Tuesday, January 4, 2011

91. Hot and Cold.



Bismillahirrahmanirrahim. :)

Selamat datang 2011. Selamat tinggal 2010. Semoga segala kenangan pahit manis sepanjang tahun 2010 menjadi pengajaran yang tidak ternilai kepada kita semua dalam usaha memperbaiki diri sendiri. InsyaAllah. :)


01012011.
Selamat hari lahir yang ke-47 kepada Mak tersayang. Semoga Mak panjang umur dan murah rezeki. InsyaAllah. Terima kasih Mak, untuk semua yang Mak berikan selama Kaklong hidup 22 tahun di muka bumi Allah ini. Kasih sayang, didikan agama, teguran, nasihat. Kaklong sayang Mak sangat-sangat! :)

    
Cinta hati saya selama-lamanya


03012011.
Hari yang penuh dengan suka dan duka bagi tahun 2011.


Happy birthday to my ex-roomate, Deqjaa and my close schoolmate since primary school, Sheero. May Allah bless both of you. Have a wonderful birthday. :)

Roomate ku yang kecik molek. Terror Maths okey! :D

Sheero, dapat nama daripada cerita Shin Chan. Ehe

P/s : Sayang-sayang, I curi gambar you alllssss daripada muka buku. Mintak kebenaran yea. Hehe


Berita gembira lagi. Keputusan peperiksaan semester lepas sudah berada dalam tangan. Alhamdulillah, saya lulus dalam semua subjek termasuklah Basic Calculus. Sujud syukur kerana segala usaha dan penat lelah sepanjang semester lepas berakhir dengan kegembiraan. Sungguh tidak disangka-sangka saya mendapat A- untuk subjek tersebut. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Tahniah kepada rakan-rakan yang cemerlang. :)


Dan tahniah kepada Angah kerana mendapat keputusan yang memberangsangkan. Lagi tinggi kan semester ini? :) Usaha lagi okey? Jangan lah ambil hati dengan teguran dan nasihat daripada Ayah. Fikir positif. Buktikan yang Angah boleh mendapat keputusan yang lebih baik. InsyaAllah. :)


DAN BERITA TIDAK MENGGEMBIRAKAN.


Sesungguhnya Allah akan menguji kesabaran dan ketakwaan hamba-Nya dengan dugaan-dugaan. Ada di antara rakan-rakan seperjuangan yang diuji apabila mendapat keputusan peperiksaan. Jangan lah putus asa dan bersedih. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang diigini. Kami sebagai rakan-rakan akan cuba membantu sedaya yang mungkin. Jangan lah segan-segan untuk meminta pertolongan. Kami berharap sangat yang kami dapat membantu. Ikhlas. :) InsyaAllah semua berjalan dengan lancar dan berakhir dengan kegembiraan. :)


Semalam, saya agak kalut dengan hari pertama kelas. Perjumpaan dengan Puan Rashida, nak ambil keputusan peperiksaan, ragam pensyarah yang mungkin tidak begitu menyukai saya. Kalut kaku kelu kejang kaki. Mungkin disebabkan keadaan yang tidak menyenangkan, saya telah membuatkan kawan baik saya terasa hati. To my bestie, sorry kalau Sha ada tersalah cakap atau buat apa-apa yang tidak sepatutnya. Please jangan marah Sha. Kesian lah kat Sha. SORRY AGAIN. :(  :(  :(


Saya dapat merasakan yang semester ini akan menjadi semester yang sangat sibuk. Larian mesra, KOT, lawatan ilmiah, praktikal, KOAM dan final exam. Ya Allah, berikanlah kelapangan hati dan masa kepadaku untuk menyelesaikan segala urusan. :)


Selamat bernafas di tahun 2011.



4 comments:

Azeta Abdullah said...

for d 1st foremost,congrates sis!!!result gempak tahap gabang!

2nd-mmg terasa ati aritu.opps!bnda da lps..pasni xnk ungkit2 da.fren 4 eva!hik3

3rd-moga tabah mnjalani dugaan mndatang.pembukaan taun 2011 pun da byk coretan kisah duka.

finally-->hepi belated besday to ur mum,deqja n ....x knl kwn sha tu.hehehe

Shafawati Ghazali said...

sis : again and again, sorry. seriously sha bz sgat2 hari tu. dgn beberapa benda yang tak best jadik. maybe not my lucky day. so sorry again. i do miss my bestie. :)

thanks for those lovely wishes. hopefully everything will be fine as i wish. insyaAllah. :)

Azeta Abdullah said...

hehehe..ok dimaafkn.hak3..nnti kite g ronggeng2 eh.jln2 mkn angin.hehehe.x sbr nk kuar samer2

Shafawati Ghazali said...

and please jangan touching2 lagi tau. i didnt mean anything. tau nenek taa? ehe

next time kita keluar sama2 yea. :)