Monday, February 28, 2011

116. Di manakah Adam?





Seronok kan tempat-tempat dalam video klip ini? Especially kat tepi sawah padi. Macam mana lah pengarah boleh jumpa tempat-tempat yang cantik macam ni? Nice. :)


Tak sabar nak tengok Nur Kasih The Movie! Nantikan 19 Mei 2011 ini. Excited nya rasa. Dah janji nak date dengan gemuk-gemuk tengok cerita ini. Yeaahhh! :)


Adakah saya juga bertuah seperti Nur Amina dalam cerita ini? Di manakah Adam saya? :D *Mungkin gedik sedikit di situ*


Saturday, February 26, 2011

115. Lots of love.



Sekarang, saya suka bertukar kepada mood touching sorang-sorang. Haih please lah gemuk! Jangan nak layan benda-benda yang tak penting.


Mak. Dia memang selalu ada di kala kita senang atau susah. Semalam, tiba-tiba saya rasa tak sedap hati. Rasa tak tenang sangat. Rasa nak menangis pun ada. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba Mak telefon. Saya rasa terharu dan sangat lega. Mak memang ada naluri keibuan yang tinggi. Saya perasan hampir setiap kali saya rasa tak tenang atau rasa tak sedap hati, Mak mesti akan mesej atau telefon saya. Kalau boleh, saya tak nak bagitahu Mak pasal benda-benda yang tak menggembirakan. Sebab itu saya cuba berborak dan bercakap-cakap dengan Mak macam biasa. Tapi saya rasa gembira dan lega lepas berborak dengan Mak. Tak kisah lah Mak nak bercerita pasal adik-adik, pasal Ayah atau pasal kerja kat klinik. Bila saya dengar suara Mak dalam telefon, saya rasa seronok. Mak. Thanks for always being there although I know that I'm not a good daughter as others. I'm so grateful, Mak. :)))


Semalam Mak cerita pasal adik kembar saya. Rasa nak tergelak sorang-sorang bila teringat. Hari Khamis yang lalu, mereka ada jamuan Maulidur Rasul kat sekolah. Jadi, Mak bagilah pinggan satu sorang kat mereka. Sebelum ke sekolah, Mak sudah pesan yang tak perlu basuh pinggan-pinggan tu kat sekolah. Masuk dalam plastik dan bawa balik rumah je. Nak dijadikan cerita, cikgu suruh mereka basuh pinggan selepas makan. Memang mereka basuh pinggan sendiri. Padahal kat rumah jangan harap lah nak basuh. Kalau letak pinggan dalam sink lepas makan pun dah cukup bagus. Hehe. Haaa tengok betapa berkuasanya arahan seorang guru. Walaupun Mak sudah pesan jangan basuh, mereka berusaha juga nak basuh bila cikgu suruh. Memang arahan cikgu lagi berkesan daripada pesanan Mak bagi budak-budak seusia mereka. Ehem ehem saya pun bakal cikgu. :p


Masalahnya ialah cikgu suruh budak Tahun 1 pergi basuh pinggan kat kolam bukannya kat sinki. Alahai cikgu. Tak terfikir ker yang kolam tu bahaya? Budak-budak yang kecil comel macam si kembar itu memang tertarik nak main-main dalam kolam itu. Haih.


Masa Mak tengah buat kerja, Mak dapat panggilan telefon daripada nombor yang tak dikenali. Banyak kali pula tu. Mak dah berdebar-debar dan terus jawab panggilan itu.


Mak : Hello. Siapa ini?
Pemanggil : Mak, Mak. Ini Uteh. Kenapa Mak tak jawab Uteh telefon banyak kali?
Mak : Uteh telefon Mak dari mana ni? Macam mana tahu nombor telefon Mak?
Pemanggil : Uteh telefon dari sekolah. Guna telefon yang masukkan duit syiling ni. Uteh dah hafal lah nombor telefon Cikgu cakap telefon untuk kecemasan sahaja. Mak. Mak, baju sekolah Uteh basah.
Mak : Hah? Macam mana boleh basah? Uchu mana?
Pemanggil : Cikgu suruh Uteh basuh pinggan kat kolam. Lepas itu, pinggan Uteh terjatuh dalam kolam. Uteh nak ambil tapi tak sampai lah Mak. Uchu pergi main-main dengan kawan-kawan.
Mak : Uteh jangan ambil pinggan tu. Biar je jatuh. Bahaya nanti Uteh pula jatuh dalam kolam tu. Takpe takpe nanti Mak belikan Uteh pinggan baru okey? Dah dah pergi cari Uchu dan masuk kelas. Nanti Mak telefon Ayah suruh ambil Uteh dan Uchu awal sedikit. Jangan main-main kat tepi kolam tu.
Pemanggil : Okey Mak. Uteh nak pergi main-main dengan Uchu. Bye-bye.
Mak : Mak suruh masuk kelas bukan suruh main-main. Cepat pergi masuk kelas. Bye-bye.


Kerja nak main-main je 24jam. Pergi sekolah nak main-main dengan kawan-kawan bukannya nak pergi belajar ABC. Haha. Saya rasa si kembar sangatlah comel. Sudah pandai guna telefon awam nak cakap dengan Mak. Mak pun tak perasan entah masa bila dia hafal nombor telefon Mak. Selalu suruh membaca taknak. Kelakar betul. Haha. 24 Februari 2011, adik pandai guna telefon awam. Noted! Adik, Kaklong rasa nak peluk adik sekarang. Eeii suka je buat benda yang mengejutkan semua orang. Sangatlah hiperaktif mereka ni. Budak gemuk yang nakal. Hehe. :)


Pengumuman pengumuman. Lagi dua minggu saya nak cuti. Yeaahhh boleh balik rumah dan merehatkan diri selama seminggu. Syok nya walaupun cuti sekejap je. Tak sabar nak tunggu 12haribulan nanti. :)


Okey. Mahu menyiapkan diri. Malam nanti ada date dengan gemuk-gemuk sekalian. Nak sambung buat coursework EDU yang tak tahu bila nak habis buat. Banyak sangat sangat sangat. Haih.*Mengeluh dengan panjang sekali bila teringat bebelan Mama Sita*


P/s : Rindu nak peluk si kembar dan tarik pipi gemuk dorang. Hehe. You make me smile. :)


Saturday, February 19, 2011

114. Thank you.



Allah gives us 365 days to live every year. But how many days do you take to say thanks to Allah?


P/s : Fikir-fikir kan lah dan selamat beramal. Juga peringatan untuk diri sendiri.


Friday, February 18, 2011

113. She is so special.



You're so adorable sister. :)

Syairah bt Azman. Thanks a lot for everything. For being a good listener. I'm glad to have you as my girlfriend and my sister. I can share anything with you. My feeling, my problem, my dream. Thanks for your advice and opinions. I really appreciate it. Love you, Akak! Please take care of yourself. Love love love. :))) 


And I miss you so much! :)


Wednesday, February 16, 2011

112. Mageiricophobia



Mageiricophobia.

Apa benda itu?

Mageiricophobia merupakan ketakutan terhadap aktiviti memasak.


Ada yang memang sudah tahu ker istilah ini? Haaa saya baru tahu yang ada juga yang ada juga orang yang fobia untuk memasak. Mungkin takut kalau nak masak kek coklat, jadik kek gula hangus. Menarik lah tu kan? Hehe


Sebab saya baru tahu istilah ini, jadi saya pun nak kongsi dengan rakan-rakan. :)


Ehem ehem nak tanya. Ada sesiapa yang nak mengaku menghadapi masalah ini? Baik mengaku sekarang dan boleh mula ke kelas masakan mulai esok. Haaa kalau sudah 20-an tapi tak tahu nak masak meggi pun, wajib pergi belajar memasak dengan Iron Chef. Hehe.


Yes, saya mengaku saya tak pandai memasak. Walaupun saya ada cita-cita nak buka bakery sendiri nanti. Comel tak? Hehe. Please jangan gelak okey.


Ini je kek coklat yang saya sempat buat masa cuti hari itu. Lazat penuh berkrim.

Keobsesan terhadap sos cili. Bankrup Mc'd.

Bersama ratu Kenny Rogers, Elley.


P/s : Sekarang mengidam nak makan steamboat. Minggu lepas dan minggu ini saya makan steamboat. Memang terserlah keobsesan terhadap steamboat sejak kebelakangan ini.


Tuesday, February 15, 2011

111. Tersedak lagi.



Bangun lambat pada hari cuti memang menggembirakan.


Bangun lambat dan hati tersedak memang menyedihkan.


Please jangan tersedak lagi. Sila bertahan sampai penghujungnya. Please.


( T_____________T )


Btw, Salam Maulidur Rasul kepada semua rakan-rakan. Semoga boleh mengambil sedikit masa pada hari cuti ini untuk mengingati kembali kisah-kisah perjuangan Rasulullah yang sering kita dengar masa kita kecil. InsyaAllah. :)


Sunday, February 13, 2011

110. A whole new world.



Selamat pagi cinta semua! Mulakan harimu dengan senyuman. (*_____*)


Saya bangun awal yea hari ini. Bangun awal di hujung minggu yang tidak mempunyai kelas. Pencapaian yang memberangsangkan. Sedikit pujian untuk diri sendiri di pagi hari. Hehe


Yeaaahhhhh! Saya puas hati semalam tidur lambat dan berjaya menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Essay ELE sudah siap walaupun saya sendiri kurang pasti dengan idea yang diutarakan oleh diri sendiri. Laporan, minit mesyuarat dan surat-menyurat juga telah siap dan berjaya di-print oleh EncikCanon. Lega lega lega lega lega. Esok lusa boleh lah pergi berlagak kat Puan Rashida. Minta-minta lah dia tak komen apa-apa. Haaa amek kau cuak cuak sebab buat kerja last minute. Memang sifat semulajadi seseorang yang bergelar pelajar. :p


Semalam, semua orang keluar. Dan saya hampir-hampir tewas dengan godaan diri sendiri. Nak je ambil kunci kereta dan memecut tanpa arah tujuan. Kalau Puncak Alam atau Shah Alam 10 minit je daripada Cheras, memang hari-hari saya pergi sana. Nak pergi bergosip dan bergedik santai dengan buah hati saya di sana. CikTaa, Dhiah, Ninie, Wanie. Haih. Buah hati yea bukan cinta hati. Harap maklum.


Haaa tema minggu ini ialah cuci mata tengok gambar-gambar kat FB. Semua orang sudah kahwin, sudah bertunang, akan kahwin dan akan bertunang. Tarik nafas panjang-panjang. Huhhhhhhhhhh. Okey cukup.


Orang-orang yang dimaksudkan itu ialah rakan-rakan sekolah, rakan-rakan MRSM, rakan-rakan kelas English. Haaa mari saya senaraikan nama-nama mereka yang bertuah itu. Jeng jeng jeng.


Razan, rakan kelas English selepas SPM, sudah berkahwin dan sudah mempunyai seorang cahaya mata. Bertuah bertuah. Hajar, rakan sekolah saya, sudah berkahwin. Bertuah bertuah. Safarin, rakan MRSM saya, juga sudah berkahwin. Bertuah bertuah. Raja Nazrin, rakan MRSM saya, sudah bertunang. Bertuah bertuah. Doktor Fazliana, one of my favourite girl, bakal berkahwin bulan April ini. Doktor bertemu jodoh dengan doktor. Nanti anak-anak mesti pintar cerdas. Bertuah bertuah. :)))


Saya gembira sebab semua sudah mempunyai peralihan fasa hidup masing-masing. Walaupun saya masih di fasa kanak-kanak remaja yang ceria. Yeaaahhhh kan CikTaa? Sebab CikTaa lah yang paling excited kalau tahu ada rakan-rakan yang sudah berkahwin atau bertunang. Lepas itu, mulalah dia berdebar-debar tak tentu pasal. Haha kelakar betul CikTaa.


Sebenarnya, saya rasa bangga dengan rakan-rakan yang sudah berjaya. Ada yang sudah bekerja, ada yang sudah mempunyai kereta sendiri, ada yang mempunyai rumah sendiri, ada yang mendapat tawaran sambung Master di luar negara dan ada yang sudah mempunyai perniagaan sendiri. Alhamdulillah dengan rezeki masing-masing. :)


InsyaAllah saya akan mengikut jejak langkah rakan-rakan. :) Tak sabar saya nak habis belajar dan mempunyai kejayaan sendiri yang boleh dibanggakan. Seronok tengok kejayaan orang lain. :)


Shafawati. Jangan malas-malas. Ketuk kepala kang. *Segan tersipu-sipu*


Okey. Perut saya sudah berbunyi. Nak pergi berus gigi dan makan. Haha tipu je lah. Sudah berus gigi okey sebelum solat Subuh tadi. Lapar nak makan roti bakar dengan jem strawberi Lady's Choice. Jadi, ayuh lah bersarapan. Selamat bersarapan semua!


Oh lupa. Selamat hari Ahad. Esok sudah hari Isnin. Esok sudah ada kelas. Malas. *Insaf sekejap je tadi*


Friday, February 11, 2011

109. She would change him forever.



Haiii. My name is Jamie Sullivan. Haha. Bajet Mandy Moore. :p Semalam saya tengok lagi filem kegemaran saya, A Walk To Remember. Menangis lagi walaupun sudah hafal jalan cerita dia. Susah betul jadi perempuan yang lemah-lembut ni. Hehe






Fall in love with these A Walk to Remember quotes. :)


"Jamie: You know what I figured out today?
Landon: What?
Jamie: Maybe God has a bigger plan for me than I had for myself. Like this journey never ends. Like you were sent to me because I'm sick. To help me through all this. You're my angel."

"You have to promise you won't fall in love with me."- Jamie Sullivan

"Jamie: You're acting like a crazy person, what's going on?
Landon: Right now, you're straddling the state line.
Jamie: OK...
Landon: You're in two places at once."

"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful".

"Landon: I'm sorry she never got her miracle.
Reverend Sullivan: She did. It was you."


Our love is like the wind... I can't see it, but I can feel it. - Landon Carter

 :)))


Walaupun saya sudah tengok cerita ini lebih daripada 20 kali, saya tetap suka dan tak pernah rasa bosan nak tengok berulang-ulang kali lagi. Tepat sekali, saya obses dengan Jamie Sullivan dan Landon Carter.


Teringat masa kat matriks dulu, rakan dorm saya, Dibah bagi hadiah CD cerita ini kat saya sebab CD yang saya dah ada sudah rosak. Kenapa rosak? Sebab saya ulang tengok cerita ini hari-hari. Hehe. Sekarang, saya ada lagi CD yang Dibah bagi tu. Thanks Dibah for appreciating my favourite movie too. :)


Lagu-lagu dalam cerita ini memang sentiasa berkumandanglah dalam laptop saya. Sentiasa ada dalam playlist lagu saya. Hehe. My favourite song in this movie is Cry by Mandy Moore aka Jamie Sullivan. Touching habis lah. Hehe. Tapi semua lagu-lagu dalam cerita ini best. Serius tak tipu! :D


Haaa siapa-siapa yang tak pernah tengok lagi cerita ini, sila download sekarang yea. Cerita ni dah lama dah. Tahun 2002 lagi. Kalau taknak download, boleh pinjam CD saya. Sharing is caring, kan kan? Hehe.


Nahhh. Layan trailer cerita ini. Weeeee suka. :)






P/s : Perempuan memang suka cerita macam ni. Jadi, harap maklum lah dengan perangai perempuan. Hehe


Thursday, February 10, 2011

108. Saya ada, awak ada tak?



Tajuk entri penuh dengan agenda untuk menunjuk-nunjuk. Apa benda lah budak gemuk ooiii? Haha.


Tak ada apa-apa yang best pun sebenarnya. Saya excited lebih sebab saya sudah berjaya beli printer baru. Canon Pixma MP258. Yeaaahhhh!


Lebih perkasa.
Lebih padat.
Lebih exclusive.
Lebih serbaguna.
Lebih kemas.
Lebih pantas.


Haaaa memang semua benda lebih dan lebih lah kalau benda baru. Tak habis-habis puji sebab excited sangat. Heyyy bukan jakun yea. Saya ulang lagi sekali, excited lebih. Hehe


Seronok sebab nanti dah tak ada masalah nak print assignment yang berlambak-lambak tu. Colour apa je cakap. Semua ditanggung beres. Hehe. Senanglah nanti nak guna untuk print apa-apa ABM untuk praktikal bulan March nanti. Itu tujuan sebenarnya. Nice kan? :)


Actually, plan nak beli jenama Brother tapi terlebih bajet pula. Jadi, saya tetap setia menggunakan jenama Canon pujaan hati sepanjang hayat. Canon pun gagah perkasa tau! :D


Alhamdulillah, salah satu aim sem ini dah dapat. :) Nanti plan nak beli bateri baru untuk laptop saya yang vintage ini. Semalam sudah tanya-tanya harganya. Bersabar yea wahai lappy sayang ku. Hehe


Haaa. Tadi baru teringat lesen kereta sudah mahu sampai ke hujung hayatnya. Lagi 4 hari. Haish bila ni nak pergi renew lesen? *Berkerut-kerut sambil fikir*


Yes, saya tahu dah bila boleh pergi. Esok nak bodek Miss Nelly habiskan kelas awal lah. Boleh pergi JPJ Bandar Sri Permaisuri lepas kelas dia since petang ada kuliah ganti ELE. Miss Nelly lah harapan saya esok. Boleh yea Miss Nelly? Hehe


Okey mahu bersiap-siap sekarang. Janji dengan Buddi dan Ezadd nak pergi pasar malam. Nak beli bakso sedap. Yeaaahhhhh! :D


Selamat makan separa malam semua! :)


Wednesday, February 9, 2011

107. Cantik itu subjektif.



Artikel ini saya copy dari ILuvIslam. Saya tertarik dengan isi kandungannya.


Menarik, mudah difahami dan sangat bermakna. :)))


_________________________________________________________



Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.

Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.

Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakan seorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengar pelajar-pelajar mama puji mama cantik.

Apabila saya mula meningkat remaja, orang selalu kata kakak saya cantik macam mama saya.

Baru saya perasan, kakak saya seperti mama, cantik. Tetapi kakak saya berbeza daripada mama saya. Bulu mata dia lebat, melentik, dan mata dia besar. Kulit dia pula putih bersih, tidak berjerawat serta memiliki badan yang kecil.

Dia seorang yang lemah lembut dan peramah serta mudah mesra dengan orang. Dia mempunyai ramai kawan, dan ramai orang menyukai dan meminatinya.

Semua guru sukakan dia dan ramai lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya semata-mata ingin mendekati kakak saya.

Saya berbeza dengan mama dan kakak, saya tidak pernah mendapat pujian seperti mereka. Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olah membandingkan saya dengan mama dan kakak.

Kadang-kadang mereka tidak menyangka bahawa saya merupakan anak dan adik kandung kakak memandangkan saya tidaklah secantik mereka.

Saya tembam, berkulit gelap, berjerawat, dan berangka besar. Saya juga seorang yang agak kasar dan garang. Kehidupan saya lebih rapat dengan abang-abang berbanding dengan kakak, oleh sebab itu saya membesar menjadi seorang perempuan yang tegas.

Saya membesar dengan pelbagai kritikan. Saya teringin untuk menjadi cantik seperti mama dan kakak, tetapi mustahil untuk saya menjadi cantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal.

Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi, dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu.
Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. Kawan saya cakap cantik tu subjektif. Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Saya mengaku, kata-kata kawan saya itu ada benarnya.

Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nampak cantik di mata sesiapa. Kerana saya tahu saya tidak mampu untuk kelihatan cantik seperti mama dan kakak.


Saya telah berjaya buktikannya. Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki. Kecantikan akhlak, budi bahasa membuatkan saya juga memiliki ramai kawan dan guru-guru juga turut menyukai saya.

Saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya dengan kawan-kawan dan dengan guru. Saya sentiasa mencuba untuk membuat baik dan membantu mereka. Alhamdulillah, saya mampu buktikan saya juga berjaya memiliki apa yang kakak saya miliki walaupun saya tidak dikurniakan kecantikan rupa paras seperti mereka.

Perkara tu sangat susah untuk saya lakukan kerana pada asalnya, saya bukanlah begitu. Pada mulanya saya seorang wanita yang sombong dan berperangai buruk. Saya tahu saya tidak boleh ubah rupa paras saya, tapi saya boleh ubah perangai dan akhlak saya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik.

Secara beransur-ansur, saya cuba untuk menjadi perempuan yang berakhlak mulia, bersopan santun dan lemah lembut.

Saya mengaku saya memang tidak boleh ubah diri saya jadi lemah-lembut seperti mama dan kakak. Mereka memang begitu ukurannya, dan saya memang begini ukurannya. Namun saya telah mencuba sedaya upaya untuk memiliki sifat-sifat baik yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah. Bukan untuk memiliki ciri-ciri seperti kakak dan mama, tetapi membentuk ciri-ciri saya sendiri yang Allah pendamkan dalam jiwa saya berdasarkan yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw..

Secara jujurnya saya tidak mampu untuk memiliki sifat lemah-lembut seperti kakak. Hati saya bukan seperti hati kakak yang berjiwa lemah lembut. Mungkin situasi yang kami lalui berbeza, maka sifat yang membentuk peribadi kami berbeza.

Saya terdidik dengan kritikan dan hati saya sedikit sebanyak telah terguris walaupun pada dasarnya tidak pernah kelihatan. Namun ia telah membentuk peribadi yang lebih keras dan tegas supaya saya mampu mengharunginya.

Saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, namun masih ada lagi kata-kata yang terkeluar daripada mulut-mulut yang tidak sedar dengan pemberian Allah yang mampu mengguris perasaan saya.

Masih ramai lagi orang yang selalu membanding-bandingkan saya dengan mama dan kakak dengan kecantikan luaran. Malah mereka selalu persoalkan kenapa paras rupa saya tidak cantik seperti mama dan kakak saya tanpa rasa bersalah. Saya betul-betul terguris dengan kata-kata seperti itu walaupun saya tidak pernah menzahirkannya. Hanyalah Allah yang memahami perasaan saya.

Walaupun hati saya banyak terguris dengan kata-kata mereka, namun saya bertekad dan ingin membuktikan bahawa kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang saya miliki dan cara saya membawa diri.

Saya pun menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya selalu dengar, tidak guna cantik andai tidak berilmu. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu.

Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya berjaya kerana saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.

Baru kini saya sedar, walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan, namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang tidak semua orang miliki.

Saya memiliki kemahiran melukis dengan baik, boleh mencipta dan mengubah lagu, serta Allah juga mengurniakan saya pemikiran yang kreatif untuk mereka sesuatu yang baru.

Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif. Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.


Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.

Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

____________________________________________________________

 Semoga saya mampu menjadi cantik pada pandangan-Nya. Biarlah tidak secantik orang lain dari luar tapi cukuplah indah di sisi-Nya. InsyaAllah. Aminnn. :)))




Friday, February 4, 2011

106. Gigi arnab putih.



Yessss! Malam ini berjaya tengok berita walaupun selalunya berperang dengan si kembar nak tunggu giliran tengok TV. Hehe. Tadi saya tengok berita kat TV3 pasal penternak arnab boleh mendapat keuntungan kira-kira RM100 ribu setahun. Amboiiiii banyak sangat tu. Meh kongsi dengan saya sedikit. Akaun saya ada kosong kosong sen. Hehe.


Along : Ayah, Along nak bela arnab juga lah. Nak yang warna putih dan mata besar macam Heliza. Boleh tak?

Ayah : Boleh boleh. Bagi 1K kat ayah. Ayah boleh cari arnab yang bermata lagi besar dan cantik daripada Heliza.

Along : Bolehhhhh. Satu kupang! Haish ayah suka buat loyar buruk. Wekkk!


Macam seronok je kalau ada arnab putih kat dalam sangkar putih. Bangun pagi, bagi arnab makan kangkung. Haaa comel habis. Please please please nak hadiah arnab putih nanti umur 22 tahun. Nak putih macam Cik Kelles. Gedik gedik. Hehe


Haaa cakap pasal arnab mestilah teringat pasal tahun arnab.

Cakap pasal tahun arnab, mestilah teringat pasal orang Cina.

Cakap pasal orang Cina, mestilah teringat pasal Tahun Baru Cina.

Cakap pasal Tahun Baru Cina, mestilah teringat pasal rumah terbuka.

Cakap pasal rumah terbuka, mestilah teringat pasal Aunty Chen dan Aunty Choo.


Yeaaahhhhh!


Hari ini bangun pagi-pagi sebab nak ikut mak pergi beraya rumah mereka. Weeee. Sakan kot makan tadi. Mula-mula, saya dengan tekunnya mengeluarkan skirt labuh dan blouse. Disebabkan kemalasan nak meng-iron, mereka dimasukkan semula ke dalam almari. Maka, keluarlah baju tshirt dan jeans kesayangan. Huhhh kenapalah malas sangat nak pakai cantik-cantik. Takpe takpe. At least, i'm not fashion disaster. Ayat nak sedapkan hati sendiri. Haha


Makanan yang menarik hati yang terletak di atas meja :
  1. Sate ayam ( Haaa upah orang bakar sate kat halaman rumah. Berpeluh-peluh pakcik nak bakar sate sebab ramai sangat orang datang. Terutamanya yang memang nak makan banyak macam saya. )
  2. Mee kari ( Terima kasih sebab ada banyak udang dan kerang dalam kuah kari tadi. Padan muka sendiri sebab sudah gatal-gatal. )
  3. Nasi dagang
  4. Rojak buah
  5. Kek coklat yang pekat likat
  6. Laksa sedap tapi tak boleh tandingi Laksa Paparich
  7. Kuih-muih yang sangatlah banyak
  8. Oh course lah ada harimau limauuuu


To Aunties yang cantik, comel dan cun, thanks sebab memenuhkan perut besar saya. Gembiraaa lebih sebab dapat angpau merah! Syok betul kalau hari-hari dapat beraya rumah Aunties. Hehe


Sekarang, saya dan Eqah berada di rumah nenek sebab teman nenek tidur. Atuk saya ke Jengka, Pahang sebab ada jemputan kenduri saudara kat sana. Okey tahu nak puji saya lah tu. Memang saya kami cucu yang baik. Dan cantik. :p


To Tan Lee, sorry sebab I tak dapat pergi openhouse tadi. Nak pergi tapi tak sempat sebab balim from rumah Aunties lambat. Makan banyak sampai tak sedar sudah pukul berapa. Hehe. Next year, I confirm pergi. Okey? Yeaaaahhhh! :D


P/s : Rasa sayu sedikit malam ini. Haaa mesti dah boleh agak sebab apa. Ini malam terakhir berada di rumah. Sob sob sob. Esok sudah bergolek-golek dalam bas ke Cheras. Sedih sedih sedih. Sumpah sedih. Shafawati, please jangan nak rasa homesick lagi! Okey memang sudah rasa nak menangis sekarang. 


Cuti CNY sudah hampir ke penghujungnya. Haigoooooooo.



Wednesday, February 2, 2011

105. Kilang Jelitawan.



Sekarang saya berada dalam mood yang terlampau gembira. Sebab saya sedang menghirup udara di kampung tercinta. Yessss, i'm home! Manis rumah manis. :D


Haaaa sebab tema untuk hari ini ialah ceria-ceria, saya ada satu soalan. Cepat siapa nak main teka-teka ni. Soalannya ialah di mana kah terletaknya kilang jelitawan? Jelitawan macam saya. Hehe. Okey ayat akhir sekali tu auta bukan fakta.


Jeng jeng jeng. Jawapannya ialah Golden Sand as known as Pasir Mas, Kelantan. Phewiittt sekarang semua orang nak mengaku yang dia orang Pasir Mas. No no no I still mengaku I orang Bachok. Kira adik-beradik Pasir Mas lah kan sebab sama negeri. Cewah nak juga tumpang sekaki. Hehe


Boleh percaya ker dengan pernyataan ini?


BETUL! TEPAT SEKALI!


Saya ada ramai kawan-kawan yang berasal daripada Pasir Mas. Yang menariknya, semuanya cantik-cantik, manis-manis, gebu-gebu dan putih melepak. Serius tak tipu. Hehe. Kalau nak nombor telefon mereka, boleh hubungi saya dengan segera. Lambat-lambat nanti tak dapat jadi warganegara Pasir Mas. Cewahhh. Hehe


Kalau sesiapa tak percaya, boleh tekan terus kat LINK INI. :)


Ini merupakan salah satu artikel dalam Metro Ahad yang bertarikh 30 Januari 2011. Senang cakap suratkhabar hari ini. Saja gedik nak cakap panjang-panjang. Hehe. Tajuk artikel ini ialah Pasir Mas "Kilang" Jelitawan. Amboiiii cemburu I sebab tak ada ker yang nak tulis "Gadis Bachok cantik dan sopan-santun". Boleh migrain 10 hari kalau Mak baca tajuk ni. Haha.


Okey masih tak percaya lagi. Nak contoh orang Pasir Mas yang cantik dan putih gebu? Haaaa, saya nak tanya siapa tahu pemenang Dewi Remaja 2010? Lastest Dewi Remaja selepas Scha Al Yahya. 


Haaaa. Tepat sekali. Neelofa Mohd Noor aka Lofa. Dia orang Pasir Mas okey. Cantik, putih gebu orangnya. Kalau Buddi ada, mesti dia jerit-jerit cakap "Lofa tu schoolmate I. Dalam surau, I duduk sebelah dia". Haha. Buddi memang comel. Kena puji lebih-lebih sekarang sebab takut dia mengadu kat Abang Awie dia. Tak pasal-pasal I kena pukulan percuma. :p


Lofa, pemenang Dewi Remaja 2010.

Buddi, bakal Dewi Remaja 2011 dan bodyguard nya. Hehe


Kenapa orang Pasir Mas dikatakan cantik-cantik dan elok semuanya?


Menurut artikel tersebut :

  • Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.
  • Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.
  • Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
  • Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.
  • Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.
  • Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
  • Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
  • Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.


Lepas ini, semua orang nak mengaku dia orang Pasir Mas. Tak pun cakap nenek atau datuk orang Pasir Mas. Padahal tak ada pun saudara kat Pasir Mas. Biasalah nak naikkan saham sendiri. Hehe

P/s : Esok I nak pergi Pasir Mas lah. Nak tengok betul ker tak orang Pasir Mas ini cantik-cantik. Boleh cari seorang dua untuk jadi adik ipar. I kan ada EMPAT orang adik lelaki. Ada rupa macam kakak dia. :p


Sebenarnya, semua ciptaan Allah indah-indah dan cantik-cantik. Yang membezakan kita ialah cara masing-masing untuk menghiasi keindahan dan kecantikan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Jadi, biarlah cantik di luar dan di dalam. :)))



BTW, HAPPY HOLIDAY PEOPLE! :)))


Tuesday, February 1, 2011

104. Who is Chris Medina?




Chris Medina might be a finalist on this year's edition of American Idol. But he definitely has one of the saddest stories in show history.


He is engaged to a young lady who was in a horrific car accident and was not expected to recover. She has beaten the odds and is now in a wheelchair with very limited mobility and speech. Chris sings beautifully and passes the audition. The song Chris wrote during Juliana's stay at Christ Hospital and RML following her car accident.


Source : Google


Every girl wishes to find a guy like him. He is an amazing guy. I think she's very lucky to have her true love. :)))


P/s : A true man in every sense. Where can I find one?