Sunday, December 26, 2010

89. SMK Bachok terbaik!



Bangga. Bangga. Tapi bukan dengan muka riak. Senyum panjanggggg. :D


Maafkan kedaifan kamera telefon saya. Adey


Okey pengenalan. Ini sekolah lama saya. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Jeng jeng jeng tahun ini, SMK Bachok dapat anugerah sekolah harian terbaik dalam UPSR PMR di Kelantan. Good job to all teachers! :)))


Yang paling menarik ialah ada pelajar bukan Melayu berjaya mendapat 9A dalam semua subjek termasuk BAHASA ARAB! Tahniah junior ku. :) Akak dulu tak dapat A dalam Bahasa Arab. Dapat 8A 1B je. Bahasa Arab dapat Bintang Bunga Belon Belacan Budu. Hehe. Malu nya kat adik ni. Dia boleh dapat A dalam Bahasa Arab walaupun baru belajar semua benda dalam masa 3 tahun. Kagum. Serius saya kagum. Tahniah. Tahniah. Tahniah :D


Oh tak lupa juga kepada adik sepupu ku, Fatehah. Tahniah kerana berjaya mendapat 8A 1B. Haiii nampak nya mengikut jejak langkah kakak sepupu. Dapat bintang dalam Bahasa Arab. Takpe, yang penting kita dah mencuba sehabis baik. Kan? :) Ehem-ehem macam seronok je dapat hadiah handphone touch screen. Kakak sepupu yang bakal berumur 22 tahun tak mampu nak guna phone canggih manggih lagi. Segan. Hehe. Congrate again! :)



To my little sister, Eqah. Giliran Eqah untuk menduduki PMR tahun hadapan. Alahai sudah besar rupanya adik perempuan saya seorang ini. Saya ada seorang je adik perempuan. Yang lain semua askar-askar yang suka sepahkan rumah je. Haih. Belajar bersungguh-sungguh untuk PMR tahun hadapan. Kaklong tahu Eqah dah banyak berusaha. Rajin buat kerja sekolah dan baca buku. InsyaAllah Eqah dapat yang terbaik dalam PMR tahun hadapan. Yang penting, jangan lupa tawakal kepada Allah. Banyak-banyak kan berdoa. InsyaAllah semua usaha dan penat-lelah Eqah akan diberi ganjaran yang setimpal. Berusahaaaa! :)))


P/s : Kalau ingat-ingat balik zaman nak ambil PMR dan SPM, tak ada selera nak makan. Tak mau dah ambil lagi PMR dan SPM. Cukup sekali seumur hidup. Hehe. Tapi memang saya tak rajin baca buku masa zaman sekolah. Mengaku, mengaku, mengaku. Hehe


5 comments:

Afham said...

kenangan terindah 3A1 2003!

duniakecilku said...

insyaALLAH eqah leh buat yang terbaik . huk3 . tengs 4 the wish . :))

Shafawati Ghazali said...

Ee : 3A1 dan ahli2 nya. :))) Haaa ni lah best student 3A1. Bakal doctor. InsyaAllah. :D

Eqah : Mesti boleh! InsyaAllah. :)

Afham said...

Bakal cikgu,doktor, economist, accountant, jurutera, pharmacyst, nurse, lab staff, dan sebagainya

Sama-sama kita doakan.
Semoga satu masa nanti kita akan berjumpa lagi, bersama kejayaan masing-masing. Dan ketika itu, kenangan dulu masih segar!

mode: 'sakit rumah' yang sederhana

Shafawati Ghazali said...

Ee : Alhamdulillah semua dah nak habis belajar. Ada yg dah kerja. Dulu 15tahun. Sekarang dah 22 tahun. Cepat masa berjalan. :)

InsyaAllah kita berjumpa nanti. :)

P/s : Jangan homesick. Bakal doktor kena kuat. Belajar rajin-rajin then boleh balik bekerja kt Bachok. Hehe