Tuesday, December 28, 2010

90. Mulut perlukan insurans lebih.



" Alaaa cikgu mana ada style. Pergi pasar malam pun pakai baju kelawar."


Assalamualaikum saudara. Saya nak tanya sedikit ni. Saya ada minta duit saudara ker masa nak beli baju kelawar tu? Kalau ada, cakap. Saya bayar tunai sekarang. Tapi saya tak ada pinjam kan? Oh lagi satu. Saya tak ada baju kelawar okey. Dah lama tak pakai baju kelawar. Nak pinjam yang saudara punya boleh tak? Dan yang paling penting, saya tak pernah pergi pasar malam dengan memakai baju kelawar. Takut kena kejar dengan anjing, tak sempat nak lari. Harap maklum kepada saudara yea. 


Satu lagi soalan saya. Dulu masa kat sekolah, siapa yang ajar ABC kepada saudara? Makcik kantin sekolah ker? Ataupun abang guard yang ajarkan? Jadi, silalah mengingati kembali memori persekolahan saudara yea. Jangan cuba merendah-randahkan martabat seorang guru. Memang saya bukan seorang cikgu, tapi InsyaAllah kalau saya umur panjang dan dimurahkan rezeki, saya bakal dapat title Cikgu dalam masa 2 tahun lagi. Jadi, ada wajarnya saya memberi peringatan tulus ikhlas kepada saudara.


Pesanan ini saya tujukan khas kepada saudara yang terlupa nak beli insurans untuk mulut dia. Kalau saudara rasa mulut saudara sama mahal dengan mulut Angelina Jolie, silakan lah beli insurans. Ada member saya yang jual insurans. Saya boleh tolong cadangkan kepada saudara. Bukan apa, takut terjadi apa-apa kepada mulut kebanggaan saudara tu. Manalah tahu kan tiba-tiba mulut saudara tu dihadiahkan dengan buku lima atau buku sepuluh di kemudian hari. Nanti saudara juga yang susah nak claim bayaran jahitan di hospital berdekatan. Jadi, beringat-ingatlah yea saudara. Terima kasih kerana kata-kata indah pujangga yang saudara khabarkan kepada saya. Semoga hidup lebih dirahmati. Assalamualaikum.



Bagi saya, ini merupakan salah satu contoh kata-kata manusia yang tidak begitu cerdik dalam pemikirannya. Agak kurang ajar dan menghina seseorang.


P/s : Fikir dulu sebelum melontarkan kata-kata bernas anda.


Sunday, December 26, 2010

89. SMK Bachok terbaik!



Bangga. Bangga. Tapi bukan dengan muka riak. Senyum panjanggggg. :D


Maafkan kedaifan kamera telefon saya. Adey


Okey pengenalan. Ini sekolah lama saya. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Jeng jeng jeng tahun ini, SMK Bachok dapat anugerah sekolah harian terbaik dalam UPSR PMR di Kelantan. Good job to all teachers! :)))


Yang paling menarik ialah ada pelajar bukan Melayu berjaya mendapat 9A dalam semua subjek termasuk BAHASA ARAB! Tahniah junior ku. :) Akak dulu tak dapat A dalam Bahasa Arab. Dapat 8A 1B je. Bahasa Arab dapat Bintang Bunga Belon Belacan Budu. Hehe. Malu nya kat adik ni. Dia boleh dapat A dalam Bahasa Arab walaupun baru belajar semua benda dalam masa 3 tahun. Kagum. Serius saya kagum. Tahniah. Tahniah. Tahniah :D


Oh tak lupa juga kepada adik sepupu ku, Fatehah. Tahniah kerana berjaya mendapat 8A 1B. Haiii nampak nya mengikut jejak langkah kakak sepupu. Dapat bintang dalam Bahasa Arab. Takpe, yang penting kita dah mencuba sehabis baik. Kan? :) Ehem-ehem macam seronok je dapat hadiah handphone touch screen. Kakak sepupu yang bakal berumur 22 tahun tak mampu nak guna phone canggih manggih lagi. Segan. Hehe. Congrate again! :)



To my little sister, Eqah. Giliran Eqah untuk menduduki PMR tahun hadapan. Alahai sudah besar rupanya adik perempuan saya seorang ini. Saya ada seorang je adik perempuan. Yang lain semua askar-askar yang suka sepahkan rumah je. Haih. Belajar bersungguh-sungguh untuk PMR tahun hadapan. Kaklong tahu Eqah dah banyak berusaha. Rajin buat kerja sekolah dan baca buku. InsyaAllah Eqah dapat yang terbaik dalam PMR tahun hadapan. Yang penting, jangan lupa tawakal kepada Allah. Banyak-banyak kan berdoa. InsyaAllah semua usaha dan penat-lelah Eqah akan diberi ganjaran yang setimpal. Berusahaaaa! :)))


P/s : Kalau ingat-ingat balik zaman nak ambil PMR dan SPM, tak ada selera nak makan. Tak mau dah ambil lagi PMR dan SPM. Cukup sekali seumur hidup. Hehe. Tapi memang saya tak rajin baca buku masa zaman sekolah. Mengaku, mengaku, mengaku. Hehe


Saturday, December 25, 2010

88. Contest mimik muka.



Okey. I mengaku. Ini kali pertama I join contest. Sama macam Budd. I malu nak tayang muka I. Tapi takpe sebab Cucu tersayang tag, I tayang jugak muka I. Lebih banyak daripada biasa.


I tak se GANAS dan tak se OBSES Budd dalam pengambilan gambar secara berleluasa. Betul tak gadis-gadis cantik sekalian? Siapa setuju angkat tangan dan kaki. Tanda setuju amat sangat. Haha.



Haaa. Ni lah hasil nya. I baru buat tadi. Harap maaf lah jika terasa ingin muntah atau melompat-lompat seorang diri dalam bilik. Memang malu I. (-_-!)


Semua gambar ini ada dalam laptop vintage saya. Tangkap muat sahaja yang mana-mana berkenan di hati. Hehe. Ni gambar masa kat Cheras tercinta. Pergi makan makanan arab, tengah buat gajet, pergi mengajar di sekolah, makan-makan kat pondok guard, nak pergi main boling dan masa perlawanan bola jaring InterColllege Day. Pilih lah mana gambar sesuai dengan kejadian-kejadian yang telah disenarai hitam kan seperti di atas. Hehe





Rakan-rakan yang mahu menyertai contest ini, silalah berkunjung kepada tuan punya contest ini. Selamat mencuba! :)


Di sini, saya berbesar hati untuk memilih 3 orang puteri untuk menyertai contest ini. Ini salah satu syarat nya. Hehe. Selamat bergambar sorang-sorang dalam bilik yea! :p




Tuesday, December 21, 2010

87. Kalau lah malang itu berbau.



Malang itu lagi berhemah kalau dia berbau masam atau sebagainya. Kan?


Saya bangun awal hari ini untuk bersiap-siap berjumpa dengan sayang-sayang saya, Dhiah, CikBoo dan WanieShakira. Hantar Iqah pergi sekolah, pergi buat beli sarapan, mandi, kemas bilik, kemas rumah dan iron baju cantik-cantik.


Masa saya nak bersiap-siap, Ayah panggil saya dan cakap Angah kemalangan. Ya Allah. Dia memang keluar awal-awal pagi lagi sebab ada temujanji dengan doktor pakar kat HUSM. Jadi, saya terus hantar mesej kepada sayang-sayang semua dan beritahu keadaan sebenar yang tak dapat dielakkan.


Saya telefon Mak nak tanya keadaan Angah. Alhamdulillah dia selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma kereta dia teruk kena langgar kat depan. Bumper rosak, lampu depan dan cermin sisi pecah. Kesian kat orang yang langgar kereta dia sebab luka kat kepala. Ayah cakap dia berdarah agak banyak. Nasib baik saya tak tengok. Saya mabuk darah yea.


Angah cakap dia tak sangka orang yang naik motor tu tiba-tiba nak keluar daripada simpang. Masa itu, dah sangat dekat dengan kereta Angah dan dia terus brek. Tapi disebabkan hujan, brek pun dah terlambat. Orang tu terus merempuh bahagian depan kereta Angah. Nasib baik ada kereta polis meronda-ronda kat kawasan itu dan nampak kejadian yang berlaku. Yang pelik nya, bila polis nak tolong orang itu, dia nak melarikan diri. Kemudian, ada 2 orang lelaki di tempat kejadian pun melarikan diri juga. Nasib baik polis sempat mengejar mereka, Rupa-rupanya orang yang melanggar kereta Angah memiliki dadah. Mereka bertiga disyaki mengedar dadah. Jumlah yang sangat banyak dan polis cakap boleh dikenakan hukuman gantung. Ish ish ish. Dah lah motor yang dia naik itu motor curi. Sungguh tak sangka macam-macam terbongkar disebabkan kemalangan ini. Apa-apa pun, Alhamdulillah Angah okey. Orang tu pun dah dibawa ke balai. Ayah dah uruskan semua perkara yang perlu. Alhamdulillah.


Sekarang, masa untuk hantar kereta ke bengkel. Angah duduk rumah diam-diam. Tak boleh keluar dah. Hehe


Ya Allah. Lindungi lah keluargaku daripada sebarang kemalangan, bencana dan perkara-perkara yang tidak diingini. Tahun 2010 merupakan tahun paling banyak dugaan kepada keluarga saya. Ayah accident sekali, Mak accident sekali, Angah accident 2 kali, Achik accident 3 kali. Banyak sungguh dugaan daripada-Mu Ya Allah.


Kepada rakan-rakan sekalian, berhati-hati lah di jalan raya. Since semua dah nak balik tempat belajar, silalah memandu dengan berhati-hati. Ulang sekali lagi slogan kerajaan. Biar lambat, asal selamat. InsyaAllah. Aminnn. :)



P/s : To Dhiah, CikBoo and WanieShakira, sorry terpaksa cancel date kita. Malang tak berbau kan? Kalau tak, saya dah set date hari lain selain hari ini. Sorry sayang. Muaahhhx!

Monday, December 20, 2010

86. Trailer Hikayat Merong Mahawangsa.





Filem Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem keluaran KRU. Superb gila kan? Hebat lah KRU. :)


Okey memang tak boleh dinafikan Stephen Rahman tough dan macho. Itulah salah satu daya penarik filem ini kot. Bagi gadis-gadis seperti saya. Hehe. Filem ini menelan belanja RM8 juta you allssss! Filem ini kedua termahal selepas filem Puteri Gunung Ledang. Awesome! :D


Menurutt sumber, filem ini bakal ditayangkan di 60 buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Perancis, Rusia dan German. Macam gempak habis je ni.


Filem ini bakal ditayangkan 10 Mac 2011. Jom pergi tengok ramai-ramai. Sayang-sayang sekalian, jom berdansa bersama Hikayat Merong Mahawangsa nanti. Yeaaahhhh! :D



p/s : Sebelum pergi tengok filem ini, silalah baca dahulu sejarah pasal Hikayat Merong Mahawangsa. Bagi bukan penggemar subjek Sejarah seperti saya, perlulah memahami sinopsis filem ini terlebih dahulu. Paling senang, google je. Hehe. Nanti tak ada lah saya cuci mata tengok pelakon-pelakon yang hensem je. :p


85. Salah siapa?



Tiba-tiba rasa sedih. Sayu pun ada apabila teringat balik peristiwa ini.


Saya : Kenapa S ( bukan nama sebenar ) dah tak sambung belajar?

Mak S : Entah lah. Dia cakap dia tak nak belajar dah. Cik pun tak tanya banyak.

Saya : Cik tak nak suruh dia sambung belajar ker? Pujuk lah dia.

Mak S : Dah dia malas nak buat macam mana. Biar je la dia duduk rumah tak pun kerja mana-mana.

Saya : Rugi lah macam tu. Dia muda lagi. Boleh sambung belajar mana-mana. Banyak pilihan sekarang.

Mak S : Biar je lah kalau dia tak nak. Malas nak paksa-paksa.

Saya : Terus diam......


Entah kenapa saya rasa sedih dengan situasi ini. Adakah kerana melibatkan orang yang kita kenal? Adakah kerana melibatkan orang yang mempunyai pertalian darah dengan kita?


Salah siapa dalam hal ini? Diri sendiri atau keluarga?


Untuk tuan punya diri :
Kenapa masih ada yang berfikiran seperti ini? Tidak mahu merebut peluang belajar dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Tidak timbul rasa cemburu kah dalam hati melihat orang lain bergambar dengan segaknya sambil memegang segulung ijazah? Tidak terdetik kah di hati sendiri untuk bergembira ketika menerima tawaran pekerjaan yang sering diidam-idamkan?

Betapa ruginya kita kalau tidak mahu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan yang lain dalam kehidupan. Saya tahu ini bukan faktor kewangan atau sebagainya. Ini kerana kurangnya kesedaran dalam diri sendiri. Tidak mempunyai matlamat hidup sendiri. 

Demi Allah, tidak terlintas  untuk menghina atau merendahkan sesiapa. Jauh sekali untuk berbuat demikian. Saya cuma berasa sedih dan terkilan. Walaupun sudah berumur 19 tahun tetapi diri sendiri tidak mampu berfikir ke hadapan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Ilmu sangat penting wahai saudara ku. Macam mana kita hendak meneruskan kehidupan seharian yang semakin mencabar tanpa ilmu mencukupi di dada? Setakat mana lah kehidupan kita jika hendak mengharapkan bantuan keluarga dalam meneruskan kehidupan seharian. Kita sendiri kenalah berusaha lebih untuk kebaikan diri sendiri.

Tolong lah berfikir se jauh-jauh dan se dalam-dalam yang mungkin. Tolong lah.


Untuk keluarga kepada tuan punya diri :
Memanglah paksaan tidak menjamin apa-apa di masa hadapan. Tapi sekurang-kurangnya, kita sebagai orang yang paling rapat dan bertanggungjawab ke atas dia, kenalah memainkan peranan yang sepatutnya. Bertegas itu perlu dalam keadaan seperti ini. Takkan lah kita sanggup melihat dia ke hulu ke hilir tanpa sebarang jaminan.

Siapa lagi yang nak bantu keluarga kalau bukan ahli keluarga sendiri? Lagi-lagi anak sulung. Fikirlah macam mana nak bantu keluarga kalau tak belajar, tak bekerja. Sangat menyedihkan. Saya tidak mahu melihat saudara sendiri terumbang-ambing tanpa arah tujuan hidup. Setiap kali saya terserempak dengan dia sambil melepak-lepak bersama-sama rakan-rakan, saya selalu terfikir. Apa yang membuatkan dia boleh hidup bergembira dan bersenang-lenang tanpa berbuat apa-apa dan tanpa menyambung pelajaran?

Dia masih muda. Tolonglah pujuk dia dan bimbing dia buat keputusan yang betul dan terbaik untuk kehidupan dia. 


Saya berharap sangat dia dan keluarga baca entri ini walaupun saya tahu dia takkan baca. Niat saya ikhlas nak bantu dia supaya dia sedar. Sebagai saudara terdekat.



Menuntutlah ilmu biar sampai ke Negeri China.



Monday, December 13, 2010

84. Di mana kan ku cari gali?



Silalah menonton video ini sambil menghayati mesej yang ingin disampaikan.




Inilah kesan kenaikan harga minyak. 


Kereta-kereta mahal 2 pintu atau 4 pintu perlu dilupuskan. Tinggallah kereta mahal tiada pintu dan berkaki dua seperti ini. Indah kan?


Okey ayuhlah berfikiran positif. Nak hapuskan kemalangan jalan raya 100%. (-_-!)


Mungkin perlu berpuasa seminggu untuk isi minyak kereta penuh. Kasihanilah kami-kami yang tidak berfulus ini.



p/s : Nak carik bf yang owner stesen minyak. Tak kisah lah Petronas ker Shell ker. Semua diterima. :p



Tuesday, December 7, 2010

83. Attention please.



Dear Gentlemen, please treat women the same way you would want your daughter to be treated.


A real man doesn't have a lot of girlfriends. A real man respects girls. And a real man should be a gentleman.


It's good being strong, but it sucks too when people know that you are strong and they think that it is okay to hurt you.




p/s : moody.


Saturday, December 4, 2010

82. Random.




Di kala musim hujan yang berlarutan dari pagi hingga malam, ia menjadikan saya sangat malas nak berbuat apa-apa. Bersenang lenang di rumah sambil goyang kaki.

Okey. Part goyang kaki tu tipu. :p

Disebabkan sekarang ini musim cuti sekolah, universiti, maktab dan sebagainya, maka banyak lah kad jemputan kahwin berkunjung tiba di rumah. Semua orang nak kahwin. Haih. Marah sebab saya selalu makan banyak kat kenduri kahwin. Gemuk I tau!

Btw, Selamat Pengantin Baru kepada rakan sekelas saya dari tingkatan 1Arab1 hingga tingkatan 3Arab1. Tahniah PUAN HAJAR. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Cewahh. :D



Antara tugasan penting yang mendatang ialah kena teman Eqah beli barang-barang sekolah dia. See betapa baiknya saya sebagai seorang Kaklong. Masuk lif tekan sendiri. Hoho

Ayah. Kaklong pun nak beli barang-barang sekolah lepasan sekolah yang baru juga. Mungkin perlukan beg dan kasut flat baru. Pleaseeeee. Selalu berakhir dengan kegagalan. Sedih.



Lupa nak cakap. Semalam saya mimpi ngeri. Lebih ngeri daripada kena kahwin paksa dengan orang tua. Mimpi result exam sampai kat rumah. Tak suka tak suka tak suka!

Cuak sepanjang hari. (-_-!)



Okey lah. Saya nak layan carekarama TV3. Chop saya tak sure "carekarama" atau "cerekarama". Ezzati as Duta TV3 tolong maafkan KW yang naif ini. Hehe



Pesanan : Sebelum tidur, basuh kaki supaya mimpi ngeri tidak berulang lagi. Kalau nak lagi berkesan, sabun dengan clorox sekali.