening lalat. Hopefully, saya dapat belajar banyak benda yang berguna untuk ke sekolah March nanti! InsyaAllah. :)


Mood : Tak sabar nak balik rumah dan main-main dengan si kembar. Eh bukan main-main. Nak ajar si kembar baca buku cerita Sang Kancil dengan Si Buaya. :D





MISS THEM SO MUCH!!! :)



Saturday, December 4, 2010

82. Random.




Di kala musim hujan yang berlarutan dari pagi hingga malam, ia menjadikan saya sangat malas nak berbuat apa-apa. Bersenang lenang di rumah sambil goyang kaki.

Okey. Part goyang kaki tu tipu. :p

Disebabkan sekarang ini musim cuti sekolah, universiti, maktab dan sebagainya, maka banyak lah kad jemputan kahwin berkunjung tiba di rumah. Semua orang nak kahwin. Haih. Marah sebab saya selalu makan banyak kat kenduri kahwin. Gemuk I tau!

Btw, Selamat Pengantin Baru kepada rakan sekelas saya dari tingkatan 1Arab1 hingga tingkatan 3Arab1. Tahniah PUAN HAJAR. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Cewahh. :D



Antara tugasan penting yang mendatang ialah kena teman Eqah beli barang-barang sekolah dia. See betapa baiknya saya sebagai seorang Kaklong. Masuk lif tekan sendiri. Hoho

Ayah. Kaklong pun nak beli barang-barang sekolah lepasan sekolah yang baru juga. Mungkin perlukan beg dan kasut flat baru. Pleaseeeee. Selalu berakhir dengan kegagalan. Sedih.



Lupa nak cakap. Semalam saya mimpi ngeri. Lebih ngeri daripada kena kahwin paksa dengan orang tua. Mimpi result exam sampai kat rumah. Tak suka tak suka tak suka!

Cuak sepanjang hari. (-_-!)



Okey lah. Saya nak layan carekarama TV3. Chop saya tak sure "carekarama" atau "cerekarama". Ezzati as Duta TV3 tolong maafkan KW yang naif ini. Hehe



Pesanan : Sebelum tidur, basuh kaki supaya mimpi ngeri tidak berulang lagi. Kalau nak lagi berkesan, sabun dengan clorox sekali.