Wednesday, March 30, 2011

122. Down down and down.



Baby, are you down down down?


Totally down. :(


I need to be there. A place called home.


You know why?


A hug from your parents always makes everything better. Even in the hard situation.


Sunday, March 27, 2011

121. Jejaka German.



Zaman muda mudi. Hehe

Mie suka dia! Hehe


Happy birthday to Raja Kamal Zulhakimie aka Abang Imie. Hehe

May Allah bless you. :)

Jangan nak mengorat awek-awek German. Belajar betul-betul. Gaya mak tiri bagi pesanan. Hehe.

Wehh. Jangan lupa bawa balik buah tangan kat aku. Kalau tak, aku pergi curi motor merah kesayangan kau tu. Haha

Take care, my friend! :)))


120. Bright sunday morning.



Dua perkataan sahaja. KESIBUKAN TERLAMPAU.


Serius sibuk macam kena ada 10 tangan dan 10 kaki. Mental pun penat sebab banyak berfikir. Tapi takpe, saya suka sibuk macam ni At least, tak payah nak fikir pasal benda-benda tak berfaedah tu kan. Mungkin ini hikmah di sebalik kesibukan yang melanda. Alhamdulillah. :)


Minggu ini akan jadi minggu yang sangat sangat sangat sangat sangat sibuk. Pensyarah nak datang observe pada hari Selasa dan Khamis. Sah-sah lah setiap hari kena buat rancangan pengajaran harian, bahan bantu mengajar, worksheets, tanda buku murid-murid dan siapkan portfolio. Jangan tanya pasal portfolio sebab tak isi apa-apa lagi. Zero. Tak sempat okeyyyy! Aigoo.


1hb malam, saya dan rakan-rakan akan ke Pendang, Kedah. Nak pergi kenduri kahwin kawan baik semasa MRSM, Cik Fazlianna aka Doktor Fazlianna aka Puan-to-be. Weee excited! Tiket dah beli, hadiah pun dah beli. Nak tunjuk betapa excited nya nak tengok kawan baik kahwin. Mesti berseri habis pengantin nanti. :)


Puan-to-be. :)))


Kata-kata untuk hari ini :
Allah wants us to live like the grass. Even if its stepped on, crushed, burned and cut, it always persists and grows back even greener and stronger. :)


Tuesday, March 22, 2011

119. Geek in the pink.



Sebenarnya, tajuk itu tak ada kaitan langsung pun dengan entri ini. Ter-obses dengan klip video ahli CN Blue cover lagu Jason Mraz. Tergoda please dengan YongHwa dan JongHyun.Oppa oppa oppa! Suka suka suka suka suka! :)))





Makluman semua. Hari ini hari pertama praktikal semester 5. I pergi sekolah pagi sebab dorang minta cikgu-cikgu petang untuk selesaikan perkara-perkara yang perlu pada sebelah pagi. Malangnya, jadual waktu mengajar I tak siap lagi. Sedikit down. Serius. Sebab sudah rugi satu hari untuk sesi sual kenal dengan murid-murid dan sekolah. Perlu biasakan diri dengan sebaiknya sebelum Madam Rani datang observe. Cakap macam ini pun dah berdebar-debar macam nak kahwin. Cuak okey. Ececeh macam dah ada pengalaman kahwin. Haa pernah. Masa kecil-kecil suka main kahwin-kahwin. Budak perempuan kot. Jangan tak mengaku yea! :p


Hopefully saya tak dapat masa maksimum. Macam penat je kalau dapat masa penuh. Minimum cukup pleaseee! *Sambil buat kesian tapi tak dapat belas kasihan pun* Aigooo. 


Esok saya perlu berada di SK Convent Jalan Peel yang tercinta pada pukul 12.50 tengah hari sehingga 6.20 petang. Lama okeyyy. Sudah lama tak ada pengalaman sekolah petang. Confirm penat. Malam terus terbabas di alam maya. Jangannn! Lesson plan and teaching aids nak buat masa bila budak gemuk ooii? Okey perlu menabahkan diri seperti heroin Korea. :D


Actually, saya nak tulis lagi panjang tapi mata dah tertutup sebelah kiri. Guna mata sebelah kanan je untuk menaip ayat-ayat terakhir. Ye saya sangat berada dalam keadaan tidak terkawal. Keadaan separuh sedar ke tidak sedar. Jadi, harus mengundurkan diri untuk melunaskan seruan tengah malam. Kau ku seru. Eh jangan. Takut takut sebab roomate tersayang tak ada kat bilik. Dia buat praktikal kat sekolah jauh jadi dia menyewa kat luar. Jangan terbabas nak bangun esok dah la. Sebulan kot saya tak berteman dalam bilik. Syok syok tidur. :p


Okey dah nazak sangat ni. Selamat malam semua. Have enough rest and sweet dream. :)


Tepuk-tepuk bantal dan terus tidur...


Thursday, March 17, 2011

118. Bismillahirrahmanirrahim.



Syukur Alhamdulillah. :)


Saya sudah dapat pengganti buah hati saya. Please bertahan sampai ke akhir hayat. Cewah. Hehe. Thanks, Mak sebab sponsor acara pembeliannya. Terharu. *Tersenyum gaya anak yang paling baik* :)))


Jadi, hari ini kerja saya men-download semua bahan-bahan kerja yang rakan-rakan emailkan kepada saya. Juga memenuhkan hard disk dengan gambar-gambar dan lagu-lagu yang berlambak daripada laptop lama. Nasib baik lah adik-adik lelaki saya celik teknologi daripada Kaklong dia. Kalau nak harapkan saya, sampai tua lah tak terbuat. Hehe


Haaa nak tanya nak tanya. Ada sesiapa menggunakan broadband ZTE tak? Saya salah seorang penggunanya. Hehe. Tapi saya sedikit tak faham. Adakah ZTE sedikit bermasalah dengan Window 7 atau saya yang bermasalah sebab tak tahu cara nak install nya dengan betul? Hehe. Dari semalam saya minta Angah yang tolong betulkan setting nya. Tapi takkan lah setiap kali saya nak guna, kena telefon Angah. Susahlah nanti. Aigoo. Please jangan buat hal okey ZTE ku sayang. *Dengan muka penuh mengharap*


Hello hello. Lagi 2 hari nak balik Cheras? Aigoo cepat betul masa berlalu kalau berada di rumah. Tak puas lagi nak bersenang-lenang di rumah. Bangun lambat, makan banyak, tidur awal. Nice kan kehidupan? Hehe.


Sedang tarik nafas panjang. Sebab...


Teringat minggu depan saya kena pergi sekolah dan mengajar. Ohmaiigucci tak percaya tak percaya. Saya tak prepare apa-apa pun kat rumah. Curriculum specification masih tersusun indah dalam beg Tak keluarkan pun since balik hari Sabtu hari itu. Pemalas pemalas! Aigoo. *Insaf dan cuba menghayati nilai-nilai keinsafan di situ*


Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel. Tunggu Cikgu Chapa datang! Perlu ker bersorak macam itu untuk diri sendiri? Hehe. Saya dan Buddi kena mengajar sesi petang. Mungkin ada hikmah di situ di mana saya tiada alasan lambat bangun pagi untuk ke sekolah. Yeahh! :)


Jadi, bagaimanakah kehidupan saya sebagai cikgu Matematik sesi petang di Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel selama sebulan? *Muka penuh keazaman dan berakauntabiliti*


P/s : Sesiapa ada ternampak tag nama saya, please bagitahu okey? Sebab saya cari tapi tak jumpa. Aigoo. Cikgu Chapa memerlukannya untuk ke sekolah. (-_-!)


Monday, March 14, 2011

117. Tergendala sebentar.



Yes, lama sungguh tak update blog rasanya.


LAPTOP VINTAGE saya telah selamat dikebumikan. Dah rosak hampir dua minggu. Menangis senyap-senyap semalaman sebab banyak benda penting dalam laptop tu. Sedih sungguh. Tak tipu. (T_____________T)


Bila saya dah dapat upah menoreh getah di kala musim hujan ini, saya akan beli pengganti buah hati saya itu. Sila bersabar yea budak gemuk.


Sekarang, sedang bertapa di rumah. Alhamdulillah saya selamat sampai di rumah setelah 12jam dalam kereta. Pemandu berhemah mestilah lambat sampai. Cewah betul ker? :p


Percutian seminggu di rumah. Cuba untuk memaksimumkan masa berada di rumah. :)


To gumuk-gumuk : Semalam, KW rasa touching sorang-sorang. Nak mesej semua orang tapi tak sempat nak topup lagi. Ye, cuba menjadi kuat. Sekuat heroin Korea.