Monday, June 28, 2010

24. Bersujud.

Bersyukur kepada Allah. Bersujud sepanjang waktu.

Hari ini keputusan exam keluar. Sumpah saya berdebar sangat-sangat. Saya tak mampu nak makan banyak macam biasa dan rasa macam ada rama-rama dalam perut. Abaikan perumpaan yang tak berapa betul sangat tu.

Alhamdulillah saya lulus dalam semua subjek termasuk kertas STATISTIK tercinta. :) Walaupun pointer saya sedikit menurun, saya tetap bersyukur kerana telah berjaya dalam semua subjek.

Alhamdulillah semua usaha saya dan rakan-rakan belajar dan mengulangkaji pelajaran bersama-sama berbaloi. :) Terima kasih rakan-rakan sebab banyak berkongsi pengetahuan dengan saya. :)

Tahniah kepada rakan-rakan ku. InsyaAllah kita cuba yang lebih baik pada Semester 4. Doakan yang terbaik untuk semua. :)

Mood saya pada hari ini sangat baik. Saya bersyukur sangat-sangat. :)

CONGRATULATION TO ALL MY BATCHMATES. :)))

Saturday, June 26, 2010

23. Berakhirlah sudah sebuah percutian.

Siap!

Setelah 1 jam lebih saya berjaya mengemas barang-barang dan baju-baju yang mahu dibawa pulang ke Cheras tercinta. Bukan tercinta sangat pun kalau difikirkan beban tugasan dan jadual kelas yang agak padat. Memang saya lah si bulat yang pemalas. :p

Senang cakap saya tak puas lagi cuti. Malas nak balik Cheras. Malas nak duduk statik dalam bas selama 8 jam setengah. Malas nak tahan sejuk dalam bas sampai saya rasa nak selesema. Malas nak angkat beg dan barang-barang yang banyak. Padan muka. Sape suruh bawak balik barang banyak-banyak? Hehe. Yang paling sangat dan amat malas ialah saya tak suka nak kemas bilik. Mestilah habuk dan debu dah bermaharajalela dalam bilik saya. Saya pasti bersin tanpa henti disebabkan mereka-mereka ini. Saya elergi habuk okey. Sila pergi main jauh-jauh dari saya wahai habuk-habuk sekalian!

Mak dah bising suruh siap-siap sebab nak pergi kenduri kawan ayah. Mungkin saya patut bergerak dari laptop sekarang. Kalau tak, mak akan bising satu rumah. Sebab itu lah, saya telah mewarisi bakat "membebel" daripada mak. Jangan marah mak. I love you, Mak! Hehe.

Malam ini, tayar bas Mutiara bakal bergolek ke Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam. Gfs, wait for me! Jom date kat velo. Lagi makan dan makan lagi. :D

p/s : Saya berusaha untuk tidak homesick lagi. Malu nak mengaku homesick tapi memang saya suka homesick. :p

I MISS MY GIRLFRIENDS. :)))

Thursday, June 24, 2010

22. Baa Bee Bii Boo Buu

Happy 21st birthday to my dear Cik Boo! :)
Saya jealous dengan awak. Sebab awak muda 4 hari daripada saya. Padahal kita sama bulat, sama comel dan sama belon. Hehe.

Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Semoga semua impian dan cita-cita CikBoo tercapai. :D

Mesti pergi celebrate birthday dengan Yenn kan? Makan nasi kerabu 2 bungkus sorang. Cun lah. Hehe.

Makin meningkat umur jadi saiz pun harus lah meningkat.
Bukan kelebaran tapi kepanjangan. Hehe
Tapi CikBoo kena janji dengan saya. Tak leh tukar hobi kita. Yes, we love to eat heavenly! Janji tau? :D
Sebab saya tak nak gemuk sorang-sorang. Nak ajak CikTaa masuk geng gemuk kita sah-sah lah tak lulus. CikTaa hanyalah 1/5 daripada kita wahai CikBoo. Hehe.

CikBoo.CikBoo.CikBoo.
Ingat tak pertama kali kita jumpa dan perkenalkan nama? Hehe.
Yes, tepat sekali. Masa nak daftar hostel kt matriks. Saya dan Dhiah datang lambat dan potong barisan sebab nak dapat dorm sama dengan UyuGedik. Masa tu, awak dengan UyuGedik beratur sama-sama. Masa tu lah saya tengok pipi gemuk awak sama dengan pipi gemuk saya. Seronok dapat jumpa orang yang sama gemuk dengan saya. :p

Ingat tak macam mana kita boleh jadi rapat dan erat?
Sebab katil kita dekat je. Hari-hari saya dengar suara awak dan awak dengar suara saya.
Sebab kita suka pergi makan sama-sama. Walaupun makanan kt matriks tak best, kita tetap tak jemu untuk mengunjungi dewan makan. Memang kita suka makan. Hehe.
Sebab kita geng gosip dalam dorm. Saya, CikBoo, CikTaa, UyuGedik, WanieShakira dan ahli-ahli dorm yang lain memang tak putus-putus mencari cerita panas untuk dikongsikan bersama. Itulah masa kita menajamkan minda dan mencari idea baru untuk menyiapkan tutorial. :p Padahal kita suka je copy tutorial UyuGedik. :D

Seronok kan ingat balik kenangan kita semua masa kat matriks? Penuh dengan suka duka dan gelak ketawa. :)

I'm so lucky to have a lovely and supportive friend like you, CikBoo! :)


FRIENDS FOREVER! :)))

Tuesday, June 22, 2010

21. Kisah taufan.

Semalam, hari saya dipenuhi dengan aktiviti yang memerlukan saya berkejaran ke sana dan ke sini. Okey pedulikan frasa dan predikat ayat saya tadi. Memang tunggang terbalik pun. Biasa lah budak kelas pemulihan bahasa Melayu kan. Hehe

Tepat 8.30 pagi, saya bersiap-siap untuk menghantar si kembar yang gemuk ke tadika. Bila tengok mereka pakai baju "sekolah" tu, nampak macam dah besar adik-adik ku ini. Dalam kalangan rakan-rakan pun, mereka lah paling besar dan tinggi. Okey mungkin kegemukan mereka mempengaruhi ilusi optik saya. Abaikan. :p

Kemudian, Elley mesej saya and she said she was coming to Bachok. Mula-mula kami plan nak jumpa pagi tapi dia dan rakannya ada sedikit perkara jadi tertundalah ke tengah hari. As usual la kan, Didie mestilah nak ikut sama. Suka kan Didie kalau dapat jumpa Elley? Haha. We decided to meet at Pantai Irama. Di situlah tempat kegemaran saya dan rakan-rakan untuk mengadakan mesyuarat pantai. Bak kata Fadila la. hehe. Sorry Elley sebab dapat jumpa sekejap je. Ayah telefon suruh amek ikah kt sekolah. Dia ada program lagi di sekolah pukul 4. Didie seperti biasa lah suka ejek saya kononnya saya berlagak sibuk. Haha. Nanti kita jumpa masa BBQ okey? :)

Petang pula, saya bergegas ke Pengkalan Chepa. Nak pergi mengorat abang pilot kt airport. Cewah. Tipu je. Hehe. Kak Marina, my English teacher, invited me to her house for a gathering for KEX's students. Saya sangat lah teruja sebab dah lama tak jumpa Kak Marina dan Captain. :) Dalam keterujaan, saya telah sesat jalan. Tahniah si Bulat. Memang lah saya sesat sebab ni lah kali pertama saya nak pergi rumah Kak Marina. Nasib baik ada Muiz dan Alif sebab tolong bagi direction kt saya. Thank youuuuuu guys! :D

Seronok sangat dapat jumpa Kak Marina. Dia tak berubah langsung. Masih cantik, kurus dan sporting habis. Tapi Captain tak ada. Rugi tak dapat dengar lawak Captain. Hehe. Mula-mula sampai, saya ingatkan semua dah berubah. Ye la sebab masing-masing dah besar. Malangnya, masih lagi dengan perangai yang sama. Memang saya penat gelak lah semalam. The guys tak habis-habis nak buat lawak dan nak kena kan orang lain. Gaya sorang-sorang tak macam dah berumur 23 tahun. Macam budak-budak baru lepas SPM. Haha. I had lots of fun with them. Especially topik "taufan pudin". Sebenarnya, trifle bukannya taufan. Seriuosly, sungguh lah lucu sebab budak-budak ni suka reka cerita yang bukan-bukan. Kak Marina, Muiz, Alif, Pokloh, Pudin, Lemi HUKM, Auni dan Dayah. Terima kasih kerana menceriakan petang Isnin saya. :D

Sorry ni gambar curi from facebook muiz. Mintak kebenaran lah ni. Hehe.



Nanti kita buat makan-makan lagi eyh. Saya memang suka makan-makan. Hehe.

Good Luck People! :D


SWEET MEMORY. :)))

Sunday, June 20, 2010

20. Cinta hati.

Happy Father's Day, Ayah! :)
You're a super cool dad. Thank you very very very like million times for everything, Ayah. :)

Ayah selalu cakap yang susah nak besarkan anak-anak. Tapi ayah tak pernah menganggap anak-anak ayah sebagai beban. Itulah anugerah Allah kepada ayah. Ayah bersyukur dan terima anugerah Allah berikan. :)

Kaklong selalu ingat apa yang ayah cakap tu. Ayah lah yang terbaik untuk kaklong dan adik-adik. Ayah memang faham perangai setiap anak-anak ayah. Kaklong tahu tu ayah. Sebab tu ayah selalu cuba memahami kehendak dan keperluan kami semua. Ayah selalu cuba penuhi kehendak kami. Kaklong amat menghargainya ayah. :)

Inilah yang ayah selalu pesan :
  1. Kaklong kena selalu ingat Allah dan jangan tinggal solat. - yee baikkk ayah.
  2. Kaklong kena selalu buat baik kepada orang lain tapi kena berpada-pada. - yee baikkk ayah.
  3. Kaklong kena jadi contoh kepada adik-adik. - yee baikkk ayah.
  4. Kaklong kena jaga dan ambil berat pasal adik-adik. - yee baikkk ayah.
  5. Kaklong kena mengalah dengan adik-adik. - yee baikkk ayah.
  6. Kaklong kena pandai jaga diri dan berdikari. - yee baikkk ayah.
  7. Kaklong kena jaga nama dan maruah keluarga. - yee baikkk ayah.
  8. Kaklong kena kurangkan shopping dan keluar main2. - tak nak lagi ayah. :p

Thank you again, Ayah. You're such a caring and the most wonderful father ever.
May Allah bless you, Ayah. :)


I LOVE YOU. I HEART YOU. :)))

19. Jom mengundi.

Yeahhh hari ini saya dah cukup umur. Sudah boleh mengundi. Relevan kah alasan itu untuk bergembira? :p

Today, i am getting older and older. I'm already 21. Sweet 21 like Angah said just now. hehe. Mak and Ayah, thanks a lot for everything. Yes, i really mean it. :)))

Jangan tanya saya nak apa sebagai hadiah birthday. Sebab banyak sangat permintaan sampai tak ada orang nak layan dah kegedikan saya. Padan muka diri sendiri. Haih.

Ikhlas saya harapkan semoga saya mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan dapat menjadi anak yang terbaik kepada Mak dan Ayah. Yes, i love them so much. :) Saya tahu saya tak mampu nak jadi sehebat orang lain tapi saya nak jadi anak dan kakak yang paling hebat kepada keluarga saya. Kaklong mungkin tak sesempurna orang lain tapi Kaklong cuba untuk perbaiki diri. Doakan terbaik untuk Kaklong. :)

okey sebab hari ini rasa bersejarah, nak tengok balik gambar-gambar masa kecil dulu. comel tak? :p














Sila perhatikan pipi gemuk saya itu. Terserlah dari kecil lagi. Hehe














Hobi saya masa kecil suka sepah kan almari sendiri dan bergaya sesuka hati. Ini gaya nak pergi belajar mengaji dengan nenek. Baik kan ustazah? :D



















Air kotak laici memang favourite saya masa kecil. Saya suka pakai skirt sebab saya rasa saya comel. Sungguh perasan. :p



















Saya suka main-main dengan budak laki masa kecil. Sebab tu saya main bola. Sebenarnya pegang bola je tahu. Hehe. Ayu tak saya? Nak main bola pun pakai skirt. :p













Ni gambar masa saya darjah 6. Setinggi pokok bunga kertas je. Sungguh sadis melihat kependekan dan kekurusan ku.













Masa sekolah menengah, saya seperti telah dipam-pam menjadi belon panas. Nasib baik tinggi pun bertambah. Tapi masih tak seimbang dengan kegemukan diri yang melanda. Yes, semua sangat sayang dengan pipi bulat saya. :D














Saya sangat gedik sebab suka pakai baju pink. Sorry uyu sebab tersuka pink macam uyu. Hehe. Masa matrik, saya sangat gembira sebab ada kawan-kawan yang suka makan banyak macam saya yang bulat ni. :D



















Dan di sini lah saya berada hari ini. Teacher-to-be. Alhamdulillah saya semakin menyukai panggilan cikgu tu. :) Nama apa yang glamour untuk saya di sekolah nanti eyh? Cikgu Nurul, Cikgu Sha, Cikgu Chapa, Cikgu Wawa or Cikgu Chantek? I prefer Cikgu Chantek. Lagi perasan. :p


Alhamdulillah. Saya sudah hidup selama 21tahun di muka bumi Allah ini. :) InsyaAllah saya cuba untuk menjadi lebih baik daripada saya yang berumur 20thn. :D


I LOVE MY LIFE. :)))

Saturday, June 19, 2010

18. Bila saya masuk dapur.

salah satu perangai saya ialah saya memang mudah terpengaruh. haih

semalam masa makan, saya tengok iklan mayonis di tv3. dalam iklan tu, dia masuk kan mayonis dalam telur dadar. nampak macam sedap je. hehe

jadi, hari ini saya goreng telur dadar dan masuk kan 1 sudu mayonis lady's choice. mak cakap pengaruh media massa betol. hehe.

memang betol sedapppppp. nyum3. tak rugi saya mempertaruhkan 2 biji telur ayam dengan 1 sudu mayonis tadi. risau kalau tak sedap. sah-sah kena perli dengan mak. hehe. perbezaan dia ialah telur jadi lagi lembut dan lagi berlemak. sedapppp. :D

okey, sape-sape yang terliur dengan resipi telur dadar bermayonis ni, boleh pergi dapur sekarang. nak rasa kena la masak sendiri. hehe

p/s : dulu saya pernah bercita-cita nak jadi chef masakan. banyak sungguh cita-cita masa kecil dulu. :p


SI BULAT YANG MAKIN BULAT. :)))

Thursday, June 17, 2010

17. Gunakan tanpa was-was.

eeeuuuwww. rasa ngeri sekejap. sebab teringat peristiwa "berhempas-pulas" dalam komuter yang sesak macam ikan sardin. okey saya mengaku salah saya sebab gedik nak naik komuter waktu orang balik kerja. sah-sah lah penuh dan padat.
















saya tak tahan. saya rasa nak muntah balik apa yang sudah tercerna dalam usus kecil ni. i need some fresh air to breathe. superman, batman, cicakman please help me! perkara yang paling saya takut, sangat takut dan amat takut ialah bau badan. ohh tidakk!

saya nak cakap pun tak sanggup ni. cuba bayangkan anda berada dalam kalangan golongan pendatang yang berkulit kurang cerah dan bertubuh besar. walaupun saya berketinggian 163cm tapi mereka lebih perkasa. saya berasa agak kurang selesa di situ. yang lebih menyeksa kan dan menyesak kan ialah "wangian badan" mereka. tak ada yang lebih mengharu kan daripada menikmati bau-bauan seperti ini.

i smell the smelly smell of something that smells smelly. pening.

oleh sebab itu, saya ingin memberi nasihat dan petua percuma kepada mereka yang telah mengharu kan hidup saya ini. saya ikhlas nak membantu mereka yang memerlukan. :D

1. tubuh mula berpeluh dan berbau? hilangkan ia dengan menggunakan deodoran.
2. deodoron tidak mengurangkan peluh tetapi mengawal peluh agar tidak mengeluarkan bau serta menghalang pembiakan bakteria dan menutup bau peluh.

3. pilih makanan yang sesuai! elakkan daripada memilih makanan yang mengandungi banyak lemak berlebihan seperti keju, kerana ia akan menyeabkan terjadi bau badan yang tidak enak.

4. hindari makan banyak bawang putih, rempah dan bawang merah kerana ia akan menyebabkan bau badan dan bau mulut.

5. sapukan bedak antibakteria yang membantu menjaga bahagian lipatan paha dan ketiak agar tetap kering. cara paling mudah ialah menggunakan tepung jagung!

6. mandi dengan teratur! mandian dapat menjadikan badan segar dan boleh menghilangkan daki.

7. cukur bulu ketiak. ini bagi mengelakkan peluh terperangkap dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan!

semua petua ini adalah hasil daripada pembacaan saya. tak tahu lah petua ini daripada nenek moyang atau tidak. :p

SELAMAT MENCUBA. :)))

Wednesday, June 16, 2010

16. Kita kan dah besar.

saya pernah terfikir. bukan pernah. agak selalu terfikir. kenapa ada orang yang sanggup tikam kawan dari belakang? kenapa ada kawan yang talam dua muka? jijik.

sebab nama nya manusia. memang lah itu jawapan yang paling senang.

tapi saya masih tak puas hati. kenapa ada manusia macam ni?

kau cakap kita kawan. tapi kau cakap2 belakang aku.
kau cakap kita sahabat. tapi kau mengata keburukan aku.
kau cakap kita rakan. tapi kau senang2 jaja cerita pasal aku.

saya sedih. saya terkilan.
mungkin saya ada melakukan kesilapan tapi ini bukan cara nak tunjuk kemarahan. cakap terus terang boleh tak? kita kan dah besar. bukan budak kecil yang marah2 sebab berebut mainan.


SABAR.

Tuesday, June 15, 2010

15. Hati berbunga-bunga.




















i miss you. i miss you. i miss you. okey cukup. :D


I HEART YOU. :)))

14. Saya suka.

mungkin bukan suka. saya obses. ye saya obses. "keobsesan" yang agak melampau mungkin. saya dengar lagu ni lebih 15x sehari. haih.



i love jeremy muchoooo! :D --> guy yang main drum. :)

saya rasa macam nak terbang ke korea sekarang jugak. walaupun duit dalam bank ada cukup nak beli kertas A4 double A je. haih. mayb perlukan seorang yang bermurah hati nak tolong terbangkan saya ke korea so i can date with my jeremy. saya tak mintak lebih2. betol. bagi saya sehari pun cukup. saya nak dia nyanyi lagu ni 100x untuk saya. then, saya boleh balik malaysia dan sambung tido. wah seronok nye! :)

p/s : nanti saya nak honeymoon kt korea. boleh yea awak? cewah bajet. :p


KOREA. WAIT FOR ME! :)))

Sunday, June 13, 2010

13. Saya selesema, cikgu!

saya raser tak sihat. selesema sepanjang hari. penat nye mengeluar kan kuantiti air yang banyak. dah makan ubat. perlukan rehat yang cukup.
















kalau ada doktor yang hensem mcm pelakon korea, saya nak pergi klinik tu. :D


ANTIBODI MELAWAN PATOGEN. :)))

Saturday, June 12, 2010

12. Pinjam telinga

esok, mak dan ayah wajib bangun awal okey. masing-masing ada seminar. mak kt KB dan ayah kt machang. so mesti gerak awal sejam yea.

okey mak, kaklong duk rumah je. jaga si kembar yang suka sepah kan rumah. haih. bukan mengeluh. hembus nafas kuat2 je. :p

angah jangan lari okey. kena take turn jaga adik2. seminar tu 3 hari. jangan nak mengelak! amaran keras daripada kaklong. :D


selamat berseminar mak dan ayah. jangan tertido. hehe. :)))

11. Gedik santai. :)

sebab hari ini panas sangat, so i decided nak pergi salon. nak cuci rambut. ayah cakap tu sebenarnya alasan nak keluar lagi. hehe. memang pun! :p

btw, thanks to cik wanie gediks sebab teman saya bergedik2 dgn aunty salon td. u memang partner salon i. seronok dapat main rambut sama2. cewah. :)

seronok dapat pergi salon. ada org nak tolong cuci kan rambut, tolong blow kan rambut. kt rumah, sah2 lah ala kadar je. malas nak care lama2. cukup syarat sudah. ni lah contoh budak malas. yee betol cakap mak kaklong memang pemalas! :p

actually, dapat spend time dgn member tu yang penting. saya dengan wanie dah kawan since sekolah rendah sampai sekarang. sah2 la rumah kami berdekatan je. hehe. cik wanie sekarang sibuk "bekerja", sebenarnya praktikal. hehe. so, weekend je la masa untuk kami bergedik santai bersama2. i miss you, friend. :)

on the way balik tadi, paje msg. dia datang rumah didie. so saya singgah lah sekejap kt rumah didie. seronok dapat borak2 dgn didie, paje dan din. geram pun ada sebab selalu kena ejek. chais. hehe. nak jumpa ee tp dia tido plak. it's okey. cikgu saloma cakap ee tak biasa lagi perubahan siang malam. alasan diterima. :D















p/s : bila lah rambut saya nak panjang macam ni? cantikkkk. :)


I LOVE SATURDAY! :)))

10. Mengidam lagi

makcik. saya nak nasi kerabu satu. lauk ayam bakar, telur masin, sayur lebih, budu lebih, cili lebih. :p

bestt nyee. tp makcik nasi kerabu fevret bersalin. adey. makcik cepat2 la okey. saya dah lama mengidam nasi kerabu makcik. cuti saya dah nak habis ni. nanti xsempat saya nak makan. kita date eyh makcik. saya tunggu depan kedai makcik eyh.















SAYA SAYANG LEMAK SAYA. :)))

Friday, June 11, 2010

9. Kebisingan bakal melanda

demam world cup sudah bermula.
menjelang nya wolrd cup, rutin harian dah terbalik. tido siang hari, aktif di malam hari. bil elektrik melambung2 naik. sbb tv terpasang 24jam. mak confirm membebel malam2 sbb ayah dan adik2 menjerit "gollllllllll". padan muka! :p

tapi yang paling saya xsuke ialah kena berebut remote tv ngn ayah dan adik2 yang gila bola. abes la citer CSI saya. i don't care okey penggila bola. saya nak tgk AXN hari ahad, isnin dan rabu. it's my turn okey. berkeras tak nak mengalah! :p

last2, saya kena join dorg tengok bola. memang susah bila 1 vs 3. haih





















SAPE PLAYER YANG PALING HENSEM? :)))

Wednesday, June 9, 2010

8. Di sebalik jenama

sekarang saya rajin baca surat khabar okey.
tapi mesti la bukak slot artis dulu. adey
pengaruh media massa sungguh. :p

okey nak tanya ni.
percaya x pepsi dicipta untuk membantu sistem pencernaan manusia?
haaa mesti ramai tak percaya kan. hehe

saya pun terkejut jugak baca article ni tadi. biasa betul. hehe
memang betol pun! pepsi berguna la untuk kesihatan kita. cewahh!

macam mana?
pepsi menyediakan medium berasid untuk pencernaan makanan di perut. alaa tak kan dah lupa pencernaan di perut memerlukan asid. cakap semua nak jadik doktor bila dah besar. hehe

nama pepsi pun diambil dari nama enzim pepsin pada perut.
perasan x persamaan nama "pepsin" dgn "pepsi" ? lebih kurang kan.




















dah je baca article ni, terus teringat ketagihan saya masa zaman sekolah dulu.
kt dalam bilik wajib ada air botol besar pepsi. sebotol pepsi besar untuk satu hari okey.
agak kronik di situ. nasib baik la rakan2 bersubahat sembunyi kan botol pepsi tu. lama2 boleh lah stop. memang take time nak stop. macam ni ker raser org yang nak stop smoking? memang susah klu hangat2 tahi ayam je. haih

p/s : tapi pepsi memang best pun kan? lagi2 klu minum sambil makan jajan. :p


ALWAYS DELICIOUS. ALWAYS WELCOME. :)))

7. Obses ku



sori aqasha. i curik tajuk lagu u. hehe

actually saya baru tau pasal satu benda baru.
rupa-rupa nya ada buah kt dunia ni nama "buah ajaib" or "miracle fruit".
pernah dengar x? saya yang jakun first time tau pasal buah ni.hehe

last 2 days, i watched my favourite series drama "CSI Miami". yeaahhh!
dalam kes pembunuhan ni, seorang gadis mati dengan perut nya dipenuhi asid hidroklorik. mmg geli geliman la tengok isi perut dan organ badan yang dah terhakis. persoalan nya macam mana dia boleh minum asid hidroklorik more than 16 aun tanpa dipaksa? macam kes bunuh diri. pelik kan?

jawapan dia jeng2. gadis tu makan buah ajaib dulu sebelum dia minum air buah yang ada asid hidroklorik. pembunuh dia dah blend sekali dalam air buah dia. kejam gila kan? haih. tapi seronok tengok ahli CSI guna teknologi canggih nak mati tu. terlopong mulut i tgk. :p

lepas je habis tengok CSI tu, terus saya google pasal buah ajaib. interesting.
















nama : miraculous berry, buah ajaib, miracle fruit, miracle berry, magic berry
warna : merah
saiz : besar sedikit dr kuaci
khasiat :
untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk


fakta menarik : Selepas makan buah ini, semua makanan menjadi manis. Contohnya ialah jika kita makan buah pokok ajaib dan kemudian terus minum air kosong, air kosong akan jadi manis. jika kita makan buah pokok ajaib dan kemudian makan mangga masam, ia akan dirasa manis.

berbalik kepada kes pembunuhan tadi, patut la gadis tu tak perasan ada asid hidroklorik dalam minuman dia. buah ajaib tu sbb kan deria rasa dia lebih peka kepada manis untuk beberapa jam.
 

menarik tetapi menyeramkan. hehe

p/s : nak mintak ayah cari kan buah ajaib la. nak cuba macam mana rasa nya. macam seronok je :D


OBSES DENGAN CSI
. :)))

6. Ketua yang tua

happy birthday happy birthday happy birthday to dinn aka Mr.Qiqi.
cukup 21 thn. boleh mengundi dah okey? :D
may Allah bless you. have a blast. :)

bakal ketua sem 4. so kne bekerja keras la yea.
bersama2 budd yg suke makan. sori budd. hehe










HAVE A GREAT DAY BIRTHDAY BOY! :)))

5. Rasa berteknologi

mula kan hari dgn larian mesra ke toilet.

bangun pagi2 and berlari2 g toilet.
weiiii salah makan pe smlm ni.sakit perut ku.adey
mak jgn salah kan kaklong sbb xkemas umah ari ni.
kaklong always rajin nak kemas tp perut xsihat.

pdhal raser syok jugak xyah kemas umah. :p

ni baru je abes ber"hujah" ngn budd, kaktgh and ezadd.
pasal isu penting sem ni.haih
bkn nak penting kan diri tp kterog xbersedia n xmampu.
hidup kt luar and berdikari bkn benda senang.
kne fikir betol2.

at last, we decided nak stay dlm hostel.
saya raser tu yg terbaik. :)

actually seronok dpt berteknologi dgn jelitawan td.hehe
next time boleh ber"conference" lg okey? :D


I LOVE YM SO MUCH. :)))

Tuesday, June 8, 2010

4. Dua dua. :)





















happy 22nd birthday digha! :))
aiseh mcm chantek je no 22.
nak jugak la nanti. :p

may Allah bless you.
i wish all your dreams come true.
happy happy always okey! with Mr.M. :D


MUAHX MUAHX. :)))

3. Saya budak baru belajar




















okey saya mengaku. saya xpandai men badminton since kecik lg!
mmg patut segan tp that's the truth. waaaa
tapi tapi skg da byk improvement okey. da boleh pukul bulu tangkis tu.
walaupun cm budak darjah 6 men badminton. :p

da 2 ari men badminton.
seronok sbb da pandai sket. hehe
thanks a lot to ikah n angah sbb bersabar ngn kaklong.

si kembar pun sibuk nak men jugak.
walaupun dk pukul angin je.
excited sbb ade org nak layan die men. hehe
nanti adik ganti lee chong wei okey? :D

esok nak men badminton lg.
--> plan asal nye nak kurus! so okey la tu kan. :p

MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA! :)))

2. Today was a fairy tale.

actually xde kaitan pn lagu tu.hehe

hari ni keje makan2, lepak2 n gosip2 as usual.
biasa la ble saya "bergabung meletup" ngn taa,boo,dhiah,ida,yunie n pura.
to uyu : padan muka. org nak gather ramai2 tp xnak balik kg. byk citer hot n lawak bodoh td.hehe.saje nak bg uyu jelus. :p
















ida ngn boo da wt "syakira" meletup!
call dia n berlakon konon2 berebut suami org.haha

boo : awak ni wani eyh? nape awak nak ganggu suami sy? xmalu ker hah?
wani : weh bodoh! ak xkenal kau la. bla bla bla...
sebab boo xtahan nak gelak, turn ida.
ida : weh2 ak la ni ida.haha
wani : cis. korg ni kan ...*%#@

sian wani jadik mangsa ida n boo. sori wani. kteorg xterlibat. gelak je.haha


yg paling sengal n xleh blah ble nak solat.
b4 masuk surau, muka abes baik, niat abes suci la.
tang2 tgk surau penuh cm ikan sardin, terus blah. org lain da perasan da.hehe
jamak "takyah". tipu! we decided nak solat otw balik je la. hehe

okey ni yg paling terkejut cm tgk kucing bertanduk.
i met B and the gang.
seriously terkejut nak mati. tgn terus sejuk. darah da xmengalir kt muka.
tme jumpe say hai n terus jalan je.
then, i received a sms from B.
he asked me to meet him before going home. and i said yes. OMG.
after meeting him, i can't describe my feeling.
okey actually segan n xtau nak ckap pe.
first tme face to face lps 3thn. :p

now, i feel goooddddd.hehe
mayb kteorg can be friends again. i hope so. :)

OH HAPPY HAPPY DAY! :)))

Monday, June 7, 2010

1. i'm home. :)

sebab sekarang tengah cuti and bersenang lenang je kt umah, so saya decided nak berblog. walaupun takde bende menarik nak tulis lagi. :p

so far, cuti yang memberangsangkan. :)))
makan terlebih cukup.tak kurang 3 kali se ari.well done BULAT!
hope cuti ni tak abes ngn cepat.xpuas lagi nak goyang kaki kt umah.
that's why mak selalu bebel. :p

HOME SWEET HOME.

HAPPY HOLIDAY PEOPLE! :)