Tuesday, June 22, 2010

21. Kisah taufan.

Semalam, hari saya dipenuhi dengan aktiviti yang memerlukan saya berkejaran ke sana dan ke sini. Okey pedulikan frasa dan predikat ayat saya tadi. Memang tunggang terbalik pun. Biasa lah budak kelas pemulihan bahasa Melayu kan. Hehe

Tepat 8.30 pagi, saya bersiap-siap untuk menghantar si kembar yang gemuk ke tadika. Bila tengok mereka pakai baju "sekolah" tu, nampak macam dah besar adik-adik ku ini. Dalam kalangan rakan-rakan pun, mereka lah paling besar dan tinggi. Okey mungkin kegemukan mereka mempengaruhi ilusi optik saya. Abaikan. :p

Kemudian, Elley mesej saya and she said she was coming to Bachok. Mula-mula kami plan nak jumpa pagi tapi dia dan rakannya ada sedikit perkara jadi tertundalah ke tengah hari. As usual la kan, Didie mestilah nak ikut sama. Suka kan Didie kalau dapat jumpa Elley? Haha. We decided to meet at Pantai Irama. Di situlah tempat kegemaran saya dan rakan-rakan untuk mengadakan mesyuarat pantai. Bak kata Fadila la. hehe. Sorry Elley sebab dapat jumpa sekejap je. Ayah telefon suruh amek ikah kt sekolah. Dia ada program lagi di sekolah pukul 4. Didie seperti biasa lah suka ejek saya kononnya saya berlagak sibuk. Haha. Nanti kita jumpa masa BBQ okey? :)

Petang pula, saya bergegas ke Pengkalan Chepa. Nak pergi mengorat abang pilot kt airport. Cewah. Tipu je. Hehe. Kak Marina, my English teacher, invited me to her house for a gathering for KEX's students. Saya sangat lah teruja sebab dah lama tak jumpa Kak Marina dan Captain. :) Dalam keterujaan, saya telah sesat jalan. Tahniah si Bulat. Memang lah saya sesat sebab ni lah kali pertama saya nak pergi rumah Kak Marina. Nasib baik ada Muiz dan Alif sebab tolong bagi direction kt saya. Thank youuuuuu guys! :D

Seronok sangat dapat jumpa Kak Marina. Dia tak berubah langsung. Masih cantik, kurus dan sporting habis. Tapi Captain tak ada. Rugi tak dapat dengar lawak Captain. Hehe. Mula-mula sampai, saya ingatkan semua dah berubah. Ye la sebab masing-masing dah besar. Malangnya, masih lagi dengan perangai yang sama. Memang saya penat gelak lah semalam. The guys tak habis-habis nak buat lawak dan nak kena kan orang lain. Gaya sorang-sorang tak macam dah berumur 23 tahun. Macam budak-budak baru lepas SPM. Haha. I had lots of fun with them. Especially topik "taufan pudin". Sebenarnya, trifle bukannya taufan. Seriuosly, sungguh lah lucu sebab budak-budak ni suka reka cerita yang bukan-bukan. Kak Marina, Muiz, Alif, Pokloh, Pudin, Lemi HUKM, Auni dan Dayah. Terima kasih kerana menceriakan petang Isnin saya. :D

Sorry ni gambar curi from facebook muiz. Mintak kebenaran lah ni. Hehe.



Nanti kita buat makan-makan lagi eyh. Saya memang suka makan-makan. Hehe.

Good Luck People! :D


SWEET MEMORY. :)))

2 comments:

taa said...

bestnyer die bley b'gather2..hehe..pkai cardigan bru ko??cumei2......sis!any interesting happen during gathering marin?msti ado nih...hehe..cpt story!!

Shafawati Ghazali said...

taa. mana ade cardigan. tu baju biasa je la. hehe. byk cerita lucu la. nanti sha story. hehe